Thursday, September 1

KERJA KAYU : TWOSTONEWOODWORKING

Assalammualaikum! 


September! Phewww September dah weh! Entry ni, entry khas untuk cerita pasal business husband iolls! Alhamdullillah dah September, means lebih kurang 9 bulan jugak business ni berjalan. Sebab Apit start business ni awal tahun haritu. Masih dalam tempoh merangkak lagi, tapi Alhamdulillah dengan rezeki yang masuk. Order dari customer. Apit ni jiwa dia memang jiwa business. Memang dah start business dari lepas quit study dekat KDU College dulu lagi. Run business family, meniaga ayam. So, ini second business Apit. 




Apit buat satu bengkel dekat kandang lembu abah. Dekat situ jugak tempat proses ayam. Tapi bengkel ni di satu side la, tertutup. Senang dekat situ, sebab dah memang ada kawasan untuk buat. Apit start dengan beli segala kelengkapan mesin yang nak guna untuk buat kerja kayu ni. Tapi yang pasti aku taktau nama-nama mesin tuh, kihkihkihkih. 





Ini almari baju. Open without pintu. Ini kira lebih kurang macam 1st job yang Apit dapat la. Request dari kawan dia untuk kedai printing. Size as request by his friend la. And design pon sama jugak, based on request. Actually customer boleh request size and design. Nanti Apit akan quote harga. Don't worry, harga memang affordable. Sesuai dengan hasil kerja tangan. It is custome made, based on order. Plus, it is hand made :) InsyaAllah berbaloi dengan hasil yang dapat. Tengok gambar ni siap ada pakej model kambing dua ekor lagi. Hihi. Kandang abah ada lembu, kerbau dan kambing :) 



Ini pulak order dari customer kedai makan. Table bar. Tempat bancuh air kot kan senang paham hihi. Kedai makan ni dekat Carnival Business Centre near to Cinta Sayang tuh. Aku lupa nama kedai tuh la pulak. Tapi row depan mengadap jalan besar tuh. Actually you all boleh reuqest if nak mix kayu and metal. Or boleh ja if nak semua dari kayu pon hihi :) 


Kerusi tinggi ni order dari Pergh!Cafe. Sesuai jugak untuk rumah yang ada table bar :) Tinggi rendah panjang lebar, boleh request bebeh! 



Ini request meja jepun and kotak kotak kayu ni. Aku tak sure nak panggil apa benda atas ni kahkahkah. Tapi yang ni orang selalu guna as deco or kerusi pon boleh dekat pelamin zaman sekarang ni kan. Ini request dari Aida, boss SurpriseplannerSP. Thanks Aida and Kak Akma sebab order dekat Apit :) 

 Haaa ini gunanya. Hihi. Credit picture dari instagram SurprisePlannerSP. Ambik gambar satu yeee Aida, hihi. 


Haaa tudiaaa. Apakah ini? Ini laaa rack display untuk hotwheels. Request dari kawan Apit, Mizi. Hihi. Kalau sapa-sapa berminat macam ni, boleh ja request okay. Kalau bukan untuk hotwheels, untuk apa pon boleh. Rack untuk buku ke, or nak display apa pon boleh. Just bagitau nak design macam mana, nak size apa. InsyaAllah Apit boleh buat :) 





Ini lah hasilnya bila dah siap pasang dekat dinding. Mizi order jugak meja jepun. So far meja jepun or coffee table ni hot order la. Boleh request size, nak panjang lebar apa. Don't worry, Apit memang buat delivery. If nak pick up sendiri dekat bengkel pon boleh aja. Direction akan di beritahu :) 



Ini meja kasih sayang menantu untuk mentua. Kahkahkahkah! Mak request dekat Apit nak coffee table sebab yang mak guna tuh dah nak patah dah kaki dia. Maka ini hasilnya. FOC la untuk mentua. Even mak insist nak bayo! Haha baik menantu ni :p :p 


Ini meja makan untuk 4 orang. Request order dari sepupuku, Ayu. Thanks Ayu sudi order dengan Apit.  Measurement semua by customer request :) 


Coffee table, wood X metal! Suka gila aku design ni, sesiapa yang berkenan boleh la order. Hihi. 



Dining table for 6. Wood X Metal. 
Ini latest order jugak ni. Baru delivery last week :) 




The latest one, coffee table. Measurement request by customer. Baru ja delivery malam merdeka baru ni dekat Taman Ria Jaya! Thanks akak sudi order :) 


Aku tak boleh nak mention harga untuk setiap satu, sebab design semua tak sama harga. Sebab based on measurement. Tapi kalau nak exactly macam yang pernah di order ni, boleh la whats app Apit nak tau harga dia. Sebab kerja kayu ni memang tak ada spesifik harga, sebab based on measurement and nak material macam mana, nak fully kayu or mix with metal. Haaa giteeewww. Tapi yang pasti affordable! No worries. 


Boleh follow instagram kerja kayu TwoStoneWoodWorking -- @twostoneww 
InsyaAllah akan ada update from time to time. 


Ehhh bukan nak tunjuk muka dikbam. Tapi nak tunjuk meja belakang tuh. Tuh antara 'karya' pertama Apit masa mula business ni. Mesti la nak try untuk rumah sendiri dulu kan. Hihi. 


Ini bench 1st try Apit buat. Tak perfect mana bench ni sebab Apit just try untuk buat. Tapi sekarang if ada yang nak order, InsyaAllah akan puas hati. Sebab dah belajar dekat mana silap and perlukan improvement. Jyeahhh! 


So kepada sesiapa yang mencari tukang kayu untuk buat barang/perabot kayu dari kayu pine/pine wood and pallet boleh la order dengan TwoStoneWoodWorking. Kalau nak order untuk backgound pelamin dari kayu pine/pallet pon boleh order. Ada sesetengah tuh nak bekas hantaran dari kayu pine/pallet pon boleh ajee bagitau nak berapa bekas and size besar mana, biasa diuruskan hihi. 
Apa-apa sahaja yang rasa nak buat boleh whats app dulu, boleh tanya harga dulu. If puas hati boleh terus order. Setakat ni area Sungai Petani memang boleh delivery. Area Alor Star pon boleh. Senang cakap, InsyaAllah area Kedah and Penang, beresss untuk delivery with some add on charge. Bab tuh boleh bincang. Takdak hal okay! 


Okay selain kerja kayu. Yang mana area Sungai Petani or mana-mana kawasan lah yang berdekatan, if nak beli ayam untuk makan hari-hari, untuk BBQ, untuk kenduri or any event. Boleh jugakkkkk order dengan Apit. If takmau beli seekor ayam, nak beli by part, nak beli untuk buat chicken chop, chicken grill or apa-apa saja laa, pon bolehhh aja order and beli. Apit berniaga dekat Pasar Taman Sri Wang. Haaaa, nak dekat raya haji dah kan? If ada yang nak beli lembu buat qurban pon bolehhh. Nak beli kambing untuk majlis akikah pon hado okay. Boleh contact number bawah ni. Number phone Apit tuh boleh la if nak tanya bab kerja kayu or nak tanya bab nak order ayam. Beressss. Ohhh btw, Aku PA dia okay. Aku check phone dia. Tanya bab-bab ni ja, jangan melebih. Kahkahkahkahkah! 




Btw, all the best suamiku! Semoga terus sukses. I know you know adat dalam berniaga, kadang-kadang untung kadang-kadang rugi sikit. But after all, Allah dah tetapkan rezeki kita. Me and our manja will always support and love you. Will always be by your side no matter what. We all love you! Semoga terus berjaya. We will achieve our dream, soon! We can! InsyaAllah!
  Terima kasih berkerja keras mencari rezeki untuk our little family! Xoxo. 


Hihi.
Okay bye! :) 

Tuesday, August 23

QUALITY TIME + ENTOPIA BY PENANG BUTTERFLY FARM

Assalammualaikum. Hello. 



Lama jugak ni tak update blog! Hihi. Sebulan jugak ni. Mood malas la tuh. Entry kalini akan penuh dengan gambar :p  Sejak account instagram kena hacked haritu, aku rasa perlu ada banyak back up untuk ada gambar yg best-best post dekat mana-mana social media aku selain instagram. Kalau dulu jarang jugak aku link post instagram dengan fb. Tapi sekarang aku link kan sekali. Kalau ikotkan memang aku create one email untuk anak-anak. Tuh aku rasa back up paling selamat laa. Tapi possibility tuh ada jugak kan, nauzubillah la. Gila kot, banyak sangat gambar Adriana and Ariqa dari kecik aku send to email. Huhu. Lain orang lain cara. Ada orang jenis tak suka post gambar anak, gambar husband, gambar family. Ehh biar la kan, cara masing-masing. Suka hati la kalau ada nak cakap aku ni kerap post gambar anak pon. Huahuahuahua! So, untuk kalini, aku wajib update jugak dalam entry blog! :p :p 




Awat dikbam muka macam tuh? Hehe. Anak-anak mummy memang suka tangkap gambar candid kennn? Mummy daddy ja camera-ready. Hikhok. 


Hari Ahad lepas Apit cuti. Cuti pon dia still p market jugak, settle hal kerja awal-awal tuh. Then dia ajak keluaq. Mula-mula plan nak bawak anak-anak p hippopo, tapi Ariqa selsema dia tak kering bebetul lagi. So, tak jadi. Sebab nak swim dekat hippopo kena bebas flu, demam. Kiranya kena betul-betul sihat. Dan baby kalau baru lepas kena cucuk after a few days pon still tak boleh jugak. Aku cakap jom la p Entopia tuh. Dah taktau sangat kan nak p mana. Haha. Nak jalan-jalan mall macam malas la pulak. Dah la hari Sabtu tuh dalam pukul 3 petang lebih dah kot, boleh pulak Apit ajak naik Cameron. Hoish aku bukan boleh nak p holiday ad hoc macam tuh. Nak prepare itu ini lagi. Dah la anak dah dua. Kalau berdua jaa lain la. Haha. Aku cakap dah tuh pukul berapa nak sampai. Aku kalau dah gelap, aku tak suka nak naik Cameron tuh. Entah, risau. Hihi. Aku ajak p hari Ahad, balik hari. Then Apit takmau, cakap tak best, letih. Okay, plan cancel nak p Cameron. Tetiba suggest naik tidur dekat Gunung Jerai. Hmm, naik saja-saja aku mau laa. Kalau nak tidoq macam tak menarik jaa hahaha. Lepastuh ajak tidoq Penang, cadang konon nak ajak tidoq dekat Flamingo, check bilik tengok-tengok full. Kemain sangat kan, Penang sekangkang tuh ja pon nak p tidur. Alaa, feeling bercuti tepi pantai ja pon hahah. Dah fully booked. Last-last tau buat apa? Apit masuk bilik dia lena. Coihhh sangat nihhh! Huahuahua! 





Gerak dari rumah dah pukul 11 lebih kot. Anak dua ni time management kena terror sikit. Kena divide tugas masing-masing. Sapa nak mandi dulu, sapa nak jaga anak dulu. Hahaha. Sementara aku settle anak-anak mandi, Apit pon mandi and siap. Then dah settle siap anak, Apit pon settle. Makanya tuh laa turn aku pulak. Kihkihkih. Selalunya aku suka if Apit settle dulu, so masa untuk aku tuh tak terkejar-kejar sangat! Lagipon Apit bersiap sat jaa, aku pon sama jaa. Biasa-biasa ja pon. Bukan nak make up 14 inci huahuahua! Terima kasih untuk suami yang memahami dan saling tolong menolong dalam hal anak. Xoxo :p Okay sambung, elok dah sampai area Seberang Jaya, Apit cakap jom naik feri. Aku on jaa, bukan aku drive. Lagipon dah banyak kali sebenarnya bila p Penang, dok cakap nak naik feri. Nak bagi Adriana naik feri, tapi asyik tak jadi sebab tengok q panjang. Kalini gamble ja, go!



Then from ferry port terus ke ENTOPIA by Penang Butterfly Farm! Ehhh singgah Subway dulu, makanggg! Pagi tu Adriana bangun awal la jugak, selalunya if dia bangun awal macam tuh aku akan bagi dia tidur balik. Sebab senang aku nak kemas rumah or masak. Tapi sebab pagi tu Apit balik awal plus nak keluar. Dia tak tidoq balik la. Dah dalam kereta dah nampak dah cranky dia, memang dia mengantok gaya macam tuh. Ada ja benda tak kena nak bebai. Tengok-tengok elok sampai dekat Batu Feringgi dia dah terlena. Adoyai. Dah laa niat bawak p Entopia ni sebab memang nak bawak dia yang p situ. Even sebenarnya untuk umur Adriana ni tak la berapa sesuai lagi, sebab dia tak berapa nak pandai and paham. But why not kan, bagi dia explore jugak. Hihi. Sampai ja terus letak dia dalam stroller, then Apit p beli tiket. 



ENTOPIA by Penang Butterfly Farm Admission Rate:

Adult: RM49
Child (4 years-12 years old): RM29
For child 3 years and below, FREE.

Open daily from 9.00am-8.00pm, but ticketing only until 6.00pm

Nak info lebih lagi boleh visit this link --- Entopia 



Hahaha snap one photo with this sleepy pumpkin! Entopia ada indoor and outdoor. Outdoor = Natureland. Indoor = Cocoon. Untuk outdoor ni memang rama-rama and serangga lain banyak la. Ini kiranya memang yang real punya la kita boleh tengok. Butterfly pon bebas terbang ja depa lepas dalam tuh. Sebab kan kalau tengok bentuk Entopia ni pon ada macam dome atas tuh, kira tuh la limitation untuk butterfly terbang. Panas weh outdoor ni, nak pulak aku sampai tuh dalam pukul 2 lebih pulak kan. Lagi la bahang. Sebab outdoor ni even ada dome tu, tapi dia direct cahaya luar masuk, kiranya macam transparent la. Kesian dekat budak-budak ni pulak. Adriana pulak jenis cepat peluh. Kadang-kadang main dalam tempat ada air-cond pon dia boleh berpeluh, tambah laa kawasan tempat macam ni. Ariqa aku letak dalam carrier. Haritu aku beli ssc Andrea ni dekat pumponthego sungai petani ni. Mula-mula ingat nak beli dekat Cozy Baby, tapi dah alang-alang jual dekat sini, save postage sikit. Andrea jela aku beli, sebab murah. Masa ni sale, baru RM160. Tapi di sebabkan panas, Ariqa pon rimas duduk dalam tuh. Kena laa dukung dia macam biasa dan simpan sahaja ssc ni. Huhu. 


Kesian sebenarnya nak gerak Adriana bangun sebab dia baru tidoq. Tapi aku dengan Apit gerak jugak, sebab dah alang-alang sampai kan. Mula-mula dia blur la. Tengok butterfly pon macam takdak perasaan ja, haha. Tapi lama-lama kena acah pujuk dengan daddy baru mood okay balik. Aku p hari Ahad, nak kata ramai tuh tak la sangat. Selesa la sebab tak pack pon. Macam-macam jenis/corak rama-rama boleh tengok. Ada jugak belalang, semut, ular, kala jengking. Outdoor ni pon ada tempat-tempat dia kita boleh explore. Yang naik tangga sikit boleh tengok binatang. Menarik. Kalau ada anak yang dah paham sikit macam 3 tahun ke atas tuh, okay la good explore untuk depa. Masa mula masuk tuh akan masuk dekat bahagian macam gua. Then keluar dari situ akan lalu la dekat laluan yang banyak rama-rama and belalang, jalan and jalan sampai ke Cocoon. Kira every place tuh kita memang akan lalu without skip la, aku rasa la, sebab memang laluan dia sampai ke Cocoon. 





Of course, after all mummy daddy la excited lebih sikit haha. Masa ni Ariqa dah merengek nak susu and mengantok. Stop kejap dekat bench situ. Boleh nampak la banyak jugak depa letak bench tepi-tepi path way tuh. Untuk orang rest sekejap kot. Actually kalau ke depan sikit dari tempat aku stop ni ada toilet and baby room. Taktau la pulak kan masa tuh, so aku just stop dekat sini jela bagi Ariqa susu. Area ni dah nak dekat sampai ke Cocoon area. 


Sebelum masuk Cocoon area, saja singgah dekat Tapestree, ni kira macam cafe depa la. Duduk chill dulu, minum dulu. Lek lek sebab panas kan. Hihi. Elok pulak butterfly tuh tenggek kat rambut laki den :p Lepas dah chill, sambung masuk Cocoon area. Cocoon area ni lebih kepada informasi pasal yang ada dalam tuh la. Pasal kejadian rama-rama semua ni, ada cinema jugak pasal butterfly. Part dalam ni good knowledge la untuk kita and budak-budak. Tapi macam untuk Adriana, good for her sebab dia boleh merendek like a boss la. Haha. 




Dekat dalam ni pon akan lalu semua tempat, memang takdak skip, takdak short cut. Sebab dia akan turun dekat satu tempat sahaja. Keluar ja dari sini akan masuk Entopia store. Biasa la kan, mana-mana pon akan ada souvenier store. Aku just grab tshirt ja untuk Adriana. Hihi saja ja buat kenangan. Lagipon comel ada gambar maskod Entopia. 


One family photo! Actually aku suruh Apit tangkap gambar kami bertiga, then ada staf situ tengok and offer nak tolong snap gambar kami. Thank you hihi! Actually banyak lagi ni pictures, nanti pulak tempek :p 


A memorable weekend marked for our little family. Thank you husband brought us here. Nanti tunggu kakak dan adik besar sikit lagi kita repeat lagi. Hihi. Next year ada plan nak holiday jauh sikit lepas adik cukup setahun. Harap-harap ada rezeki lebih and panjang umurrr! Hihi. 



Alright till then.
Bye :) 

Friday, July 22

DIKBAMBAM

Assalammualaikum.




Entry ni saja nak cerita pasal puteri kedua, anak solehah ni. Hihi. Budak baik. Ramai cakap macam tuh bila tengok peel si Ariqa ni. Alhamdulillah. Kata-kata itu doa, ameen. Ariqa ni dari lahir sampai sekarang sangat laa menyenangkan aku. Alhamdulillah. Dalam tempoh pantang, memang la sangat free. Maksudnya tak terganggu apa-apa dengan perangai dia. Tak meragam tengah malam sampai ke awal pagi. Even sampai sekarang pon dia bukan jenis berjaga tengah malam. Paling lambat dia akan tidur pukul 11. Sama macam Adriana. Aku rasa salah satu faktor mungkin sebab Apit kan memang jenis tidur awal. Awal la bagi sesetengah orang yang tidur lambat sikit even esok kerja. Tapi bukan la tetiap malam, ada jugak dia akan tidur lambat. So, aku pon akan ikut sama tidur. Thus, depa pon dah di-train secara tak langsung, by certain time memang dah waktu tidoq dah. Cuma kalau ikotkan Adriana masa baby dulu, dia jenis meragam la. Aku rasa sebab anak sulung sama kot. Dari situ mungkin Allah nak uji kita yang first time as mother ni sabar ke tak dengan ujian macam tuh. Hihihi wah gittuu. Tapi betul la orang cakap, perangai baby ni akan berubah-ubah. Makin lama, makin senang la Adriana tu tidoq. 


Aku jugak anggap ini la salah satu hikmah kot yang Allah bagi dekat aku. Sebab kan masa mengandung dekat Ariqa aku tak sedar sampai dah 5 bulan pon. Plus, jarak umur dengan Adriana pulak dekat sangat. Plus, masa awal aku tahu pasal kandungan Ariqa kan aku macam tak betul sikit. Fikir banyak. Dalam keadaan tak berapa seronok. Tapi lepas fikir dan tepis hasutan syaitonnn semuanya okay, alhamdulillah :) So, Allah senangkan aku untuk jaga Ariqa. In fact, time mengandungkan dan lahirkan dia pon di permudahkan sangat-sangat. Allah tu Maha Adil. Anak ni macam-macam perangai. Setiap anak pulak tak sama perangai kan? 


Adriana jenis hardcore sikit perangai dia. Kahkahkahkah hardcore pula yee kakak. Tak, Adriana ni jenis kuat bebai sikit. Jenis garang. Btw, kuat bebai tuh of course laa ikut perangai daddy dia. Kihkihkih. Ada benda dia nak, memang dia nak la. Tak bagi dia akan nangis, bebai. Haa gittu. Dan sebab tu, Allah nak bagi adil ke aku, seorang active, seorang lagi passive. As for now laa. Nanti makin Ariqa besar, tak tau pulak macam mana kan. Untuk sekarang, macam tuh laa Allah mudahkan aku jaga dua anak yang memang sangat kecik lagi ni. Yang memang perlu secukup cukupnya perhatian. Hihi. 


Jaga dua orang anak yang cuma beza setahun sebulan ni tak la sesusah mana. Kalau cakap bab penat, penat jadi double la. Tapi sebab Ariqa ni mudah, so yang kena layan lebih sikit tu dekat Adriana la. Tapi aku dengan Apit memang paham sendiri dah. Kalau aku kena handle Ariqa, dia handle Adriana. Kalau dia handle Adriana, aku handle Ariqa. Cuma waktu nak tidur malam ja aku memang kena handle dedua. Unless kalau waktu tu salah seorang takmau tidur lagi. Tapi selalunya, Ariqa pon pandai, time aku nak bagi tidur kakak laa. Dia akan mintak susu jugak. Haha. Adriana selalunya malam aku akan bagi tidur buai, sebab aku nak shortkan masa layan dia sampai tertidur. Haha. Kalau tidur buai, cepat sikit dia terlena. Kalau biar dia layan main dulu lepastuh bf and terlena, lambat sikit la. Except kalau memang Ariqa dah tidur. Kalau dedua nak perhatian nak tidur sekali, memang seorang dalam buai. Seorang atas riba, menyusu. Sebab tu la aku kena handle dua-dua. Dia tak boleh take turn handle Ariqa sebab 'ubat lali' nak bagi Ariqa tidoq ada dekat aku, kahkahkah. Bab buaikan Adriana ni, daddy dia tak "jalan" sangat bagi dia terlena. Apit sambil buai sambil nak main, sambil nak acah, nak kacau. Aku rimas sikit, kang dari budak tuh nak terlena terus nak turun buai sambung main. No, cannot. Mummy pon mengantok nak tidur. Lagi satu daddy dia dodoi lagu tak sebest mummy dodoi. Kahkahkah. 



Baru-baru ni dua-dua tak sihat. Selsema and batuk. Ariqa sebelum raya lagi dah selsema, lepas tuh berjangkit dengan kakak dia. Aku bawak Ariqa jumpa Dr. Tan dekat Klinik Pakar Kanak-kanak Cutie Care dekat Taman Ria Jaya tuh. Memang sebelum tuh aku dah notice badan dia jenis kering, macam menggelupas jugak sikit. Then aku just apply minyak zaiton ja. Aku memang tak sapu lotion or pakaikan bedak untuk depa masa umur-umur macam ni. Kulit kan still sensitive. In fact, bedak tuh tak elok pon. So, dah jumpa Dr. Tan tuh aku consult la sekali pasal kulit dia. And Dr. Tan bagitau Ariqa ni kulit sensitif and he said Ariqa ni ada eczema. Actually masa tengok kulit dia pon, aku dah rasa macam tuh. Sebab kakak ipar aku cakap jugak, Ariqa ni macam ada eczema. Ariqa kulit kepala dia berkuping. Tuh jugak salah satu faktor yang sebabkan kulit jadi sensitif. Ada petua kan cakap, masa pregnant kena minum air kelapa banyak-banyak nak kulit baby cantik dan elakkan kepala berkuping. Tapi tuh la, untuk Ariqa ni pon sama ja macam Adriana dulu. Memang suka sungguh aku minum air kelapa. Nak buat macam mana kan, dah Ariqa nak jadi macam ni. 


Sedih jugak aku bila tau Ariqa eczema ni. Sebab tau, penjagaan dia kena sangat teliti. Bab kebersihan dan makan minum dia. Dan paling menyedihkan sebab aku dah start campur susu untuk Ariqa. Aku ni kan, kalau dah boleh direct bf memang jadi liat nak pump. Sebab tuh stock susu masa dalam pantang haritu tak banyak aku kumpul. Padahal kalau ikotkan, alhamdulillah rezeki Allah bagi kali ni untuk keperluan Ariqa. Cuma itu laa, masa cuti berpantang haritu kan boleh direct bf. So, aku tak kerap sangat la pump. And dalam bulan puasa haritu stock dah putus, cuma waktu kerja still aku boleh pump. Tapi jadi stock untuk sehari hari jela. Pump harini untuk esok, macam tuh. Haha aku ni sama kot, tak gigih nak usaha. Huhu. So, aku kena campur susu la bila supply aku bagi dekat Alang tu tak cukup botol. Aku belikan dekat Ariqa susu Dumex Dupro. Alhamdulillah dia okay boleh minum. Tapi dia cuma minum formula masa dekat rumah Alang aje la. Bila dengan aku memang fully direct. In fact, memang aku tak beli stock formula untuk dia dekat rumah pon. Rupa-rupanya susu ni ada kaitan dengan badan dia. Sebab bila Dr. Tan tanya aku bagi susu apa, aku bagitau la kan. And Dr. Tan tanya kulit dia jadi kering lepas tuh ka. Aku cakap tak jugak. Cuma obvious memang lepas dia start minum formula tuh. Sobss.


And then Dr. Tan suggest tukar susu or dia suruh aku rajin la mengepam bagi susu badan. Huhu. Dr. Tan suggest beli susu Dumex Mamex Pepti. Sebab Ariqa ni dia hypoallergenic protein. Masa dia cakap haram la tak paham. Aku tanya la maksud dia semua kan and kenapa kena bagi susu tuh berbanding dengan susu lain. Dia explain, susu ni protein dia ringkas. Tak macam susu biasa yang protein dia panjang. So, bila Ariqa minum susu biasa yang protein panjang, ada reaction la dekat badan dia. And doctor juga mention, dia berhingus tu mungkin kesan allergy susu. Sebab aku cakap la, Ariqa ni dengar dia macam berhingus, tarik hingus. Tapi hingus tu tak meleleh macam orang sesema tau. So, ringkasnya aku paham. Macam aku la, ada resdung. So, bila makan sambal belacan or ikan masin akan gatal hidung dan bersin. Aku tanya doctor apa punca dia boleh kena eczema. Macam mana. Kena la tanya kan sebab tak tau. Then dia cakap from family history one of it. Dia tanya aku dengan Apit ada masalah kulit sensitif tak. Aku jawab yes, memang kami dua kulit jenis sensitif. And then dia tanya aku dengan Apit ada sinus tak. Yang ni memang yes la. Both of us memang ada sinus. So, doctor cakap sebab tuh la. Memang tak semua anak-anak akan kena, macam Adriana alhamdulillah okay. So, yang kena dekat Ariqa. Huhu. 



Haritu sebelum aku tau pasal Ariqa ada eczema memang aku perasan lepas aku makan udang and ketam. Muka dia jadi merah and berbintik. Tapi aku just ingat mungkin rashes kan. Then bila dah jumpa doctor, baru aku ingat balik. Rupanya sebab tuh la. Aku kan bf dia, so effect ke dia la jugak. So, for now. No more seafood and allergy food for me. It's okay. For you baby :) Doctor jugak suggest aku tukar mandian untuk Ariqa, doctor suruh aku guna Cetaphil. Doctor bagi sesiap masa tuh, Cetaphil Cleanser and Cetaphil Moisturizer. Aku ingat kan dia nak suggest ja dekat aku, rupanya dia nak suruh beli terus dekat dia. Haha beli jela kan. Lagi senang. And it works. Alhamdulillah kulit Ariqa makin okay. Lembut. Dah tak mengelupas and kering :) 


Cuma bab susu tuh dia tak mau minum Alang cakap. Sampai nangis sebab dah lapar. So, bagi jugak la susu Dupro tuh bila stok susu badan dah habis. And then, baru-baru ni aku ada follow up lagi dengan Dr. Tan sebab Adriana tak lega jugak sesema. Aku bawak check Ariqa jugak. Aku inform dia yang Ariqa takmau minum susu Mamex Pepti tuh. Dia cakap memang baby akan refused sebab tak sedap pon susu tuh. Dia suggest susu lain. But still dia mention suruh aku bagi susu badan la kan, hikk. And dia bagi dekat aku yang sample punya susu Enfalac A+ Gentlease Rumusan Khas. Alhamdulillah Ariqa boleh terima. Mungkin sedap sikit kot dari Pepti. Dan tak nampak reaction dekat kulit dia dan pernafasan dia. Cuma day 1 dia minum tu, 3 4 kali jugak dia poo poo. Tapi susu ni bukan protein ringkas macam Pepti. Cuma dia ringkas sikit ja dari formula biasa yang lain. Huhu. Tapi aku kena consult balik dengan doctor nanti. Sebab setahu aku rumusan khas ni untuk certain khas if baby cirit birit ke sembelit kot kan? So, aku kena consult la sama ada continue or tukar ke rumusan bayi. 



Ini Ariqa dan sepupu dia. Anak kakak aku, Muhammad Uwais. Uwais ni lahir selang dua hari ja dari Ariqa. Padahal kalau ikotkan due date kakak aku hujung bulan 4. Tuptup 9hb dah meletop. Dah la meletop dalam keadaan kelam kabut pulak. Tapi sungguh, kakak aku ni rezeki dia melahirkan anak tuh mudah untuk dua-dua anak dia. Kemain kan Ariqa tidoq. Abang Uwais tidoq sopan lagi, kahkahkah! Kalau balik rumah maktok macam ni, dua-dua share tilam tidoq dalam baby cot. Sebab apa kena tidur dalam baby cot? Mesti la sebab kakak-kakak depa ni hardcoreee. Hahah. Kang tak pasal jaa buat apa-apa dekat adik-adik :p 




Nur Ariqa Fatina dah 3 bulan lebih. Dah boleh menirap dengan yakinnya. Haha alhamdulillah. Awal-awal ja tak pandai tarik tangan and angkat kepala. Tapi sekarang dah boleh. Adriana dulu pon boleh meniarap bila cukup-cukup 3 bulan. Kalau tidoq pon nak sambil meniarap dah, pandai-pandai dia la dia ubah. Cuma sesekali aku check jugak takut dia sembam muka dia. Tapi baby ni  dia pon tau ikot keselesaan dia. Sekarang ni dah tak suka kena tinggal sorang-sorang, kena nampak muka orang dekat dengan dia. Kalau tak bunyi. Jenis ringan mulut ni, ada ja benda nak sembang hihihi. Ariqa ni aku tak nampak macam muka aku, memang dia banyak ikut muka Apit. Tu renungan tuh, ituuuu pon renungan macam daddy dia. Kahkahkah! Untuk Ariqa ni aku cakap dekat Apit, expenses dia mahal sikit la dari Adriana. Sebab susu pon kena minum susu yang mahal, sabun mandi pon mahal sikit. Apit cakap tak pa la, ada la rezeki mai kot mana-mana nanti untuk Ariqa. Bab duit jangan risau Apit cakap, itu hal dia. Huhu. Lagipon dulu 5 bulan aku tak hiraukan dia, tak sedar pasal kewujudan dia. So, sekarang kena laa lebih attention sikit kan, hee. Apa saja untuk anak-anak mummy daddy! 



Semoga anak-anak mummy sentiasa di beri kesihatan yang baik. Sentiasa di lindungi Allah! :) 



Okay bye! 

Thursday, July 14

AF FAMILY : RAYA2016

Assalammualaikum.


Selamat Hari Raya Aidilfitri :) 
Salam 9 Syawal :p 


Moh ler nak cerita sikit hal raya tahun ni. Beraya berempat. Alhamdulillah syukur. Macam aku dengan Apit ni tak kisah bab turn beraya. Main bedal ja mana-mana dulu pon takpa. Sebab rumah mak ayah dekat ja memasing. Yang nak kira turn nak balik mana tu pon, kira balik kampung tok tokwan jela. Ikot jela nak balik mana dulu pon. Macam sebelah Apit, memang ada kampung dekat Alor Setar, tapi arwah Tok dah meninggal 2 tahun lepas. Sebelah aku, cuma ada kampung tok sebelah ayah. So, tahun ni aku tanya Apit nak balik mana. Apit cakap ikot la, mana-mana pon boleh. Haha. So, aku plan, takpa la. Balik Alor Setar, raya kedua baru balik Bukit Selambau. Sebab last year raya, 1st day raya balik Bukit Selambau. Even memang Apit tak kisah bab balik kampung mana dulu, tapi aku ni kan perempuan. Perempuan kan details sikit, haha. Aku still la kena consider untuk fikir turn balik kampung tuh. Kena fair, even kalau balik Alor Star cuma ada sedara mak bapak menakan and sepupu sepapat. Tapi dah nama pon raya, masa raya la nak jumpa pon, ken? Tengok-tengok dua hari sebelum raya kot, Apit ajak ikot mama abah p Tanjung Malim. Sebab Makcik sebelah Apit, dok dekat sana. And this raya Makcik and Pakcik tak boleh balik kampung sebab Pakcik baru lepas operate jantung sebelum puasa haritu. So, tak boleh travel jauh. 


Mula-mula aku macam risau jugak, nak travel dengan dua orang si kenit tuh sampai Tanjung Malim. Untuk Ariqa, aku tak risau sangat. Aku risau yang si kakak tu lagi. Haha. Last travel jauh masa dia 4 ke 5 bulan entah, yang bawak p Cameron Highlands tu. Lepastu, jauh sikit pon Alor Setar or Penang jela. Haha! Then, aku cakap okay jela. Since raya kan, plus kalau tak cuba mana nak tau peel depa dua macam mana bila duduk dalam kereta lama sikit. Iye dak? Hehe. Kalau risau, sampai bila pon tak boleh ke mana. 


Dan as usual jugak, pagi raya akan balik rumah mak dulu beraya. Kan dekat ajee. So, pagi raya memang boleh beraya rumah MIL and rumah mak sendiri. Alhamdulillah. Hihi. Sebab mak ayah pon lepas solat sunat hari raya baru balik kampung. Ayah pon as usual, sehari sebelum raya memang akan balik kampung dulu. Tolong tok tokwan apa patut, bakar lemang. Then malam raya tuh ayah balik la rumah balik. Ala, kampung tak sampai sejam pon sampai. Hihi. Rindu suasana raya dulu. Kalau dulu, sehari sebelum raya mak or ayah mesti hantar kami adik beradik balik rumah arwah tok tokwan sebelah mak. Selalunya mak tak balik sama, sebab siapkan tempahan jahit. Haha, mak tu dulu, sampai pagi raya pon jahit baju k. Kira hari last tu, yang mak siapkan baju raya kami la. Fresh gitu, baru namanya baju raya, sebab siap pagi raya haha. So, kami balik rumah arwah tok sebab tolong arwah tok balut ketupat, buat rendang ke serunding ke, and prepare juadah berbuka hari last puasa. Kadang-kadang prepare bahan nak masak untuk pagi raya. Nanti arwah tanya la nak makan apa, bihun sup ka, laksa ka, mee rebus ka. Rindunyaaa! Sumpah rindu sangat dekat arwah tok dan tokwan!  Aku ingat lagi, ayat arwah tok every time lepas berbuka hari last puasa. Mesti akan cakap "harap berjumpa lagi la dengan puasa tahun depan, harap-harap panjang umur" :) Arwah tok meninggal on 31 December 2010. I still remember, and will never forget. Al-Fatihah. 


Ehh, aku sambung. Ish sedih pulak. So, lepas beraya dekat rumah mak ayah terus gerak nak ke Tanjung Malim. Punya la plan nak gerak awal, tengok-tengok tengah hari jugak la, hihi. Aku dah risau ni, sebab selalunya tengah hari memang time Adriana tidor. Tambah pulak pagi tu dia bangun awal. Excited nak raya kot, pukul 7 lebih dah bangun. Huahua. Memang aku dah nampak dia start cranky masa on the way nak balik rumah mak tuh. Sebelum gerak aku bancuh susu siap-siap. Masuk ja kereta terus aku bagi dia minum susu. Tengok-tengok elok lepas ja masuk tol tak sampai berapa minit, dah terlena dah mek tuh. Lega hati mak noks! Yang Ariqa jangan tanya, memang awal lagi dah dia terlena. Hihihi. Lama jugak Adriana tidoq, dia terjaga masa Apit stop dekat R&R Sg. Perak. Selamat la bangun pon mood elok ja. 


Family photo.
Love of my life. 
:) 

Tengok la Ariqa tu, awal lagi dia dah tidoq. Tangkap gambar pon tak nampak muka dia, nampak badan pon jadi la dik, hihi :) 



Sebelum cuti raya, aku dah download siap-siap dah lagu Didi & Friends, and lagu best dari Chu Chu Tv tu. Mak mak tau la channel apa dua ni, haha. Sebab aku dah prepare nak bukak video tu ja kalau nak distract dia if dia mood tak elok. Pastuuu nak di jadikan cerita, boleh pulak malam raya tu aku terdelete folder lagu yang aku download tuh. Ciskek betoi. Sampai dekat mana entah, dia dah mula jugak tak senang duduk. Tapi aku memang malas nak angkat, nak biar ja dia dalam car seat. Car seat dia pon aku letak belakang, biar dia duduk dengan aku dekat belakang. Yang Ariqa aku letak dalam car seat bagi duduk depan dengan daddy dia, hihi. Dah la terdelete folder tu, atas highway pulak mana laaa boleh bukak youtube derrr. Careless sungguh p delete folder tuh, erghh! Aku pon distract dia dengan benda lain la, selamat dan jugak aku capai 2 3 toys dia masuk kereta haha! 


Ariqa dia dah terjaga awal tu before sampai Juru, itupon sebab berak. So, sebelum tu dah singgah R&R Juru nak salin diapers dia. Lepas gerak dari situ, memang dia sambung tidoq sampai ke Tanjung Malim la. Bagi susu pon sambil tidoq ja minum, hihi. Alhamdulillah adik senang jaga. Lega aku dua-dua senang handle. Masa balik pon sama. Ariqa memang lena dari Tanjung Malim sampai rumah. Yang Adriana pulak, keluar ja dari simpang rumah Makcik, dia terlena dah. Fuhhh, aku kata dekat Apit senang nya dia boleh tidoq macam tuh ja. Tapi memang la, letih main wehh. Sebab laman rumah Makcik tuh luas. Main dengan cousins dia. Elok sampai Tapah kot dia dah bangun. Lepastu dah mengamok takmau duduk dalam car seat. Aku letak dia atas riba, bf dia sampai lena. And tidoq laa sampai rumah, haha. Tapi aku tak berani letak dalam car seat sebab dah cuba sekali, dia terjaga qeyau. Hmm, riba laa mak ekau ni. Takpa, janji tidoq tak buat perangai. Hihi. 



Ariqa tak match sangat color dia. Tapi boleh la ada pink sikit macam tuh. 
Kain cotton buat baju Adriana tu, ada lebih sebab aku terbeli lebih sikit. Aku ada mintak mak buat dress ja dekat Ariqa pakai kain lebih tu, tapi mak tak sempat. Pakai dress ni pon jadi la dik kan? Hee. Tema raya ni color fuchsia. Ingatkan Apit tak berkenan sebab kan fuschia ni kategori pink pink jugak ye dak? Dia on, aku pon on jela. Hehe. 


Lega sebab dua-dua senang bawak jalan. Aku cakap dekat Apit, kalau macam ni punya gaya, daddy boleh bawak jalan jauh lagi la. Hint weh hint. Hahah :p 



Masa ni Apit stop dekat R&R Tapah kot sebab nak isi minyak. Sempat aja berhenti snap gambar. Kataaaa raya. Haha! 
Geram aku Adriana ni, bergambar dengan aku, kalut nak lari. Bergambar dengan daddy dia, elok pulak sengih sengih posing. Cehhhh! 




Kemain sangat ni posing angkat kaki bagai. Dia la kemain ubah position, daddy macam tuh jugak, hahah! Ariqa tengah sedap lena, tak ada laa gambar dengan Ariqa. Tunggu besar sikit ye dik, kita posing sesama pulak, hihi! :) 



Ini masa dekat rumah Makcik dah. Ariqa buat muka macam tu sebab tengah merengek nak susu, tapi sempat aja Mummy dia snap gambar dulu. Haha. Ariqa ni dia merengek kalau nak susu ja, takpon time dia dah bosan layan diri sengsorang. Bunyi la nak suruh angkat pegang. Ariqa dah 3 bulan, elok cukup 3 bulan masa raya haritu. Dah boleh meniarap. Sama macam kakak Adriana dulu, boleh meniarap masa 3 bulan. Aku dah set dalam kepala, yang aku tak akan compare apa-apa pon dua beradik ni. Biar la milestone or development depa follow the flow :) 



Si kenit yang galak! Haha. Comel ja pakai baju kurung, mati la nak puji anak sendiri. Biar la kan, haha! Selamat laa memang terfikir jugak nak bagi dia pakai baju kurung. Kalau tak, pakai dress jela. Hihi. Ni dah dok fikir dah ni, nak beli kain buat baju untuk raya haji pulak. Kahkahkah kemain over :p 


Okay lah, itu saja la kot. Nanti cerita hari raya kedua ketiga keempat pulak haha, konon sangat. Kalau rajinnnnn! 


Okay bye!

Friday, July 1

REVIEW/TESTIMONI : SET BERSALIN NONA ROGUY

Assalammualaikum.
Hello! 


Rasanya aku nak review pasal set bersalin NR ni dari lepas bersalin Adriana lagi kot, hihi. Tapi asyik la tertangguh plus dulu aku tak fully amalkan semua benda dalam set tu. Agak susah la kan nak review. Tapi untuk kali ni, aku memang fully amalkan semua benda dalam set bersalin NR tu, hihi. 


Review based on product ni jela. Kalau nak compare dengan product/brand lain tak boleh la sebab aku guna ni ja. Tak tergerak hati pulak untuk bersalin Ariqa ni nak try product lain, sebab aku suka NR ni, hee! 


Dalam set bersalin NR ni ada 6 jenis produk. Ada :

- Phythonatal
- Minyak Herbanika
- Minyak Herbanika Barut 
- Akar Herbanika
- Uncang cuci Herbanika
- Herbanika Lulur 




Di sebabkan masa beli untuk bersalin dekat Adriana dulu, yang aku betul-betul amalkan cuma Phytonatal ja. Haha. Yang lain-lain guna, tapi guna tak habis. Phytonatal tu memang aku makan sampai habis sebotol. Sebab dia bestttttt! *gaya macam iklan apa entah tagline ni huahuahua*. So, kiranya yang lain-lain tu masih berbaki dan tersimpan rapi gitu. So, aku dah tak beli full set la kali ni. Aku just beli loose item, Phytonatal, minyak herbanika barut & minyak herbanika. Sebab yang ni memang banyak guna masa dalam pantang tapi tak habis, tinggal sikit ja, aku beli jela yang loose. 



1. Phytonatal 

Yang ni memang superb la weh. Tambah lagi untuk yang bersalin normal. Seriau kot kalau bab nak pee and poo! Pee pon seriau amat, padahal bukan ada apa pon, hehe. Tambah laa lagi nak poo. Sebelum beli dulu la aku banyak baca feedback testimoni yang phytonatal memang best untuk lawas. Tak sembelit la. So, "kerja" jadi mudah dan tak seriau sangat dah. Nak kata dak langsung tu tak la bagi aku, berjahit kot wehh, gila tak seriau, haha. So untuk aku sendiri, phytonatal memang sangat best. Aku akan ambik pagi sebelum breakfast. Kalau dulu masa bersalin Adriana, aku selalu makan waktu malam. Kiranya akan ada "alarm" sendiri la awal pagi tu haha. Tapi kali ni, aku baca aturan pengambilan produk yang Kak Ice share, aku ambik pagi sebelum breakfast. Mesti ramai kan follow FB Kak Ice, banyak sangat-sangat ilmu berpantang yang dia kongsi. Boleh la follow! Bila petang or time maghrib akan datang lah "alarm" tu. Dia punya penangan, dah macam emergency gila. Rasa sakit perut tu memang cepat-cepat laa bawak ke toilet, haha! Kadang-kadang meluat pon ada tau rasa sakit tu, tak menyempat. Tapi lepas tuh best la rasa, hikhok. Apa pon, phytonatal memang the best. Dan aku taktau la kalau ni salah satu sebab boleh kurus badan. Kot la kan, sebab senang membuang! Haha. Dah habis dah sebotol, aku dah repeat beli lagi. InsyaAllah nak konsisten makan sampai Ariqa 6 bulan. Sebab aku baca, memang elok amalkan selama 6 bulan.




Ini ha facebook Kak Ice. Banyak info boleh dapat. Banyak boleh belajar. Aku ni bukan la yang kaw kaw punya berpantang. Tapi aku masih percaya yang berpantang selepas bersalin tu sangat-sangat la perlu, selama 44 hari tuh. Sungguh. Sebab memang badan kita perlu rehat dan di manjakan dalam tempoh tuh.




Ini pulak group yang Kak Ice conduct jugak. Macam-macam ilmu jugak boleh belajar dari perkongsian group members yang lain. Boleh baca masalah orang lain, dah boleh baca petua orang lain jugak :) Sila la join! :)


2. Akar Herbanika 

Akar herbanika ni kawan baik dengan phytonatal. Kalau dulu masa bersalin dekat Adriana aku cuma pernah guna 2 sachet ja. Itu pon bukan berulang guna. Rasanya ada la kot dalam 3/4 kali ja aku minum sebab tak tahan weh. Tak kuat ujian sungguh masa tuh. Bau dan rasa dia tak boleh blah. Haha. Tapi untuk Ariqa, aku dah boleh minum dengan jaya dan sukanya. Sebab aku ada baca petua orang minum letak madu. Tapi aku letak sikit ja, sebab takmau rasa asli dia hilang and takmau rasa manis pulak. Pheww berjaya! Lagi satu, air akar ni memang kena minum waktu suam panas-panas tuh, baru layan. Kalau dah sejuk memang tak daya langsung nak telan weh. Lagipon dalam pantang memang kena minum air suam-suam ja kan. Bagi aku, air akar herbanika ni salah satu milkbooster terbaik. Sungguh, terbukti masa berpantang untuk Ariqa haritu. Sampai sekarang pon. Dah habis satu kotak tu pon, aku dah repeat beli dan masih amalkan sekarang :)


3. Minyak Herbanika Barut

Elok dengan nama dia, so minyak ni memang di gunakan sebelum pakai bengkung. Sapu dulu minyak ni dekat perut and bahagian paha sebab ada bengkung kan sampai paha sikit. Lepastu pakai la bengkung. Bab bengkung ni aku takda laa terlalu rajin atau obses pakai. Ada jugak la time malas. Dan kadang-kadang rasa menyesal sebab tak berbengkung betul-betul. Haha. Masa Ariqa ni pon sama jugak. Aku tak berbengkung sangat hari-hari, tapi better dari Adriana dulu haha. Dah insofff. Anak kedua dah wehh, perot mengembang kali kedua dah. Gilo nak main-main lagi. Hikhik. Tapi result dia, tak la perot fit sangat persis model. Still perlu di perbaiki laa, gittuuu. Dah tu sapa suruh malas bengkung hari-hari? Haha. Mak aku hari-hari bising pasal bengkung. Tapi bising saja la, aku pon dengar saja la. Kalau dah malas tu tak boleh buat apa! Hikhok.


4. Minyak Herbanika 

Minyak herbanika ni aku akan pakai selepas mandi. Memang lepas mandi ja aku sapu dekat perut sampai ke belakang pinggang. Untuk lancarkan proses darah nifas turun. Kiranya kalau aku tak berbengkung pon, tak sapu minyak herbanika barut, minyak herbanika ni aku still pakai. Minyak herbanika ni jugak bagus di titiskan dekat atas pad. Dan jugak sapu dekat tempat jahitan. Yang ni aku taktau masa bersalinkan Adriana dulu. So aku tak buat. Tapi masa berpantang ke Ariqa ni, aku buat. Betul, memang berkesan untuk tempat jahitan tuh. Cepat kering dan sembuh. Bab jahitan ni aku tak sure la betul ke tak, tapi nurse dari kkia sendiri la yang cakap. Sebab dia ada tanya, bersalin dekat mana. Aku cakap la sekian-sekian, then dia cakap patut la macam cepat okay, sebab kalau jahitan dari hospital kerajaan lambat sikit. Sebab jenis benang ke apa entah tak sure. Aku pon taktau, dia yang cakap macam tuh. Tapi tak kisah la, macam mana pon. Kebersihan mesti di jaga. Jangan sesekali biarkan lembab di situ. Dan untuk best lagi, macam aku buat, sapu jaa minyak herbanika ni dekat tempat jahit tuh. InsyaAllah.  Lagi satu, sapu minyak ni sebelum bertungku okay. Sangat bagus. Actually sampai sekarang pon aku still guna lagi, ada hari rajin. Bila anak-anak dah tidoq malam, aku sapu jugak dekat perut and pinggan sebelum tidoq. Sebab pinggang kadang-kadang lenguh jugak masa menyusu tuh.


5. Uncang Cuci Herbanika

Masa bersalin dekat Adriana dekat ASC dulu, hospital ada bagi satu bekas macam besen tau. Bentuk dia boleh fit dengan toilet bowl, cumanya dia macam besen la. Kiranya kita letak besen tuh atas toilet bowl, fit elok dengan bowl tu then kita boleh rendamkan bahagian bawah dalam tuh. Hospital bagi tu untuk kita rendamkan bahagian jahit tu dalam air ubat yang depa bagi. Depa ada bagi satu ubat cecair untuk kita bersihkan bahagian bawah, supaya luka cepat sembuh dan takda bakteria. Mula-mula dulu aku ingatkan boleh guna dekat hospital ja, rupanya boleh bawak balik. Lega rasa. So, untuk uncang cuci herbanika ni, aku guna jugak dalam tu hihi. Tuang air suam-suam dalam besen tu, rendam sat uncang ni then rendam la dalam tuh. Pergh selesa! Tapi masa bersalin dekat Ariqa tak ada pulak Wisma provide bekas tu, nasib memang still simpan kan. Iye la, nak buang buat apa. Hehe. Aku rasa tak semua hospital pon provide benda alah tuh. So, aku repeat guna jugak la bowl tu masa berpantang ke Ariqa ni. Still sama, aku rendamkan uncang ni dalam tuh. Hee.



Punya pulun aku explain rupa dia dekat atas, aku saja try google tengok-tengok jumpa. Ini lah dia rupanya, nama nya 'sit bath bowl' Haaa gitteww. Aku rasa kalau hospital tak provide and you all nak benda ni, dekat farmasi or kedai yang jual barang perubatan ada jual kot ni. Heee.



6. Herbanika Lulur 

Perghh yang ni paling best. Sental puas-puas bagi hilang apa-apa yang tak best dekat badan kita masa mengandung. Kan ada orang kulit jadi malap, kusam or ada yang jadi macam hitam-hitam daki. Alhamdulillah aku untuk dua-dua pregnant, kulit tak ada masalah apa. Scrub badan then bersihkan dengan air suam dari daun-daun tuh. Perghh segar terus rasa badan lepas tu hihi.


Macam mak, mak bagi aku mandi dengan air rebusan daun pandan campur dengan daun inai. Aku perasan dua daun ni jela. Kalau ada daun lain aku pon tak pasti, haha. Lagi satu petua mak, basuh muka dengan daun inai. Dan jugak minum air daun inai. Mampuu? Cuci muka dengan air daun inai tu lepas bangun dari tidoq. And lepastu minum air daun inai tu. Kiranya mak rebus la daun inai tuh. Mak cakap untuk naikkan seri muka kot, tak silap aku laa. Tapi alhamdulillah aku memang boleh telan. Haha. Janji suam. Sebab aku rasa air yang tak best minum, tapi kalau minum waktu dia suam. Layan jugak lalu ke tekak ni weh. Hehe. Tapi sungguh la, minum air suam lagi best dari minum air ais. Gittuhhhhh! Konon sangat ni, nak sedapkan hati sendiri ka acano?  :p


Aku bukan la jenis hardcore gila bab pantang. Tapi still berpantang ikut cara tradisional macam mana mak aku suruh. Sebab mak memang jenis strict sikit bab pantang berbanding dengan mak mentua aku. Haha. Mak mentua aku kan jenis sempoi sikit. Especially  bab makan la.Untuk dua-dua anak ni, dua-dua aku berpantang dekat rumah dua-dua family (apa banyak sangat perkataan dua nih :p) Untuk kali ni, dah seminggu lagi nak habis pantang baru aku balik rumah mak mentua. Masa Adriana dulu, awal jugak sikit. Aku spesies tak kisah ja kena berpantang dekat rumah mak mentua pon. Cuma aku bagitau dekat Apit, awal-awal pantang memang aku nak berpantang dekat rumah mak dulu. Then lepas 2/3 weeks kalau nak balik rumah mak mentua, aku okay ja. Sebab nasib aku baik sama kot, mak mentua aku jenis best. So, aku tak rasa janggal ka or tak suka or tak selesa stay sana. Iya laaa almost 3 years kot kami stay situ, awal tahun haritu ja baru duduk sendiri. Hihihi.


Cumanya, bila dah balik pantang dekat rumah mak mentua, semua benda Apit kena sediakan. Aku takmau mama buatkan untuk aku. Haha. So, Apit la yang bakarkan and balut tungku bagi bertungku. Hehe. Bab mandi anak, masa Adriana dulu, memang mak yang mandikan. Bila balik rumah mama, mama yang mandikan. Aku tak berani. Sampai dah habis pantang baru aku mandikan. Haha. Tapi untuk Ariqa ni, masa first 2 weeks ja mak tolong mandikan. Lepastu aku buat sendiri. Dah pro kan? Haha, anak kedua dah pon. Lagi satu aku bukan jenis moden okay mandikan anak pakai bath tub baby tu even ada beli masa Adriana dulu. Aku jenis letak anak atas kaki ja mandikan dia. Ada yang tau cara ni, tau la kot. Aku rasa lebih selesa macam ni dari mandikan depa dalam bath tub tuh. Sebab seriau. Adriana dulu pon, bila dia dah tau duduk baru aku mandikan dalam tub tuh hehe.


Itu jela kot, share experience guna Nona Roguy dan share experience sikit masa dalam pantang!
Berpantang itu penting okayyyy! Moden moden jugak, berpantang selepas bersalin tetaplah penting! Gittewwww!


Okay ni aku nak share dua ig shop yang jual barang Nona Roguy. Bagi aku la, beli set ni dekat instagram lagi murah dari beli dekat stokis kedai tu kot. Hehe. Sebab dekat stokis kedai tak dapat harga macam ni even dah tawar. Aku dah tanya sendiri la yang aku tau ni, bukan  main cakap ja ehh.  Tapi lain-lain tempat aku tak sure laa. So, boleh la usha ig ni. Even harga tak sama, tapi still tak lari banyak la between dua ig ni.






Okay sekian.

Btw,
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin


:)