Thursday, May 2

TARIKH PENTING

Assalamualaikum. Hello.


Wah tarikh penting sangat nyah. Okay sekarang nak reveal tarikh penting yang bakal terjadi dalam hidup aku, InsyaAllah. 


Selepas dah bincang dengan family kedua-dua belah pihak. Selepas dah buat pertimbangan itu ini, haha ayattt! So, Alhamdulillah kata sepakat dah di capai untuk menentukan tarikh penting untuk kami berdua.


Jadinya kami pilih tarikh,


AKAD NIKAH :  7 JUNE 2013
KENDURI SEBELAH PEREMPUAN : 8 JUNE 2013
KENDURI SEBELAH LELAKI : 9 JUNE 2013


Actually 1 June is Apit's birthday. So, kalau ikotkan aku memang nak sangat buat Akad Nikah tarikh tuh. Senang dan bermakna untuk Apit. Wahh iya ke? Haha. Tapi memandangkan 1 June jatuh hari Sabtu, dan aku tak suka nak buat majlis Akad Nikah dan kenduri pada hari yang sama. Tak suka benda rushing ni, so terkubur sahaja lah macam tuh. Apit dia okay ja, macam mana pon tak kisah. Dia bab macam ni memang dia chill, serah kat aku ja. Aku ja pulun pikir nak tarikh molek-molek, bagi dia, boleh kahwin dengan aku takpa dah wakakakaka!


Dan kalau nak buat jugak pon memang boleh, buat jela kan kenduri sebelah aku 2 June dan sebelah Apit a week later. Tapi aku tak boleh jugak selfish nak pikir nak tarikh best ja sedangkan kena pikir pasal family lain jugak. Especially yang tinggal jauh macam kakak. Kalau buat macam tuh nak kena kerap pulak dia balik ye tak, hee. Plus, kami pon tinggal dekat gila ja, tak kuasa pulak nak buat kenduri selang seminggu. Haha. So, baik settlekan sekali harung ja. Biar nak penat pon, sekali penat tuh saja kan :)


Tapi takpa, tarikh 7 June ni pon ada correlation jugak what, haha! 7+6=13 (07/06/2013). Wahhh giteww nyah! Haha. Paham ke idok? So, InsyaAllah Apit bakal bergelar husband selepas usia 24 tahun 6 hari, wakakakaka. Aku ja muda lagi, ngeeee. Dan InsyaAllah, majlis Akad Nikah akan berlangsung di Masjid Tunku Puan Habsah, Padang Temusu. Even kalau ikotkan, qariah aku ialah Sri Gedong, tapi tak sure atas sebab apa kena dekat masjid tuh. Sebabnya, kakak harituh dekat situ. Tak kisah la kan, yang pentingnya majlis tuh nanti dapat berjalan dengan lancar, dan semoga kami selamat jadi pasangan suami isteri (itu penting haha). Next week dah boleh p submit borang kebenaran nikah dekat Pejabat Agama, weeee! 


Semoga semuanya makin dipermudahkan Allah.


Itu sahaja pengumumannya. Bajet sangat kau noksss!


Chill. Bye.

No comments: