Friday, November 15

DUGAAN DARI DIA #1

Assalamualaikum.


Allahuakbar. Aku kumpul segala kekuatan yang tinggal dalam diri ini, untuk update entry ni. Sebab baru sangat-sangat entry sebelum ni aku kongsikan berita gembira dekat sini. Hari yang sama ujian ni datang, Ya Allah! Itu pon dengan kekuatan jugak aku update. Kiranya bagi aku masa tu semuanya akan selamat dan dah kuat. Ya Allah!


Demi Allah, aku taktau macam mana nak start entry ni. Tak tahu nak start dari mana, sebabnya kalau ikot hati macam-macam aku nak luah. Seumpama aku nak record suara, luah, dan kongsi di sini. Lagi senang dari nak luah melalui penulisan. InsyaAllah. Aku cuba. Dan mungkin kalau aku dah start, ianya akan jadi LONG ENTRY!


31 October, di sebabkan kaki aku lenguh dan sakit sangat. So, harini aku tak pergi kerja. Sebab macam tak mampu, kadang-kadang sakit tiba-tiba. Aku taktau nak describe sakit waktu tuh. It's something macam lenguh, bukan kebas sangat la. Paling terasa kaki kanan. Tapi memang aku fikit waktu tuh, bukan di sebabkan pregnancy aku. Sebab mustahil, aku baru 13 weeks. Memang masa date ni, genap13 weeks. Selalu lenguh-lenguh kaki bila perut dah besar kan? So, sebab dah tak pergi kerja, my mother in law, Mama ajak pergi check, a very kind mother in law even sibuk-sibuk nak kemas rumah tapi insist nak teman pergi check jugak. So, kami keluar pergi check up dekat specialist aku selalu check up, Klinik Perbidanan Dr. Zainol dan Dr. Ram dekat Taman Patani Jaya. Dr. Zainol ni baik sangat, cara dia explain memang best. Aku pon cerita la sakit itu ini semua, then dia bagitau, lenguh kaki tuh maybe bukan effect sebab pregnant. Maybe something wrong with my muscle, and I think so. So, Dr. Zainol offer, "Nak scan tak?" and of course I want! MasyaAllah, Allahuakbar, dah 13 weeks, baby dah nampak kepala, badan, kaki and tangan. Masa tengah scan nampak kaki dok tendang, nampak tangannya ke mulut. Ya Allah, indah yang terlalu indah masa tuh. Tapi sayang, suami, daddynya tak tengok. Poor you, hubby. 


Esoknya 1 November, aku masuk kerja macam biasa. Balik rumah macam biasa. Kaki pon, alhamdulillah dah okay. Malamnya lepak tengok tv ramai-ramai dekat rumah mother in law, which is kami memang stay sini. Actually, kalau jumaat memang aku balik rumah mak ayah. Weekend memang balik sana, tapi that week tak balik since esoknya, Sabtu kami nak balik kampung sebab cousin sebelah ayah nak bertunang. Rileks tengok tv. Main-main dengan nieces. Memang tak ada tanda sakit or apa-apa yang pelik pon jadi dekat diri aku. Macam biasa. Tiba-tiba ja aku rasa penties basah. Aku dah cuak, sebab rasanya macam darah period keluar. You know ladies, sometimes kan bila period kita boleh rasa darah tuh keluar. Cepat-cepat aku naik atas check. And memang basah tapi bukan darah. So, aku pikir, ehh takan lah aku kencing dalam seluar kan? If kencing pon kita akan rasa macam lain. Aku buat biasa, aku basuh and salin panties. Ohh sorry if too details. Tapi memang aku rasa cara macam ni ja nak cerita.


Then, aku turun bawah macam biasa. And aku rasa lagi benda yang sama, tapi masa ni memang nak masuk tidur dah. Ya Allah, memang masa tuh aku dah terfikir 'air ketuban!'. Tapi aku cuba positifkan diri. Aku bagitau husband, then dia suruh bagitau Mama. Dah bagitau Mama dia suruh cecepat pergi check. And aku pakai pad sebab takmau penties basah lagi. So, dah siap keluar dengan husband and sister in law temankan sekali. Firstly memang kami p dekat Dr. Zainol. Sebab dia pernah pesan, if emergency boleh ja p situ, maybe dia tak ada tapi boleh terus naik atas ke emergency room. Tapi malangnya, bila bagitau keadaan aku dekat nurse kot yang jaga malam tuh, dia takmau accept. Sebab kandungan aku still young and dia advise suruh p government hospital ja!


Dah sampai GH, terus ke emergency. Tapi paham lah, GH ni kan lambat sikit. And masa kelam kabut keluar tuh aku memang lupa terus nak bawak buku merah. Memang depa tanya and nak tengok buku merah. Kesian husband, kena patah balik rumah, amik buku merah tuh. Bila aku dah settle buat check up dekat bawah tuh, doctor cakap kena admit wad. Tuh pon kena tunggu lagi. Sabaq jela masa tuh. Masa check macam-macam depa tanya, doctor scan, buat urine test. And masa buat urine test, aku cuak, sebab air kencing keluar sekali darah. Ya Allah, masa tuh hanya Allah ja tahu macam mana perasaan aku. Bukan fikir pasal aku, tapi pasal baby. Dalam hati mampu doa banyak-banyak jaa.


Bila dah ada assistant yang datang dekat aku nak bawak pergi wad. Terus naik level 7, aku kena admit dekat Wad Kenanga 9. MasyaAllah, that was my first time kena admit wad. Alhamdulillah selama ni Allah berikan kesihatan yang baik untuk aku. Masa tuh, aku fikir dah tak kisah kena admit pon sebab aku lebih pentingkan keselamatan baby. Even ada jugak unsur negatif yang masuk dalam fikiran aku waktu tuh. Bila dah register dekat wad, lepas dah salin baju wad semua, doctor panggil untuk check. Mula-mula doctor scan, macam doctor yang check sebelum ni masa dekat emergency room, doctor bagitau air ketuban memang leaking. Tapi alhamdulillah still boleh nampak heartbeat baby. Syukur. And then doctor masukkan satu alat dalam faraj aku. Ya Allah, tak dapat nak gambar macam mana aku rasa waktu tuh. Sakit hanya Allah yang tahu! Tapi doctor buat slow and steady. Nurse suruh aku kawal cara penafasan. Aku tak sure untuk apa, sebab aku tak mampu nak tanya. Waktu tuh aku berserah, buat jela apa yang boleh buat, asal anak aku okay!


Then bila dah balik ke katil, doctor amik darah. Dia suruh rehat dulu and then after a few minutes, datang lagi sorang doctor mintak aku masuk bilik scan tadi jugak! And she did the same. Dua kali alat tuh masuk dalam faraj aku, MasyaAllah, sakit! Lepas dah masukkan alat tuh, doctor masukkan jari untuk check laluan peranakan aku sama ada terbukak or tak. Tapi doctor cakap tak terbukak lagi. Lepas tuh bila balik ke katil, sungguh sungguh aku dah tak punya kekuatan untuk pura-pura kuat. Tengok muka husband, terus aku menangis. Sebab aku dapat bayang apa yang bakal jadi dekat anak kami! Hebat sungguh dugaan kali nih! Apit dengan Kakda balik rumah lepas tuh sebab nak ambik barang-barang aku. Lagi timbul rasa bersalah sebab aku dah susahkan both of them. Waktu tuh dah nak dekat pukul 2 pagi, 2 November. Bayangkan untuk settle dekat emergency tuh lama! Aku rasa sampai hospital nak dekat pukul 11 malam, settle semua tuh nak dekat pukul 1 pagi jugak. Sabar jela waktu tuh.


Memang susah sangat nak tidur sebab aku rasa sakit macam senggugut. Sakit dekat perut. Aku tak tau pon yang sakit tuh rupanya contraction. Tapi memang sakit. Sampai ke pagi rasa, tidur pon asyik terjaga. Kesian dekat husband, sebab tak tidur langsung. Balik dari hospital lepas dah settle semua pon nak dekat pukul 3, dalam pukul 4 pagi dah nak p kerja. Rasa macam menyusahkan sangat. Terima kasih, husband!


Nanti aku continue next day punya cerita. InsyaAllah. 


1 comment:

safiyyah osman said...

Berdebar2 aku baca... xapa wanie maybe allah nk limpahkan rezeki kot belah lain kan..pasni usaha lgi..insyallah nntsti adelia dpt kwan jga..