Wednesday, November 20

DUGAAN DARI DIA #2

Assalamualaikum.


Harini genap dua minggu!


Okay, aku sambung cerita dari entry lepas. Hari Sabtu, 2 November kira hari pertama aku admit dekat wad lah. Sebab aku admit pon awal pagi Sabtu tuh, dalam pukul 12-1 pagi. So, bila dah bangun awal pukul 8 pagi something, still terasa sakit dekat perut. Aku gagah jugak bangun pergi toilet nak mandi, and aku sebenarnya nak tahu jugak keadaan macam mana, still leaking and bleeding lagi kah. And yes bila check memang still leaking and bleeding. Tapi leaking dah kurang, maybe sebab air ketuban dah keluar banyak dah kot sebelum tuh. Bleeding pulak tak banyak and tak sikit, medium la. Kiranya tak penuh pad yang aku pakai. Memang cuak. Kalau nak tau, a few days before Raya Haji harituh aku bleeding jugak, so sudden. And it happen hari Jumaat lepas aku balik kerja jugak. Tak silap on 11 October kot, sebab 15 October tuh kita sambut Raya Haji kan. Itu pon dah cuak gegila. Tapi aku tak terus pergi check up hari tuh jugak. Esoknya, hari Sabtu baru aku dengan Apit pergi jumpa Dr. Zainol. Dr. Zainol cakap tuh memang tanda-tanda keguguran sebab bleeding. Tapi aku just bleeding tak ada sakit dekat perut or apa. So, Dr. Zainol scan and alhamdulillah nampak heartbeat baby. Lepas tuh Dr. inject dekat pinggul untuk kuatkan rahim, dan bagi aku ubat untuk sihatkan kembali kandungan. Itu pon dah dapat MC the whole week lepas tuh. 


Okay sambung part dekat hospital. Pagi tuh doctor datang check, ambil darah and cucuk untuk drip tuh. First time okay, sakit gila. Siap berdarah keluar, taktau laa sama ada Doctor tuh salah cucuk ke apa. Duhh. Then kena masukkan air garam. Ya Allah, sakit gila rasa bila air garam tuh mengalir dalam urat. Tak tahan aku, rasa nak menangis ja. Tetiba rasa cengeng sangat padahal aku bukan jenis tuh. Kena masukkan air garam sebab kandungan garam dalam darah aku kurang. So, incase kalau ada apa-apa jadi susah la kalau nak cuci or buat apa-apa. At first Doctor tuh cucuk tangan kiri, but then aku asyik mengadu dekat nurse cakap sakit, nurse cakap maybe urat bengkak. Lepas dah habis satu botol, nurse tanya nak cucuk tangan kanan pulak ka? And of course aku cakap boleh, sebab memang tak tahan sangat-sangat. Dah kena cucuk lagi, alahai. Bila dah cucuk tangan kanan and masukkan air garam lagi satu botol, aku dah rasa okay sikit. At least better dari tangan kiri tadi.


Sepanjang siang tuh, rehat ja kerja aku. And families datang visit. Paling kesian dekat Apit, dah la malam tuh tak tidur. Balik kerja terus mai visit aku pulak sebab still sempat before 2.30pm. Dah tuh, untuk time visit petang pon still datang jugak. Seriously, terharu sangat dengan pengorbanan Apit masa aku duduk kat hospital. Thank you so much, husband! Bila dah petang tuh, Apit try mintak dekat nurse nak tukar wad. At first nak masuk wad first class tapi nurse cakap wad tuh memang khas kononnya untuk yang berpangkat sahaja. So, mintak la pulak masuk second class. Even sebenarnya aku rasa speciality wad ni still untuk orang kerja government, tapi selamat nurse tuh okay. Nurse suruh Apit turun bawah ke Hasil bayar deposit, and lepas dah settle aku tukar masuk wad second class. Rasa a bit selesa than before. Untuk tau perkembangan baby harituh, bila malam doctor panggil masuk bilik scan untuk scan baby. Alhamdulillah still nampak heartbeat baby. And this time, Doctor still remind me pasal akibat yang bakal jadi bila air ketuban tak ada. Sebab memang nampak heartbeat, tapi air ketuban aku memang kurang sangat-sangat. Apa lagi aku mampu buat selain doa dan terus doa. 


Malam tuh kakak datang temankan aku dekat hospital since kakak memang balik weekend tuh sebab nak attend engagement cousin aku tuh. Rasa lega sikit, sebab wad yang aku baru masuk tuh kebetulan malam tuh memang aku seorang ja duduk, lagi 3 katil tak ada patient. Untuk esoknya, Ahad-Isnin-Selasa, aku still repeat benda yang sama. Bangun makan, then makan ubat and tidur. Memang rehat yang sesungguhnya rehat. Ada jugak terbit rasa bosan, tapi bila fikir keadaan baby lagi penting. Aku kuatkan semangat, dengan cara rehat tuh la aku harap dapat kuatkan kandungan aku waktu tuh. Cuma untuk hari Isnin and Selasa, aku teramat-amat geram dekat Doctor yang datang check aku untuk dua harini. Sebab dia janji untuk panggil aku masuk bilik scan, scan baby. Tapi aku tunggu dari pagi sampai ke malam. Tak ada doctor pon yang panggil. Bengang jangan cakap la. Apit dah marah-marah dah, memang dah hampir nak transfer aku pergi mana-mana specialist, private hospital yang boleh accept keadaan aku waktu tuh.


So, hari Selasa tuh memang dah tahap bengang sangat dah dengan doctor sebab tak panggil aku untuk scan tengok keadaan baby. Masa dah masuk hari kedua dekat hospital tuh, alhamdulillah sakit dekat perut dah tak terasa, tapi still bleeding. Cuma tak banyak. Sebab dah bengang, siang hari Selasa tuh memang dah decide, kalau esoknya, Rabu doctor still tak panggil untuk scan, memang akan di usahakan untuk masuk specialist. Ni semua pasal nyawa anak aku kot weh, tak kisah la kalau di takdirkan masa aku scan tuh dah tak nampak heartbeat pon, aku nak scan jaaaa! Dah janji cakap nak panggil aku untuk scan, tapi kenapa sampai ke sudah tak panggil pon. Dua hari kot janji. Dah bila aku tanya seorang nurse ni, dengan nada kerek pulak jawab soalan aku. Bongok sangat nurse tua tuh, geram aku!


Hari selasa malam tuh, lepas dah makan ubat, dalam pukul 9 macam tuh aku dah baring untuk tidur dah. Tapi terjaga dalam pukul 10 lebih, sebab aku rasa sakit perut. Memang sungguh-sungguh time tuh aku ingat sakit perut. Bangun dan masuk toilet, tiba-tiba aku tengok bleeding kali ni banyak sikit than before. And maaf aku cakap, aku terasa macam pegang something bila nak basuh time tuh. Ya Allah, cuak sangat sangat. Rupanya tuh bukan sakit perut nak buang air besar, tapi contaction! Memang lagi sakit dari apa yang aku rasa before this. Aku baring balik lepas tuh, then seriously rasa basah sangat dengan bleeding. Aku bunyi bell and panggil nurse. Nurse datang dekat aku and tengok. Nurse cakap "Takpa dik, bagi dia turun sendiri na. Dah nampak dah sikit keluar tuh" MasyaAllah, rasa gelap sungguh-sungguh waktu tuh. Aku fikir, masanya dah sampai ka? Tapi aku still lagi cuba positifkan diri, even dah terang-terang nurse cakap macam tuh.


Aku sambung lagi tidur lepas tuh, sebab memang mengantok sangat. Effect ubat kot. Dan aku memang batuk and selsema waktu tuh, dah 2/3 minggu pon. Sakit yang dua ni memang susah nak hilang. Dalam pukul 1pagi, Rabu aku terjaga, tiba-tiba aku terbatuk. MasyaAllah, tahu tak kalau batuk kadang-kadang waktu period pon, kadang-kadang kita akan terasa kan macam darah tuh keluar? Pernah rasa tak? Waktu tuh, bila aku terbatuk, aku terasa macam something yang agak besar keluar dari situ. Ya Allah, ketaq yang amat sangat! Sumpah, demi Allah aku takut. Aku bunyi bell sebab nak panggil nurse. Boleh bayang tak waktu tuh dah pukul 1 pagi lebih, jangan nak expect sangat la yang semua nurse akan berjaga. Aku tunggu nak dekat 20 minit kot lepas aku tekan bell tuh untuk nurse mai dekat aku. At last bukan nurse, tapi seorang doctor ni. Aku dah lupa la nama apa, tapi doctor ni memang polite. Ada dua tiga hari sebelum tuh, Apit p jumpa dia jugak nak tanya macam mana perkembangan aku and apa yang boleh buat, dia explain baik sangat-sangat dekat Apit. Even memang dia tak pernah check aku before, tapi mostly doctors and nurses dekat situ memang tau la keadaan patients  dalam wad tuh kan.


Bila dah doctor tuh mai, dia tanya kenapa. Aku bagitau dekat dia, then dia keluar pulak panggil nurse. And nurse tuh mai dalam keadaan baru bangun tidoq. Ya Allah, aku dah la cuak, tengok keadaan dia memang rasa geram sangat-sangat! Okay, aku tau nurse pon manusia normal, memang mengantok la kan kalau kerja shift macam tuh, tapi please laaa, it took so long kot bagi aku dalam keadaan macam tuh untuk dia mai tengok! Bengang! Dia suruh aku tunjuk, sebab nak check. Mula-mula dia tak nampak yang sebenarnya janin tuh dah turun dan keluar!! Then dia suruh tunjuk lagi sekali, dia bagitau dekat doctor tuh "Dah keluar lengkap ni, doctor" And so on aku dah taktau apa yang dia cakap lagi dah dekat doctor tuh. Rasa nak pitam pon ada bila dia bagitau doctor tuh. Ya Allah. MasyaAllah!  doctor suruh aku masuk bilik scan sebab nak proceed clean semua tuh.


Memang aku taktau nak describe waktu tuh rasa apa. Macam blur pon ada, sedih jangan cakap la. Tapi aku still tak menangis apa waktu tuh. Dah masuk bilik tuh, doctor prepare semua alat yang nak guna. And doctor proceed with what he should do. Memang janin anak aku dah keluar elok waktu tuh! Doctor cuci darah yang ada, doctor masukkan alat yang before this pernah kena masukkan tuh. Then doctor masukkan jari untuk check laluan tuh, and yes doctor cakap memang dah terbukak. Lepas tuh dia scan, untuk tengok sama ada dah fully keluar semua or still ada yang tertinggal. Bila scan, memang still ada yang tertinggal dekat dalam. Uri yang still ada dekat dalam. Then doctor bagitau, aku kena buat D&C untuk cuci semua tuh. Doctor mintak aku start puasa pukul 4 pagi. Lepas tuh nurse inject aku dekat paha! Waktu tuh tak silap dalam pukul 2 pagi lebih jugak kot. Dah settle semua tuh before nak balik ke wad, nurse tuh tunjuk janin dekat aku. Ya Allah, aku mampu tengok sekali imbas ja. Sebab aku tak sanggup. Aku sempat toleh tengok kepala dia. MasyaAllah, aku nampak mata yang belum sempurna tuh, tapi dah lengkap semua. Ya Allah. Nurse balut dengan plactic khas, suruh aku bawak balik wad. MasyaAllah, aku pegang anak aku sendiri. Tak dapat di gambarkan!


Bila dah balik ke wad, aku tak mampu lagi nak call bagitau Apit. Sebab aku takmau ganggu waktu tidur dia. Lagipon waktu tuh tinggal sejam lebih lagi ja untuk tunggu dia bangun pergi kerja. Aku call bagitau dekat mak, masa ni, aku still kuat untuk tahan air mata. Untuk tahan kesedihan aku. Lepas dah call mak, Doctor datang dekat aku sebab nak suruh sign form untuk buat D&C. He explain everything about the procedure, akibat and sebab dari buat D&C tuh. Memang details, memang bagus Doctor nih. Aku mampu sahur minum air zam-zam dengan kurma nabi ja pagi tuh. Tuh pon aku muntah balik, sebab rasa pening and loya effect dari kena inject sebelum tuh. Aku whats app dekat Apit, mama, kakak, kakda and kak a bagitau keadaan waktu tuh. Kakak and Kak A ja yang reply sebab masing-masing sedar whats app dari aku. Dalam pukul 4 pagi macam tuh, aku call Apit, sebab tuh memang lebih kurang waktu Apit bangun p kerja. Apit angkat ja call tuh, dengar ja suara Apit, terus air mata laju sangat keluar. Dengar suara Apit terus rasa sebak yang teramat sangat. Aku dah kalah dengan kekuatan yang aku ada sebelum tuh. Ya Allah hebat sangat dugaan kali nih. Sungguh sampai harini aku sentiasa cuba untuk jadi kuat.


Tapi lepas tuh still rasa sakit dekat perut. Bleeding jangan cakap la, sangat-sangat banyak sampai basah jugak tilam aku even dah pakai pad. Aku bagitau nurse untuk salin kain and alas katil tuh, tapi nurse bawakkan pad khas untuk aku, senang untuk pakai masa depa nak cuci nanti. Dalam keadaan waktu, sepanjang aku berada dkt hospital tuh malu memang aku tolak tepi bila mana keadaan aku terpaksa tunjuk dekat nurse and doctor. Aku anggap tuh darurat, dah tak fikir malu. Yang aku nak waktu tuh semuanya selamat! Bila dah siang, suppose aku masuk OT room dalam pukul 10 pagi, after 6 hours aku berpuasa. Tapi sebab kes aku emergency pagi tuh, and kena tunggu Q, sebab nurse cakap ada 7 orang yang kena buat D&C hari tuh, so turn aku sampai dalam pukul 2 petang lebih. MasyaAllah, takut yang teramat sangat. Macam-macam doa aku baca, terkumat kamit mulut berzikir. Aku di bius separuh badan, dari pinggang sampai kaki.



Bila dah masuk OT room, tengok keadaan dalam tuh, lagi tambah takut. First time dan tak pernah bayang untuk berada dalam bilik tuh seawal nih. Masa Doctor cuci, memang tak sakit. Bila alat tuh masuk dalam pon aku tak sedar, cuma masa dia cuci, yes rasa macam ada benda cucuk dalam perut. Rasanya memang tak lama, tak sampai setengah jam pon. Bila dah selesai, aku rasa pening yang teramat-amat sangat. Nurse asyik tanya nak muntah ke tak. Tapi alhamdullilah memang tak muntah langsung. Blood pressure aku tiba-tiba low sebab tuh aku pening. Lepas dah keluar dari OT room tuh, aku still kena tahan dekat luar tuh untuk depa observe keadaan aku, observe degupan jantung and blood pressure kot, aku tak sure. Untuk buat D&C tuh memang sat ja, tapi kena tahan dalam tuh agak lama jugak. Then aku dah boleh balik ke wad biasa, and kena baring dalam lebih kurang 6 jam tak boleh bangun sebab kaki kebas kan. Memang kebas tak rasa apa langsung bila pegang! Petang Rabu tuh, Apit bawak janin untuk dikebumikan. Apit cakap lepas dia ambik janin dari wad, dia masuk kereta dia bukak tengok. Apit bagitau, dah nampak lengkap ada mata, lubang hidung, tangan dan kaki. Cumanya masa melekat. Ya Allah. Sedih sangat. Masa Apit bawak anak kami dalam kereta, Apit sembang dengan anak, "Sempat jugak naik kereta dengan daddy" (T____T)
Terima Kasih, daddy!


Alhamdulillah, lepas dah buat D&C tuh memang dah tak rasa sakit apa. Pening dah kurang, muntah pon tak. Aku just rehat sampai esoknya hari Khamis. Pagi tuh lepas doctor buat scan lagi sekali untuk tengok sama ada dah bebetul clear or tak, doctor dah bagi aku discharge. Cuak jugak masa nak scan tuh, sebab ada ja kes yang cuci tak habis, then kena masuk buat D&C lagi. Syukur Alhamdulillah semuanya okay waktu tuh. InsyaAllah, aku redha dengan ketentuan Allah. Aku percaya qada dan qadar Allah. Semua ni dah tertulis. Even susah untuk terima, tapi aku memang kena terima. Aku yakin ada hikmah, dan Allah uji kami bersebab. Semoga Allah murahkan lagi rezeki kami selepas ni untuk ada anak lagi, InsyaAllah, Amin.



Terima kasih sangat-sangat untuk suami, keluarga, keluarga mertua, kawan-kawan semua yang bagi kata semangat dan ada untuk aku waktu tuh. Tak kisah la bagi dari medium mana pon, aku amat-amat hargai. Demi Allah, semoga Allah balas jasa kalian semua. Terima kasih! Terima kasih jugak dekat semua nurse dalam wad tuh yang banyak tolong, dan doctor jugak. Yes, memang tak semua nurse from GH ni tak okay. Mostly sepanjang aku duduk situ, ada 2/3 orang ja perangai kerek nak gila. Yang lain memang banyak sangat-sangat membantu, baik ja bila sembang, doctor pon sama. So, service from GH ni tak la teruk mana. Lambat sikit tuh, maybe! :)



Terima kasih jugak sudi baca entry yang panjang sangat. Aku dah malas nak sambung-sambung, so aku ceritakan sekali ja.




Doakan kami di murahkan rezeki anak lagi, ya? Terima kasih. Hugs.

8 comments:

safiyyah osman said...

Serius. Aku menangis. Aku fhm prsaan hg..sabar byk2 k... aku doakan hg n apit dimurahkan rezeki .

wanie said...

Aaaa. Aku sendiri cuba kuat utk tulis entry berjela ni dgn tahan air mata.
InsyaAllah piah, aku harap sgt2. Makaseh piah!

Dylla Fadzil said...

Sedihnya baca. Takda rezeki kali ni, mungkin allah ada plan yg lg hebat utk u and husband u. Positiveeeeee.

Ps; sgt informative entry ni! Suka sbb detailed tapi sedih :(

wanie said...

InsyaAllah dylla. ALways try to be positivee.

Heee, I dah taktau nak short kan jadi cemana. Memang rasa nak luah semua jaa! :)

hannah joe said...

baru ada kesempatan nak baca betoi2. masyaALLAH wanie.. menangeh aku baca.aku yg masa nk bersalin doc kata anak aku takot lemas... pon dah takut sedih semua bercampoq.ni kan pulak kes hang. xdpt nak gambar kan prasaan hang masa tu. tp hang kuat. ALLAH SWT cuma nak uji hamba dia ja. semoga terus kuat dan berusaha lagi na wanie. insyaALLAH ada rezeki dlm masa terdekat. Aamiin.

wanie said...

Makaseh hannah!
Aku pon anggap ni satu ujian atau maybe balasan atas apa yg pernah aku buat, mana tau kan Allah nak aku muhasabah balik diri bila dah bagi ujian macam ni.
InsyaAllah, aku sangat berharap Allah akan bagi peluang untuk aku mengandung lagi. InsyaAllah, Aminnn!
Thanks sesgt!

ina khairina said...

Sebaknya baca n3 ni....sabaq byk2 wani,insyyallah Allah akan gantikan kesabaran ni dgn rezeki yg lbh baik lg....salam takziah utk wani n apit

wanie said...

InsyaAllah kak. Wanie dengan Apit harap benda yang sama jugak.

Terima kasih, kak :)