Sunday, April 21

A NEW BABY

Assalamualaikum. Hello.


Firstly, syukur Alhamdulillah. Sebab dah satu persatu Allah permudahkan segalanya bagi aku sekarang ni. Blessed. Allah bukak jalan rezeki yang mudah bagi aku. Alhamdulillah :)


Actually, aku target before end of this year aku dah pasang angan-angan nak ada kereta sendiri. Tapi sebenarnya kalau ikotkan sebelum-sebelum ni, memang target nak ada kereta before kahwin. Memandangkan kerja kahwin ni Allah dah lagi permudahkan, di percepatkan. So, aku target lepas kahwin lah, tapi memang nak ada before hujung tahun ni jugak, weeee! 


Harituh masa sembang dengan mak ayah pasal kereta, aku ingatkan habis setakat tuh saja. Ingatkan sembang kosong, mak ayah pon tak serious sangat. Tapi lepas a few days, ayah tanya aku, aku nak kereta baru or second hand. Bagi aku of course la kan nak yang baru, wakakaka berlagak sangat! Tapi selepas menilai dan buat calculation sana sini, kena fikir jugak tanggungjawab yang bakal ada lagi nanti. Dan jugak melihat balik dari segi kewangan dan gaji aku bulan-bulan. So, aku decide second hand dulu sudah kan as first car. Plus, aku ada target price sendiri untuk monthly payment nak bayar berapa, hikhok. Lagipon, aku ada dream car aku sendiri. Bila cakap macam tuh dekat ayah, ayah pon setuju. Ayah cakap kalau ada niat nak beli kereta yang aku suka lagi nanti, means kereta baru, baik aku beli second hand saja dulu. Sebab nanti tak rugi. 


Memandangkan ayah aku memang expert bab kereta. Memang pandai nak nilai, pandai nak survey. Sebab ayah ni kekadang macam broker kereta jugak. Wakakaka, sebabnya mostly kekawan or sedara kami kalau nak beli kereta memang cari ayah aku. Sebab environment kerja ayah memang banyak dengan kereta dan atas jalan raya, so memang ayah is super hebat dalam bab kereta dan arah jalan. Ngeee! So, semuanya aku suruh ayah saja yang survey. Semuanya pulak tuh, aku serah dekat ayah. Ayah just tanya nak color apa sahaja, pastuh ayah yang surveykan. Hehe. 


Tapi, sedikit kecewa sebab warna kereta yang aku nak tak ada yang memenuhi citarasa ayah. Haha. Sebab yela kan, nak survey kereta second hand, kena ambik kira kereta tuh tahun bila, berapa mileage kereta tuh, pastuh harga kereta tuh affordable tak dengan tahun dan mileage kereta tuh, ye dak? So, memang dah ada jumpa kereta warna yang aku nak, cumanya mileage dia banyak, then harga pulak mahal. Ayah comparekan harga kereta tuh dengan kereta yang aku dah beli sekarang, dari segi tahun sama, mileage kereta tuh banyak lagi, dan harga mahal lagi dari yang aku beli sekarang. And of course, on top of all, mesti la kena tahu condition kereta tuh jugak, ye dak? Heee!


So, dah jumpa kereta yang elok. Yang affordable untuk aku, ayah p sendiri kedai kereta tuh. Untuk tengok sendiri dengan mata, dah test drive. Actually, ayah survey semua ni dekat Mudah.my saja, dan ada jugak yang ayah p survey dekat kedai sendiri. So, kereta yang aku beli ni dari kedai kereta dekat Bukit Mertajam. See, sayangnya ayah dekat aku sampai ke sana surveynya. Whoots! So, dah siap bagi semua documents dekat owner tuh. Plus, mak is my guarantor. Aku kan baru kerja, so mesti lah ada guarantor. Mak pulak kerja kerajaan, so chance loan untuk di appove memang tinggi. Alhamdulillah, memang dah selamat pon, heee! Jumaat lepas kena p Public Bank, Butterworth sign agreement dengan mak as a guarantor. Ambik masa seminggu jugak la untuk loan ni approve, sebab aku takda record beli apa-apa kereta lagi. So, it took a few days jugak la. Lepas dah sign agreement, yayyy boleh drive bawak balik kereta! Whoots.


My first car is a second hand - Myvi 1.3, tahun 2007, mileage baru 70000-75000 sahaja, condition memang tiptop, color grey. Aku yakin memang okay sebab ayah yang carikan, sebab ayah tak akan pilih kereta yang tak puaskan hati dia. Untuk anak sendiri pulak kan. Sebab tuh bila ayah puas hati, aku pon on sahaja. Actually ayah tanya aku banyak kali, takpa ke kalau bukan color putih, sebab yang aku nak memang color putih. Haha. But then, aku cakap, takpa la tak kisah dah color apa, asalkan ayah tengok condition dia elok, harga best, semua okay, aku on sahaja! 




Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki aku nak ada kereta sendiri. Even not a brand new car, tapi Alhamdulillah syukur. It is still a car. My own car. Tanggungjawab yang bakal di pikul setiap bulan. Semoga Allah makin murahkan rezeki aku lagi dapat beli kereta baru pulak nanti, kereta idaman aku! Ngeh ngeh.


Next target, nak beli rumah sendiri before umur 30 tahun. InsyaAllah, Ameen. Semoga Allah makin mempermudahkan segalanya untuk aku. Semoga rezeki lepas kahwin nanti pon lagi bertambah, Ameen. Aku happy, terima kasih mak ayah sebab dah gembirakan hati kakngah, dan Alhamdulillah, aku rasa dalam masa yang sama, aku pon dah gembirakan hati mak ayah. Blessed! 


Chill. Bye.

No comments: