Tuesday, April 30

HAND BOUQUET

Assalamualaikum. Hello.


Sekarang dah masa nak pening-pening fikir pasal hand bouquet. Sebab harini pon dah last day of April. So, more or less lagi sebulan ja last preparation semua. Untuk hand bouquet, aku dah target untuk akad nikah nak bunga artificial saja dan ingat macam nak DIY, tapi sedar diri yang tangan keras macam kayu so tak sure lagi, hikhok. And untuk resepsi sebelah aku dengan Apit, aku nak hand bouquet fresh flowers.


Aku bab bunga ni tak berapa minat pon actually. Memang tak pernah kisah pon boyfriend aku tak pernah bagi bunga pon, haha! Sebab bunga tak tahan, wakakakaka. Kalau macam handbag, kasut, apa bagai tuh memang suka sangat la nyah. So, di sebabkan tuh aku takda bunga favourite pon cuma ada certain bunga yang aku suka sebab tengok cantik jela, contohnya macam Daisy, Tulips and Carnation. Wah, gitew!





So, untuk hand bouquet seriously aku nak sangat fresh daisy as hand bouquet untuk resepsi sebelah Apit. Dan fresh roses untuk resepsi sebelah aku. Aku dah survey dua florist shop dekat Sungai Petani ni, Ikenobo Florist dekat Bakar Arang dengan Sky Handicraft. Both tak provide fresh daisy as a hand bouquet. Sedih baq hang. Actually dekat Sky tuh cakap okay, tapi dia tak janji, sebab maybe takut time hari aku order tak ada ke apa tak tau la kan, sobss! For fresh roses memang tak ada masalah, sebab tau dah most florist mesti provide. Macam both kedai ni pon memang ada, hee! These both kedai bagitau range harga dalam RM 80-RM90 untuk satu bouquet. Bagi aku okay sangat lah, kot. Ehh? :D


Entah la, nampak gaya macam impian tak kesampaian saja! Sedih aih! Takpa, nak survey lagi florist lain kot ada rezeki lagi kan? Baiklah!


Chill. Bye.

No comments: