Sunday, April 7

60 DAYS TO GO!

Assalamualaikum. Hello.


Ada lagi 60 hari untuk hari penting dan bermakna untuk aku dan Apit. Nak tahu exact date, boleh kira sendiri. Hehe. Alhamdulillah, setakat hari ini, semuanya okay. Berjalan dengan baik. Preparation boleh di katakan 80% siap. Kadang-kadang aku rasa, macam pantas pulak preparation aku. Maksudnya takda lah seperti apa yang aku bayangkan masa on the day families decided nak buat kenduri on this coming June. Everything work as plan. Syukur.


Kalau nak tahu, sehari lepas merisik tuh, hari Sabtu (23 February). Aku, Apit dengan Kak Are  (kakak Apit) dan anak-anak, dah keluar p butik pengantin untuk pilih baju dan pelamin untuk di-booking. Haha, rasa macam masing-masing excited pulak. Tapi tak salah buat awal-awal. Kalau ikotkan pon memang dah patut buat action macam ni, sebabnya ada lagi 4 bulan untuk prepare masa tuh. Kalau book lambat kang, tak dapat baju yang menepati pilihan pulak. Dah la diri sendiri cerewet jugak. Dan pada hari yang sama jugak, p kedai emas untuk resize balik cincin merisik aku tuh.  Dah alang-alang kat situ, Kak Are suruh tengok-tengok kot ada yang berkenan untuk upacara batal air sembahyang lepas akad nikah nanti. Sesungguhnya rezeki lagi time tuh. Allah permudahkan lagi, kebetulan hari tuh emas murah. Makanya Kak Are suruh pilih sesiap, beli sesiap. Haha pantas sangat kan. Bila dah berkenan, kena lah panggil "tokey" yang nak bayarkan. Ngeh ngeh. Mintak pendapat Apit yang mana cantik, so decided. Bought already! :) 


The next day pulak, on Sunday. We both keluar p Gurney Plaza sebab nak beli barang-barang untuk hantaran. See, how fast we are. Hewhewhewhew. Tapi yang shopping hari tuh cuma aku sahaja. Sebabnya untuk Apit, Apit jenis pakai apa pon semua brand skate. Memang lah ada a few brands yang jual dekat mall macam Vans or DC. But untuk hantaran, Apit nak brand skate Altamont, Diamond and so on apa aku taktau, haha! So, part dia senang sahaja. Order online direct from US, kot. Ngeee! So, harituh dah settle part tuh okay. Perghhh rasa lega bila dah settlekan satu-satu!


Okay, so ni aku listkan preparation apa yang aku list untuk wedding :)


Kursus Kahwin 
- Done. Yang ni kami attend masa tengah bulan January harituh. Tapi masa kami nak p kursus kahwin ni, memang belum decide or bincang serious apa pon pasal kahwin. Cuma plan masa tuh memang bulan December macam sebelum-sebelum tuh kami sembang. Hehe, lepas kursus ni lah mama abah Apit menyatakan hasrat (wahh giteww) nak buat kenduri on May/June, on that time lah. Hee.

Ujian HIV
-Alhamdulillah hari ni dah settlekan. Aku ingatkan kena tunggu lama untuk dapatkan result. Rupanya proses dia lebih kurang setengah jam sahaja. Tunggu nak dapat result pon 15 minit lepas nurse ambik darah. Atau maybe sebab orang tak berapa ramai sangat lah kot harini so takyah tunggu giliran lama sangat. Aku buat test dekat Klinik Kesihatan Taman Intan. Memula dah p pagi dalam pukul 11, tapi nurse tuh cakap untuk ujian darah HIV untuk bakal pengantin pukul 2 petang onwards baru bukak. Yay, dah settle satu benda wajib dan penting.

Borang kebenaran nikah
- Belum settle. Awal lagi kot kan nak Ayah p ambik dekat imam and Apit ambik dekat imam qariah dia. InsyaAllah tengah bulan April baru nak suruh ayah p ambik. Borang ni bebila masa pon boleh ambik kan, cuma nak submit tuh a month before tarikh nikah kan.

Tok Kadi & upah
- Belum jugak, heee. InsyaAllah. Yang ni nanti ayah boleh tolong settlekan bagi pihak aku. Senang, sebab memang ayah pon yang nak kena deal.

Katering & Khemah untuk kenduri 
- Done booking. Done pilih menu dan nak khemah hias macam mana, untuk meja pengantin pon dah settle :) 

Kad Jemputan Kahwin 
- Yayyy dah siap jugak. Kami buat kad asing-asing, means tak buat satu kad yang ada nama dua-dua pihak. So, both dah settle. Aku dah siap listkan nama kawan-kawan yang nak bagi kad ni, cuma aku belum mintak address je lagi. InsyaAllah, in nearest time. Cumanya, untuk post maybe hujung bulan ni or awal bulan depan lah kot, hee! 

Bunga telur & goodies bag 
- Done. Bunga telur dah siap beli, aku beli untuk letak depan pelamin sahaja. Untuk tetamu memang aku tak bagi bunga telur, hehe. Dan goodies bag pon aku dah siap order, aku beli yang custom made. Tapi goodies bag ni memang super simple dan paling jimat. Haha. Takpa, isi dalam yang penting. Tapi cuma isi dalam jela belom beli. Part tuh takpa, 2-3 minggu before kenduri pon boleh settlekan.

Baju untuk akad nikah, baju pengantin kenduri sebelah perempuan dan sebelah lelaki
- Alhamdulillah aku syukur sangat sebab ada mak sebagai tukang jahit dan bakal mak mentua pon tukang jahit. Untuk baju akad nikah kami, aku beli kain dekat Jakel. Niat aku memang dari dulu, kalau baju kenduri sewa, baju nikah memang aku kalau boleh nak buat sendiri. Maksudnya, nak baju tuh ada dalam simpanan aku. Ada yang cakap membazir, sebab nanti maybe tak pakai dah. Tapi bagi aku, aku nak ada sentimental value tuh. Disebabkan tuh jugak la aku berkeras ikot rasa hati aku, nak jugak beli kain dan buat baju. Baju akad nikah kami, mama Apit yang buatkan. And it was DONE you know. Hewhewhew. Untuk baju pakai masa kenduri sebelah lelaki dan perempuan pon memang dah settle, macam aku cakap lah, dah siap booked sehari lepas merisik tuh lagi. Heee. Aku booked baju dekat Butik Busana Fitri, Pekan Baru. Seriously, baju-baju mostly semua cantik-cantik. Kiranya ada pilihan lah nak pilih, tak terhad la pilihan tuh. Tapi disebabkan kami dah ada color pilihan untuk kedua-dua kenduri, makanya pilih baju yang color tuh sahaja lah. Tapi puas hati dengan design baju tuh, color pulak exact color macam aku nak. Siap dia buatkan veil dan tudung baru untuk aku lagi, hehe. Part pelamin pon dah settle booked. Dan harga dekat sini berpatutan untuk kami yang sememangnya nak buat kenduri bajet sahaja. Hekhek.

Make up & hand bouquet
- Make up untuk ketiga-tiga events dah booked. Booked sekali dengan baju-baju dan pelamin sekali. Tapi aku pilih MUA muslimah lah. Memang tak la, nak bagi bapok yang touch up muka aku kan, haha! Big no. Memang aku tak mahu. Mak ayah pon tak bagi, Apit pon tak bagi. Untuk hand bouquet still cari florist yang boleh buat bunga yang aku nak untuk dijadikan hand bouquet. Part ni takpa, lagi seminggu-dua nak kenduri pon boleh ja settle, hehe.

Photographer
- Ini dah siap di-booked. Kami hire kawan Apit, Cham. Memang dah tau hasil kerja dia macam mana. Plus kalau dengan kawan ni okay sikit, nanti nak pose pon tak segan sangat sebab memang dah kenal. Dah tau perangai gila macam mana, hehe. So, DONE.

Hantaran, Wang hantaran & Mas kahwin
- Barang-barang untuk atas hantaran dah settle beli, semuanya. Include Apit punya pon barang-barang dia dah arrived. Wang hantaran dan mas kahwin pon dah settle, dah di bincang oleh parents masa second time family Apit datang bertandang harituh. Cumanya sekarang tinggal nak tempah suruh orang buat hantaran ja. InsyaAllah awal bulan 5 baru aku nak deal bebetul dengan Kak Naim Nurul. Kak Naim ni buat hantaran untuk kakak aku harituh. Kakak, aku dengan mak puas hati dengan hasil kerja Kak Naim, so my turn ni pon nak tempah dekat dia jugak. Heee!



Apa lagi erk? So far yang ini sahaja lah yang aku list down dalam buku ajaib aku, haha! Yang ni yang paling penting lah kot, yang lain-lain nanti aku update lagi. Whoots!


Okay, lagi 60 hari ye!
Semoga Allah makin mempermudahkan segalanya untuk kami!
Ameen :)


Chill. Bye.

1 comment:

safiyyah osman said...

Yihhhaaa.....diet jgn lupa hahahha...semoga lancar semuanya...aku doa dri jauh...insyallah free aku smp kenduri hg..hati2 p mana2.. good luck wanie!