Tuesday, June 4

DUA HARI LAGI!

Assalamualaikum. Hello.


Kalau tolak harini dengan hari kejadian (wah kejadian sangat), makanya tinggal 2 hari sahaja lagi. Alhamdulillah, banyak benda yang almost done. Goodie bags tak habis packing lagi, dan tunggu hantaran siap pagi Jumaat baru p ambik dekat Kak Nurul. Sengaja ambik lambat, sebab Kak Nurul guna fresh flower untuk hantaran dan aku order cake sekali untuk salah satu hantaran. Plus, hantaran tuh untuk Apit, and akan di bawak pon masa hari kenduri sebelah Apit - on Sunday. Lain-lain dari dua ni, cuma tunggu p fitting baju kenduri hari Khamis dan tunggu pihak Busana datang rumah pasang pelamin sahaja. Tunggu orang caterer datang pasang khemah jugak. Dan part-part lain, InsyaAllah dah selesai. Alhamdulillah. Hee! 


Perasaan - tak tau nak describe. Susah nak describe. Macam-macam weh! Kadang-kadang rasa macam - Ehh, cepat pulak dah June. Kadang-kadang rasa mcm wah, bestnya dah nak kahwin, hehe! Iya la, aku dengan Apit pon dah tahun ke-9. Mestilah bila nak akhiri semua ni dengan ikatan yang halal - perkahwinan, rasa best dan happy sangat-sangat, hehe. InsyaAllah semoga hubungan yang halal nanti lebih di rahmati, di berkati dan semoga kian dipanjangkan jodoh. InsyaAllah. Semoga kami berdua lebih berusaha untuk mendekati Illahi, Amin!


Dugaan nak kahwin ni hebat jugak ya! Hebat sangat. Dugaan dari segala segi. Macam-macam. Tapi aku tau, apa lah sangat dugaan sekarang kalau nak banding dengan lepas kahwin nanti - dengan alam rumah tangga. Semoga kami sama-sama kuat nak hadapi macam mana kami kuat dan mampu hadapi selama 9 tahun ni, InsyaAllah! =)




Ini gambar aku masa convocation day harituh - 16 May, ayah tolong snap, whoots.
Alhamdulillah officially graduated - BBA (hons) Finance.

What I wore that day :
Baju tuh dari kain lace dwi color yang abang ipar belikan dekat Bandung. Dwi color sebab bunga tuh color hijau, but actually net dia color maroon, that's why aku match dengan maroon color. Hehe.
Beli sekali sama jenis dengan kakak, hehe.
Besaq-besaq still pakai boria pon cool jugak what.
Then kain tuh aku nak senang, aku beli yang ready made jual dah. Saloma skirt namanya, or kain potong payung. Beli dekat instagram - Meena Boutique. 
Untuk shawls pulak, di sebabkan aku tau susah nak cari plain shawls dengan affordable price sekarang, aku p kedai textile, beli kain plain chiffon warna yang aku rasa match, balik suruh mak potong half moon then p jahit tepi - siap! Senang! 
And, actually untuk akad nikah nanti pon sama. Aku beli kain chiffon plain white color, suruh mak potong jadi halfmoon, senang dan selesa! Dan jimat. Hehe. 



Asyik tangguh ja nak update pasal convocation day tuh. InsyaAllah, soon. Hehe.


Okay, lagi dua hari, semoga segalanya berjalan dengan lancar. Semuanya. InsyaAllah, Amin!


Chill. Bye

No comments: