Wednesday, May 1

BENDA WAJIB

Assalamualaikum. Hello.



Happy Labour Day, workers! So, this is my first time celebrate Labour Day. Wah, celebrate ke? Haha. Kiranya first time la kan cuti Hari Buruh ni kena kat aku. Ngeeee!


So, hari cuti kan terasa la rajin nak update blog even tak tahu apa pon nak update. Jadinya, terjadi lah entry random macam ni. Dalam handbag/tote bag yang selalu aku bawak, selain smartphone, purse dan latest powerbank yang kejap okay kejap gelong tuh, tissue dan wet tissue (memang wajib ada), small bag ni pon aku wajib bawak jugak. Sebab tuh bag yang aku selalu carry kalau keluar besar, more to tote bag lah. Sebab barang banyak nak letak. Huahuahuahua! Small bag ni memang letak barang make up, sebab aku takmau bersepah dalam bag sampai susah nak cari kalau nak guna. 




Biasalah, muka tak cantik kan, kena la spare barang-barang ni dalam bag, haha! Tapi aku takdak lah sat-sat nak touch up muka. Tak kuasa nyah. Muka aku jenis berminyak jugak kekadang, so time tuh la gunanya kena touch up balik. Dan spare untuk lepas solat kan, nanti boleh lah make up semula. Ngee!




So, inilah dia. Benda alah yang ada dalam small bag polka dots tuh, haha! Ubat dan eye drop tuh memang kena ada dalam bag ni sebab biasa la kan, mata jenis "mahal" ni susah. Kerja dia nak gatal, nak berair ja. Rimas. Eye drop tuh satu untuk lense, dan satu lagi memang untuk mata aku yg sentiasa "baik" ni. Sobss. Yang lain tuh wajib aaaa ada kan, ngeeee! Except for perfume tuh ja bukan both yang selalu aku bawak. Depends aa, kalau keluar tuh aku pakai yang mana satu, aku bawak yang tuh lah. Sebab tuh suka dengan perfume Body Shop, sebab senang di bawa. Ada perfume brand lain jugak, tapi kalau pakai yang jenis lain, perfume ni memang tak bawak dah la. Bukan la nak semboq selalu, just prepare. Wah giteww! 


Ya, aku jenis tak guna satu brand sahaja untuk muka. Haha, tengok lah compact powder pakai In2It, mai dekat blusher pakai Silky Girl. Wakakaka. Aku guna ikut keselesaan dan kesesuaian aku guna benda tuh. Dan paling penting, price dia la, wakakakaka! Tapi aku memang jatuh cinta dengan compact powder In2It ni, so far lah. Sebab memang mampu tutup cela kat muka aku. Itu penting untuk wajah tak lawa macam ni! Mihmihmihmih. 


So, itu sahaja random entry untuk harini. Selamat bercuti! Have a nice day, people.


Chill. Bye.

No comments: