Tuesday, May 7

WARNA

Assalamualaikum. Hello. 


30 days to go before we both officially get married. Sah sebagai suami dan isteri. Cuma harapnya segalanya apa yang kami rancang bakal berjalan dengan lancar dan sempurna, Amin. Gementar jugak ni weh, macam-macam perasaan ada. 


Dengan masalah nak dapat cop dan tanda tangan imam sebelah Apit, bengang ja! Memang saja nak bagi orang stress. Padahal benda mudah sangat kot, tak payah nak kerek sangat kot aku rasa. Aku tahu batas, memang tak elok nak mengata dengan orang yang tinggi agamanya dari kita. Memang kena respect, tapi aku rasa tahap respect pon ada had! Jangan ingat bila ada kuasa boleh salah guna, jangan ingat bila ilmu tinggi tuh tiket untuk pentingkan diri sendiri. Kalau cara dia nak kami rasa nak bina hubungan yang halal tuh memang sesusah ini, syabas lah aku ucapkan dekat dia. Memang dia berjaya buat orang rasa susah. Sepatutnya bila orang nak buat benda baik ni, permudahkanlah. Ini tak, bukan nak mintak kebenaran buat maksiat tapi nak mintak permohonan nikah kot weh. Sabar jela, memang benda ni aku tak kena hadap, tapi aku yang kena tempias pon tension jugak. 


Okay back on real track apa yang aku nak update untuk entry kali ni. Maaflah kan, mukadimah hangin sikit. So, aku nak bercerita mengenai warna baju pengantin. Warna baju pengantin yang bakal kami pakai untuk resepsi kedua belah pihak. Untuk sebelah aku, memang color ni antara color kegemaran dan yang aku nak pakai bila kahwin, hehe! Memang sebelum p butik pengantin tuh punya lah berdoa kan harap-harap color tuh memang ada dan hopefully design dia cantik dan memenuhi citarasa aku. There you go, Alhamdulillah. Masuk ja Busana Fitri tuh, itulah busana pertama yang catch my eyes (wah giteww!). Ada a few jugak design dengan color yang aku nak ni, macam aku cakap before this, dekat Busana Fitri ni memang mostly baju dia cecantik. Aku suka.


Untuk sebelah Apit pulak, at first pilih color lain. Then second time p lagi, pilih color lain pulak sebab dress yang pilih tuh macam tak sesuai dengan aku, wakakaka!


Ohh, by the way masa nak choose color ni aku tengok jugak colors for 2013, haha. Haruslah kan, nak jugak buat ikot lastest colors ye dak? Ngeee.




Okay, so this is a color that we choose for resepsi sebelah aku. InsyaAllah will be on 8 June. ROYAL PURPLE


And this is one of the color, cumanya nama ja lain. Tapi bila google lebih kurang lah jugak African Violet and Royal Purple ni. Still in one family of purple color, wah giteww! 







So, inilah dia Royal Purple. Aku suka gila, sebab rasanya color ni nampak exclusive, huahuahuahua. Kononnya! Based on these three example, rasanya more to my outfit, yang kedua tuh kot. Maybe, tak perasan sangat dah. 


Dan untuk sebelah Apit pon aku choose based on Colors Spring 2013 jugak, hihihi. Actually first outfit yang aku decide nak ambik tuh color Turqoise since we both love Turqoise color. Tapi aku jela yang pakai Turqoise pon sebab on Apit's side buat English theme. So, Apit akan pakai coat lah. Ngeeee. Then bila balik tengok balik gambar tuh, Mama Apit pon macam tak berkenan sangat sebab cutting dress tuh buat aku nampak lagi pendek, wakakakaka. That is a reason why p pulak Busana untuk kali kedua lepas tuh. So, sama jugak okay macam p harituh, masuk ja dalam butik terus nampak outfit ni. Kiranya aku pilih baju pengantin ni, macam cinta pandang pertama lah, hahaha! Yang first aku tengok tuh la yang aku pilih :D


Makanya, color yang aku pilih EMERALD GREEN! Tapi aku saja lah, pakai warna ni, Apit will wear black suits. 






Aku sesaja letak these three example pictures sebab aku sendiri tak sure Emerald Green tone yang mana yang sama macam baju pengantin tuh, hihi. Tapi tak silap aku, yang first picture tuh, maybe lah kot, ngeee. Nak tau tunggu nanti lagi sebulan aku tunjuk pulak haha!


Untuk my side, aku tak mau family pakai sama color macam aku jugak, which is Royal Purple tuh. Aku nak family pakai color kontra. So that nanti bila tangkap gambar tak lah nampak sekata ja color tuh kan. At least nanti, timbul lah jugak pengantin ni dalam ramai-ramai dalam gambar tuh, wahhh kau nokss haha. Tapi, aku pon tak sure family yang akan nampak timbul atau kami pengantin ni, huahuahuahua. Sebabnya color untuk family tuh nampak lagi light pulak! Kihkihkih.


Okay itu sahaja. Lagi 30 hari weh, ketaq jugak baq hang. Semoga Allah makin mempermudahkan segala-galanya bagi kami. InsyaAllah. Amin.


Chill. Bye.


No comments: