Tuesday, June 11

BERGELAR ISTERI. ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum. Hello.



Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dah mempermudahkan segala urusan pernikahan dan perkahwinan aku dengan suami, Muhammad Firdaus (Apit). Syukur. Jumaat lepas, 7 Jun 2013, lepas solat Asar, Alhamdulillah kami berdua telah selamat diijab kabulkan. Dengan sekali lafaz, aku bergelar isteri. Hebat jugak Apit ni, sekali lafaz ja boleh lepas dah, hehe. Walaupun, nervous dia tahap max punya. Syukur Alhamdulillah. Tapi jangan katakan Apit, aku sendiri pon nervous jugak. Macam-macam perasaan masa tuh, Allah shj yang tau okay, heee. 





Bakal pengantin tunggu dalam bilik sementara nak gerak ke Masjid. Hehe. Akad nikah lepas Asar, keluar p masjid dalam pukul 4 macam tuh. Aku p make up lepas Zohor, make up pulak tak lama mana, sebab aku cakap dekat kakak tuh, nak make up yang simple and light saja sebab akad nikah saja kan, hehe! So, sementara nak gerak ke masjid, sempat la posing sikit. 



Bilik pengantin yang super simple. Tapi aku suka, sebab tak semak. Best! Baju nikah kurung moden mak mentua buatkan - lace putih, lining dengan kain satin silver. Aku pakai inner neck Medina, custom made half moon shawl white color dengan veil light silver suruh Lily dari Butik Busana Fitri buatkan, tempah dekat dia. So, veil tuh dalam simpanan aku. Hehe. Veil chiffon. Aku tak suka veil net, maaf cakap, nampak tak elok, nampak agak lama. Heee. 




Nak gerak ke masjid dah. Masa ni Ya Allah, nervous gila. Serupa aku yang nak salam tangan Tok Kadi tuh. Hehee. Hand bouquet tempah dekat WS Handicraft, RM 43. Aku pilih bunga tuh sendiri, then suruh depa gubah. Nampak agak besar jambak dia kan, sebab aku amik 2 set bunga ros tuh. Sebab aku rasa kalau bunga artificial ni, kalau kecik tak kembang jambak dia macam tak lawa ja, hehe. Then depa buatkan net dekat keliling bunga tuh and letak ribbon dekat tempat nak pegang. Aku suka color ros ni, tone pink color. 






Sebelum akad nikah, aku kena panggil dengan Ayah and Tok Imam/Tok Kadi untuk minta kebenaran kahwin dekat Ayah dengan sign surat tuh. And Ayah jugak kena sebut untuk berikan kebenaran dekat Tok Imam/Tok Kadi untuk nikahkan aku. Masa ni pon dah sebak okay. Tambah lagi aku perasan masa Ayah bacakan untuk bagi kebenaran dekat Tok Imam/Tok Kadi tuh, aku dengar macam suara Ayah sebak ja. Ya Allah, tak tau nak gambar perasaan tuh macam mana. Masa tuh nervous dah hilang sikit, cuma rasa sebak ja.





Alhamdulillah, dengan sekali lafaz kami berdua suami isteri. Perasaan tuh rasa lega. Even terasa jugak yang sebenarnya tanggungjawab makin besar. Bila aku tanya Apit pon dia kata macam tuh. InsyaAllah, kami akan cuba yang sebaik-baiknya untuk perkahwinan kami nih. Masa akad nikah dah selesai, aku tak la pulak rasa sebak or apa macam certain pasangan yang akan nangis kan, hee. Sebab Apit ni boleh dok buat gegila dia pulak. Lepas ja dah selesai lafaz, slumber ja buat gila dia kaleh belakang tengok aku sambil senyum dengan muka terhegeh-hegeh dia tuh. Semua gelakkan dia. Haha. Bila aku tanya, dia cakap sebelum akad nikah memang dia langsung takmau tengok aku, sebab nanti lagi nervous. Sebab tuh bila dah settle, terus gelojoh nak kaleh belakang. Haha, ngek! 





Aku menerima mas kahwin sebanyak RM 999.00, Alhamdulillah semuanya selesai. 9 tahun bersama berdua, aku harap ikatan yang halal ini akan berkekalan hingga akhir hayat kami. Kami pilih angka untuk mas kahwin tuh pon sempena 9 tahun relationship. As a simbolik lah sebab this year, on next 16 July, genap 9 tahun we both in a relationship. Untuk batal air sembahyang, Apit sarungkan cincin emas dan seutas rantai tangan emas. Perasaan syukur Allah saja yang tau, tak dapat di gambarkan. Alhamdulillah. Masa nak sarungkan cincin dan pakaikan rantai tangan tuh, memang boleh clearly nampak tangan Apit shaking. Hahah. Kesian! :D





Masa Apit nak cium ubun-ubun ni baru ada perasaan sebak. Rasa lega sebab semuanya dah selesai dengan ikatan yang halal. Walau pon, aku tau banyak lagi benda di hadapan kami nanti. InsyaAllah, doa dan usaha. Semoga kami akan sentiasa saling menyayangi, mencintai, lengkap melengkapi, tolak ansur, bertanggungjawab untuk tanggungjawab masing-masing dan saling menjaga satu sama lain. InsyaAllah, Ameen. Dan sesungguhnya memang kami mengharapkan ada zuriat secepat mungkin. InsyaAllah, semoga makin murah rezeki kami lepas ni :) 



Terima Kasih untuk Mak Ayah yang dengan terbukanya merestui hubungan kami, dan memberikan keizinan untuk kami berkahwin dan membantu untuk majlis aku dan Apit. Kepada kakak, abang ipar dan adik-adik yang membantu dan bagi sokongan. Terima Kasih jugak kepada keluarga baru aku, yang sentiasa menerima aku dan membantu urusan majlis aku dan Apit. Kepada semua kawan-kawan, sama ada 'reality' atau 'virtual', terima kasih sebab dengan doa kalian jugak lah semuanya di permudahkan. Dengan doa kalian yang harap kami kahwin cepat jugak lah, Alhamdulillah selamat. Terima Kasih semua. Hanya Allah dapat membalasnya. InsyaAllah. 



Chill. Bye.

3 comments:

Farhana IezAna said...

Tahniah..rse sikit debaran tu ble bce entry awk nie..

wanie said...

@Farhana Eizana : thank you. hehe chill :D

Dylla Fadzil said...

Sebak pulak baca ni huhuuuu