Thursday, May 23

DUIT DAN DUIT

Assalamualaikum. Hello. 







First thing yang terfikir dalam kepala masa family decide bulan berapa nak buat kenduri, dalam kepala aku, memang tingggggg "DUIT". Of course memang fikir duit. Sebab tak plan pon yang secepat ini kenduri perkahwinan kami akan berlangsung. As plan before memang nak buat December, pastuh ubah bulan August pulak, masa tuh lega jugak sikit. Bila ja decided nak buat June, tediaaa sakit kepala terus. Even dalam masa yang sama memang la gembira dan syukur. Gilaaaa tak syoq dapat kahwin cepat? Haha. 


Alhamdulillah jugak target nak kahwin bila dah kerja tuh tercapai. Even masa tuh gaji bulan pertama kerja pon belum dapat, hihi. At least dah kerja la kan, dapat la saving sikit dari gaji tuh nanti even cuma dapat saving a few months saja. Dan sesungguhnya memang dari awal-awal cakap pasal kahwin, memang kami dua takmau buat majlis besar-besar. Memang takmau banyak benda di bazirkan untuk kenduri sahaja, hee!


Perbelanjaan untuk majlis ni nanti memang aku guna duit hantaran yang Apit bagi untuk aku. Just every month tambah sikit-sikit dengan duit dari saving dapat gaji tuh. Gaji aku sekarang pon tak seberapa, tapi Alhamdulillah dan InsyaAllah cukup untuk selesaikan semua ni. As perempuan beban tuh ringan sikit la sebab kita dapat duit hantaran tuh kan, InsyaAllah duit yang kita dapat tuh boleh guna untuk buat kenduri dan bayar sewa baju pengantin dan other few things. Just tambah lagi duit saving untuk hal-hal lain yg kita perlu. Tapi, kalau nak buat grand dan hebat memang jadi tak cukup lah kan, haha. 



Actually bukan tak cukup, tapi memang kena ambil masa yang lama untuk saving la maksudnya. So, bagi sesiapa yang memang berangan nak kenduri grand tuh memang dah patut la saving dari sekarang. Haha. Unless kalau part kenduri nanti family yang tolong support serba serbi, haa yang tuh memang senang lah. Tapi bagi aku, tak boleh macam tuh. Sebab target aku, nak kahwin sendiri bikin. Even Mak Ayah ada support sikit-sikit, biarlah sikit sahaja! Kiranya banyak yang aku bantu dari susahkan Mak Ayah, hee. Dah la nak kahwin, preparation dalam masa yang singkat, kenduri Kakak pulak baru lepas December harituh. Memang tak la kan aku nak peningkan kepala Mak Ayah lagi =)


Bila sampai part hujung-hujung nak dekat kenduri ni memang duit tuh nak mengalir keluar macam air ja. Sigh. Pening jugak kepala. Tapi memang ada a few things yang aku dah divide duit tuh sesiap. 


Contohnya untuk Katering + Khemah + Meja pengantin memang ambik dekat caterer sekali, duit untuk bayar dekat caterer tuh aku dah asing dan transfer sesiap masuk account Mak. Dah calculate budget untuk part tuh berapa, then aku transfer letak dalam account Mak. Senang, takyah fikir banyak dah! Untuk part baju pengantin + pelamin + bilik tidur pengantin (untuk sebelah Apit shj) untuk kedua-dua belah, aku sum up then divide dua dengan Apit total tuh. Means that kami share, and aku dah transfer duit tuh dalam account Apit jugak. Tapi, biasala dengan Apit. Mana boleh 50-50 kalau divide dengan dia. Aku rasa dia 70%, aku 30% ja divide tuh pon, hehe. Bab duit Apit, Mak, Ayah, dan Kakak  memang banyak ringankan beban aku. Syukur. 


And untuk Photographer pon kami divide dua. Duit untuk part tuh pon aku dah bagi dekat Apit, biar nanti masa nak bayar, Apit yg withdraw dan bayarrrr, hehe. Bagi aku buat macam ni senang, at least aku nampak berapa lagi yang tinggal untuk aku, dan yang tinggal tuh aku boleh budget untuk upah hantaran dan beli barang-barang untuk dalam goodie bags dan bagi dekat kanak-kanak dah, heee. 


Macam aku ni, memang before this ada saving dalam ASB, aku save duit yang dapat dari PTPTN tuh kan, letak dalam ASB. Tak la banyak mana simpan tuh tapi untuk guna time macam ni boleh la jugak ambik untuk topup sana sini sikit. Hee. Sebab macam aku ni, memang masa cuma ada 4 bulan untuk saving, jadinya memang keras kejung kepala otak gak la fikir pasal duit memula. Tapi macam aku cakap la, kita perempuan dapat duit hantaran, so duit tuh memang purpose dia untuk di gunakan untuk kenduri pon kan, so dekat situ dah ringan la sikit. Even duit hantaran Apit dah bagi, family Apit datang serah cheque masa kali kedua datang rumah haritu. But even sekarang pon Apit still tolong topup itu ini jugak. Bukan sikit-sikit, banyak la jugak, haha. Semoga makin murah rezeki dia, hehe. InsyaAllah, Amin!



Alhamdulillah, semoga semuanya terus dirahmati dan diberkati Allah S.W.T! Semoga berjalan seperti yang di rancang!


Chill. Bye.


*Aah, mood sekarang memang suka tulis panjang-panjang, wakakakaka. Ada aku kesah? Mana puas tulis pendek hal macam ni :D *

No comments: