Wednesday, June 12

HANTARAN UNTUK SUAMI

Assalamualaikum. Hello.



Simple and short entry. InsyaAllah, haha. 


Untuk bab hantaran, aku menerima 5 dulang hantaran dan di balas 7 dulang kepada Apit. Actually, at first rasa nak buat 7 dulang berbalas 9 dulang. Tapi di sebabkan rasa macam banyak dan membazir pulak nanti, so buat 5 dan 7 sahaja.


Untuk hantaran yang akan aku bagi dekat Apit. Aku tempah dekat Kak Naim Nurul (naimnurul.blogspot.com). As before this, masa turn Kakak pon tempah dekat dia jugak, dan memang puas hati. So, memang dah target untuk aku pon nak suruh dia buat. Affordable price, puas hati. Kak Naim guna fresh flower pulak untuk gubahan hantaran ni, memang best. Hehe. Kita boleh pilih nak buat hantaran dalam bekas yang macam mana, untuk aku, aku pilih nak letak dalam bekas hantaran yang ada tangkai macam bawah ni, hehe.





1. Sirih Junjung.

Ni last minit kot aku suruh Kak Naim buat sebab aku terlupa yang hantaran kena ada yang nih. Haha, sehari sebelum akad nikah baru Mak tanya aku suruh Kak Naim buat ke tak sirih junjung, selamat lah bila suruh Kak Naim buat dia okay saja. Best deal dengan Kak Naim, senang dan baik. Hee!




2. Sejadah.




3. Red Velvet Yellow Ombre Cake.
Red velvet yellow ombre cake ni as manisan la dalam semua hantaran ni. Aku memang nak sangat buat ombre cake untuk hantaran masa awalnya. And yeay, Kak Naim boleh buat. Happy me. Yellow ombre ni aku yang pilih. Hehe. Sedap cake ni. Even manis sikit, tapi rasanya biasala kan, nama pon cake. Just nice taste dia. Kalau nak rasa, nanti boleh order dengan Kak Naim :) 




4. Tali Pinggang dan Wallet.
Memandangkan suami aku ni skater, so apa sahaja yang dia pakai sesungguhnya memang brand skate, haha!  So, both barang ni Apit order from US, direct dari sana. Wallet from Diamond and Belt from Altamont. 




5. Perfume.
CK One is Apit's favourite. Tapi malangnya masa nak beli dekat Parkson Gurney Plaza tuh, CK One dah habis. So, promoter tuh promote suruh beli jenis baru. Not bad jugak bau dia, Apit okay then belilah CK Encounter kot tak silap. Tapi promoter tuh baik hati bagi CK One yang botol kecik dengan CK Eternity. Hehe.




6. Kemeja 
Kemeja ni pon from one of skate's brand. Tapi aku tak sure apa, huahuahua. Sebab barang dari brand skate sahaja yang dapat memenuhi citarasa dan kehendak Apit ni. Yang lain susah sikit, hehe.




7. Kasut.
Lastly, hantaran dari pihak aku untuk Apit is kasut. And of course kasut skate. Tapi, aku harap dia tak akan pakai untuk skate kasut ni, wahahahaha. Rabak kasut ni, siap dia. Haip! :D 



Jadi itulah dia, hantaran untuk suami yang tersayang huahuahuahua. Actually rasa nak update in one entry ja pasal hantaran kedua pihak. Tapi kang panjang dengan gambar pulak. Satu-satu saja la ehh dulu. Hehe. 


Okay nak sambung buat kerja. Memang sekarang kalau update blog guna pc dekat office ja, weeee! Curi tulang sikit ja, ngeeee! 


Chill. Bye.

No comments: