Tuesday, May 21

UNTUK TETAMU

Asslamualaikum. Hello.



Okay entry kali ni nak cakap mengenai goodie bags untuk jemputan/tetamu pula ya. Actually aku dok fikir jugak apa lagi lah yang nak update kan, bukan pandai sangat nak cerita bab preparation ni, wakakakaka. Masa dah decide bulan berapa nak buat kenduri ni, aku dah fikir dah nak bagi barang apa and dalam bentuk macam mana untuk para tetamu nanti. Memandangkan aku sendiri dan Apit memang nak buat majlis secara sederhana sahaja, takmau duit banyak dihabiskan just untuk buat kenduri bagi nampak hebat, mewah dan wow sahaja, haha. Yeah we kedekut liddat huahuahuahua. NO! Bukan kedekut tapi itu adalah perancangan, buat apa la nak habiskan duit yang banyak just untuk nampak kan kenduri tuh grand kan, baik saving untuk kehidupan lepas kahwin. Plus, bagi kami pon, preparation tuh singkat. So, banyak benda yang perlu di-cut costnya. Biar buat sekadar yang mampu. Wah gitewww! 


Untuk goodie bag, aku tetiba nampak brown paper bag tuh simple pulak bila di padankan dengan ribbon + doily paper + sticker. Simple dan pentingnya jimat, ngeh ngeh.  Actually aku ada google dekat mana boleh beli brown paper bag ni dengan harga yg murah bila beli banyak kan. So, aku jumpa la satu kilang dekat Penang kot ada jual. But then, aku still searching yang lagi okay yang boleh provide aku semua tuh sekali. Tetiba aku tergerak nak bukak blog Kak Zila masa tuh sebab nak tengok pavlova kot masa tuh. Actually yang boleh tahu pasal blog Kak Zila ni pon lepas kenduri Kakak harituh. Sebabnya masa kenduri Kakak, cousin aku Abang Lan dengan Kak Ida order puding triffle ni untuk kenduri Kakak. Bawak balik all the way from Dengkil okay masa tuh, hehe! Memang sedap puding triffle Kak Zila ni buat. Then, dah sedap apa lagi kan, untuk wedding cousin aku, Izzah on last February, Kakak pulak order puding triffle ni untuk kenduri Izzah. Hehe.


So, bila bukak blog Kak Zila, rupanya bukan provide pavlova, puding triffle and cookies sahaja. Goodie bags and sticker pon Kak Zila boleh buat. Lepas dah tanya dengan Mak and Kakak pasal nak order paper bags ni ja untuk kenduri nanti, depa pon on. Tapi still la aku amik kira pasal harga sebab nak tau kan, berbaloi or tak order dekat situ. Then bila baca pasal paper brown bag yang Kak Zila buat ni include sekali ribbon + doily paper + sticker, terus aku rs berbaloi. Sebabnya kalau aku sendiri beli satu-satu asing, maybe harga per unit bag tuh lain sikit la kot kan. Entah aku fikir macam tuh, haha. Then, lepas dah setuju, terus aku order. Awal kemain masa tuh. Tapi tak salah pon, tak lah Kak Zila kelam kabut buat sangat kan. So, lepas dah submit order and bayar deposit dah boleh rileks pikir pasal goodie bags, yayyy! Senang sangat deal dengan Kak Zila ni, easyyyy. Whoots.


Memandangkan Kakak stay dekat Shah Alam, dan dia sendiri pernah jumpa Kak Zila masa beli puding triffle untuk Izzah tuh, so aku bagi Kakak jela ambik bila dah siap. Save cost postage kalau nak kena pos dekat rumah kan, hehe. Plus, bukan jauh pon. Alang-alang bila kakak nak balik SP, boleh lah sekalikan. And semua ni dah siap pon, Kakak dah ambik dan bawak balik masa balik untuk membuang undi harituh! Bila tengok dengan mata sendiri, memang puas hati. Tak la cun mana pon goodie bag yang bakal aku bagi nanti. Tapi seikhlas hatinya aku bagi untuk para tetamu nanti, hehe. Luaran tak penting, yang penting isi dalamnya nanti. Ahaha!







Inilah dia, yang atas ni, goodie bags yang tak seberapa dari aku untuk sedara mara, kengkawan semua yang datang on my kenduri nanti. InsyaAllah. Dan InsyaAllah luaran nampak tak seberapa, maybe too simple or too budget kan, haha. Tapi dalaman iaitu isi dia aku bagi yang best sikit lah, wakakakakaka. 


Okay bawah ni rate harga untuk goodie bags ni. Untuk gambar dan rate harga ni credit to blog Kak Zila, sebab aku copy dari sana, hehehe!


brown paper bag with deco (paperbag,ribbon,doily+sticker)
1000 pcs - 75 sen satu
500 - 999 pcs = 80 sen satu
200 - 499 pcs = 90 sen satu
100 - rm 1.00 satu



Credit picture and price rate - Kak Zila's website :



See, murah saja kan price dia. Nampak lagi murah sebab include ribbon + doily paper + sticker tuh. Sekarang dah lega bab goodie bags ni. Untuk isi dalam pon aku dengan Mak dah decide nak letak apa. Dah call tanya pemborong cumanya belum order lagi saja, heee.






Atas ni lah puding triffle yang Kak Zila buat. Sedap baq hang. Pavlova Kak Zila buat pon sedap, Kakak lah cakap. Sebab dia ja yang pernah makan, sobss. Nak order suruh bawak balik sampai SP kang cayaq ke apa pulak whipped cream dia. Tapi Kakak cakap memang sedap, tak kedekut buah. Haha, banyak gila buah atas pavlova tuh. Kalau nak tengok boleh click link blog aku bagi tuh ya. Plus, cookies yang Kak Zila buat pon sedap. Sebab Kak Zila bagi samplebeberapa jenis cookies yang Kak Zila buat dekat Kakak harituh masa p ambil paper bags ni, hehe. Untunglaa aku dapat makan sample cookies Kak Zila hehehe. Paling aku suka Plain Choc Chips with Bubble Rice. So, yang duduk area Shah Alam-Subang-Klang tuh boleh la order sebab senang ja kan nak self pick-up. Aku promote pon sebab sedap dan berbaloi, so boleh lah cuba, hee! 


Okay sekian lah sahaja yaa, wee weee :D


Chill. Bye.

No comments: