Monday, April 1

PERMULAAN

Assalamualaikum. Hello.


Macam entry lepas, aku ada bagitau pasal aku dengan Apit plan nak kahwin this year jugak. So, kami plan nak kahwin hujung tahun, bulan December. Sebabnya aku nak kerja kumpul duit dulu, then nak bagi adik lelaki aku, Syahmi lepas dengan exam SPM dulu this year. Sebab dia duduk hostel, so kalau nak ada lengkap semua time cuti sekolah saja lah. Tambah pulak nak exam besar macam ni pulak, selalunya MRSM buat kelas tambahan kan untuk student yang nak ambik big exam. Dan lagi satu sebabnya, sebab kenduri kakak pon baru saja lepas bulan December harituh. So, aku paham lah nak bagi ruang dekat mak ayah "bernafas" balik dulu kan lepas dah penat, letih dan pening urus hal kenduri kakak hari tuh. Hehe.


Alhamdulillah, Apit paham. Aku bersyukur sebab dia paham situasi aku. Terima Kasih, Ted! Even kalau ikotkan mama abah Apit nak cepatkan hal kahwin kami, kalau boleh nak buat bulan May/June. Tapi pening jugak lah kan, sebab macam terlalu cepat masa tuh. Haha. Tapi aku jugak paham masa tuh kenapa mama abah nak cepat. Apit pon dah kerja lama, anak lelaki sulung pulak. Dan kami pulak dah couple lama. Tapi bila Apit paham keadaan aku, Apit pon tolong explain dekat mama abah pasal tuh. Mama abah okay saja. Sebab katanya ikot suka kami, sebab kami yang nak kahwin. Hehe!


Ada satu malam tuh, aku dengan ayah ada deep conversation pasal hubungan aku dengan Apit. Wah, deep conversation you. Bukan lah deep sangat, tapi rasa lain lah jugak sebab aku dengan mak dan ayah tak pernah open pasal relationship aku dengan Apit. Aku cool ja pasal tuh, segan dan malu nak bagitau. Haha. Tapi mak dan ayah memang lah dah tau yang Apit tuh boyfriend aku. Cumanya tak pernah lah bercakap jauh sampai ke hal kahwin. Setakat melawak tuh ada la, sebab tuh aku rasa conversation aku dengan ayah malam tuh "deep". Hikhok.


Ayah tanya bila aku dengan Apit plan nak kahwin. Aku terus terang cakap kalau boleh nak kahwin hujung tahun, bulan December lepas Syahmi dah settle dengan SPM. Aku bagitau jugak, yang mama abah Apit ada plan nak suruh buat kenduri bulan May/June. Aku bagitau lah kan, sebab dah alang-alang cakap pasal tuh, aku cucuklah jarum sekali. Sebab kalau sesaja nak open bercakap hal kahwin, macam aku kata tadi lah, segan! Haha dan jugak takut weh. Ngeee. Then, ayah tanya ada cuti sekolah kah time tuh. Aku cakap lah ada, lama jugak kan sampai dua minggu. Masa sembang-sembang tuh ayah ada bagitau yang mak dah plan nak buat bulan August.Aku terkejut jugak, even sebelum tuh kakak pon ada bagitau yang mak cakap macam tuh. Aku anggap mak saja cakap ja. Tapi dalam hati tetap syukur, sebab aku plan bulan December, tapi Allah bukakan hati mak untuk mudahkan buat bulan August, means masa bulan Syawal lah. 


Sebab kenapa aku cakap Allah mudahkan, masa aku bagitau awal-awal dekat mak ayah yang aku plan nak kahwin bulan December tahun ni. Mak suruh kahwin awal tahun depan, January 2014 okay! Haha. Sebab tuh terkejut bila mak suruh buat bulan August pulak! Alhamdulillah, dekat situ dah Allah permudahkan dan dengar doa aku. Awalnya ayah boleh tanya pasal hal kahwin ni pon sebab mak ayah dah tau yang mama Apit dah belikan cincin merisik untuk aku. So, mak ayah dah boleh nampak masa tuh yang kami memang serious nak kahwin. Gatai! Haha. Dan aku suka bila mak ayah tau pasal tuh, mak ayah macam excited dok tanya bila parents Apit nak mai merisik. Hiks.  


So, on 22 February. Parents and family Apit datang rumah untuk merisik. Tapi ni bukan kali pertama lah mak ayah dan mama abah Apit berjumpa. Dah pernah jumpa pon sebelum ni masa kenduri dekat rumah Apit. Masa ni sumpah nervous yang super high. Even cuma merisik, tapi rasa macam dah big event sangat kot weh! Ahaha. Tapi aku duduk dekat dapur jer, biasalah anak dara kan kena la menyorok. Hakhakhak! Biarlah orang-orang tua yang bincang dan bersembang. Bila dah nak sampai ke kemuncak (wah kemuncak kauu!) lagi lah nervous bila mak panggil bagitau mama Apit nak sarungkan cincin merisik dekat jari aku. Haha. Dah la selekeh pakai baju kurung biasa ja time tuh. Belasah ja, hikhok.


Memandangkan masa depa bincang memang aku tak dengar langsung. Nak curi-curi dengar pon tak berjaya kan. Lepas family Apit dah balik, first question yang mak tanya "Kakngah ready ka nak kahwin bulan 6 ni?" Danggggg! Terkejut bewak aku. Sebabnya aku dengan Apit dan setuju pon nak buat kenduri bulan August. Dan Apit sendiri dah bagitau mama abah dia pasal plan kami tuh. Tapi bila discuss malam tuh, mama abah Apit bincang dengan mak ayah nak buat tengah tahun ni jugak. Alhamdulillah, syukur yang teramat sangat bila mak ayah setuju. Mak ayah tak kisah, mak ayah boleh terima. Dan paling penting mak ayah restu! Even mak ada cakap, takdan "rehat" la macam ni, tapi Alhamdulillah semuanya okay. Restu dan keizinan tuh yang aku harapkan selama ni, syukur! 


Biasalah, badan gemuk. Jari pon mesti lah gemok! Hewhewhew.
But actually cincin ni besar, tapi dah hantar kedai kecikkan ikot jari aku. Heeee!
Ohhh tuh tahi lalat mahal okay, kbye!



Masa datang merisik bulan February okay, dan plan untuk buat kenduri bulan June. So, approximately ada 4 bulan untuk buat preparation. Gila ke tak gila, memang kena jadi gila jugak lah buat preparation. Aku dah baru kerja, first gaji pon belum dapat masa tuh. Serabut jugak fikir mana nak cari duit, sempat ke nak simpan duit nak buat semua benda. Tapi, like always mak ayah, kakak dan Apit selalu ada dengan aku. Thank you. Apit selalu cakap, like always "takpa b ada, bab duit jangan risau". Yes, Apit memang tak pernah nak biar aku risau pasal duit. Even since before this, dia tak pernah nak biar aku rasa susah bab duit. Kadang-kadang bab nak bayar apa-apa pon boleh marah bebai dekat aku. Sebab takmau bagi aku guna duit aku sendiri. Sebab dia cakap "student buat cara student, cari duit kerja dia". Tapi sekarang aku dah kerja, dah sampai masa aku cuba ringankan dia. Belajar guna duit sendiri dan tolong dia sekadar yang aku mampu. InsyaAllah.


Kami memang tak bertunang. Kami sendiri yang tak mahu bertunang. Memang plan nak kahwin buat kenduri terus. Heee. Tapi on 15 March harituh, family Apit sekali lagi datang bertandang dekat rumah untuk bincang hal kenduri. Bab nak tetap tarikh akad nikah dan kenduri, bab duit hantaran dan belanja mas kahwin. Masa ni, aku tak nervous sangat sebab family Apit datang on Friday, lepas asar. So, aku kerja hari tuh. Hehe. Tapi sempat lah sampai rumah masa penghujung discussion, tuh pon lepas semua decision dah di buat. 


Betul, orang cakap. Nak buat benda baik, Allah permudahkan. Sampai hari ini, aku rasa makin satu persatu Allah permudahkan urusan kami. Alhamdulillah jugak, bab duit tuh pon boleh di control sikit! Sebabnya kami pon bukan nak buat kenduri besar, cukuplah setakat lepas yang wajib dan bab kenduri tuh pon biar ada sedara dan kawan-kawan rapat sahaja.   


Nanti aku sambung dengan bab preparation pulak okay! InsyaAllah.


Chill. Bye

No comments: