Monday, May 13

SUPPLEMENTS

Assalamualaikum. Hello.


Dah nak kahwin kan, so kena la aware dengan supplement apa yang bagus untuk keharmonian rumah tangga nanti. Wah giteww kau nyah. Hover sangat. Hahaha. Actually aku dah di expose pasal Asid Folik ni dari bacaan dekat blog Piah masa dia nak kahwin dulu. So, dari situ lah baca pasal kebaikan and kepentingan Asid Folik ni, ngee. Tapi recently baru teringat balik pasal kena consume Asid Folik ni since dah nak kahwin kan, haha. Haish pelupa betul la. Then, aku still sibuk-sibuk google lagi nak tau pasal bebetul kepentingan dan kebaikan supplement ni untuk wanita (wah wanita giteww). 


Oleh itu, ini antara yang aku dapat dari banyak-banyak blogs and websites yang aku baca lah, hee. 


Source from : Blog Alam Hamil 


Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai didalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutama semasa anda merancang untuk hamil, dan tiga bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD) , otak (anencephaly) dan saraf tungjang (spina bifida).


Kajian telah menunjukkan bahawa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70%. Itulah sebabnya sangat penting untuk anda memakan asid foilk semasa hamil. Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus selepas ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.



Source from : CikPuan Azizah's Blog


Apa itu ASID FOLIK? 
-Asid Folik adalah vitamin B9 yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung. 
-Ia juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung. 


Mengapa ia PENTING?
1) Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti: Gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)


2) Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).

3) Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:

-Sumbing lelangit (cleft palate) 
-Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
-Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) 
-Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

4) Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.



Bila ASID FOLIK perlu diambil?

-Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Semasa mengandung kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi. 


SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?

-Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untung mengandung.
-Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
-Merawat kesuburan pada lelaki



Rasanya  memang dah patut kot aku p beli dan consume Asid Folik ni, haha. Dari pembacaan aku, Asid Folik ni senang ja nak dapatkannya, boleh beli terus ja dekat mana-mana farmasi. Dan dari apa yang aku baca banyak jugak yang consume Asid Folik dari brand Appeton. Sebab dalam satu pack ada terus stok sampai 3 bulan. Kita merancang dan berusaha ye tak, rezeki tuh kan dekat tangan Allah. Usaha tak salah, hehe. 




And another supplement yang aku dah buat research (wah research sangatt), yang aku google lah maksudnya. Yang sesuai untuk keadaan aku sekarang, is supplement from Shaklee. Shaklee ni memang well known brand lah kan. Dah la lama dah ada. And kalau ikotkan sekarang pon memang aku dah consume one of Shaklee's product. Tapi yang aku nak beli untuk consume ni kononnya di namakan "Set Honeymoon". Wahhh gitewww! Haha.  


Source from : Shaklee ID's Blog 


Alfalfa Complex 
Diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).




Vitamin E & Selenium 
membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita yang juga terkenal sebagai “vitamin seks”. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual.




Haha. Okay itu lah dia. Antara supplement yang aku rasa perlu consume dalam masa terdekat ni, wakakaka. Boleh saja share dengan Apit semua supplement ni, sebab sesuai untuk lelaki dan perempuan. Kalau Apit takmau, belasah ahh aku paksa, huahuahuahua. Wahh, rasa lain sangat kan update pasal kesihatan nih. Bagus sangat, mihmihmih.


Okay itu sahaja! Aku nak paksa Apit baca entry ni bagi dia paham. Sebab before this aku dah cakap nak consume Asid Folik tuh, pastuh dia tanya untuk apa, then aku tak reti nak explain. Padahal malu nak explain, wakakakaka. Rupanya reti malu jugak aku dengan Apit ni kan, selalu main bedal buat kering jaa. Ngeee.


Chill. Bye. 


No comments: