Monday, November 25

RINDU!

Rindu.


Alahai, walaupun selalu ingat. Tak pernah lupa. Tapi tiba-tiba ja rasa rindu sangat-sangat dekat arwah tok dan arwah tokwan. Kalau lah depa masih hidup, dapat tengok macam mana life aku, kakak dan adik-adik sekarang. Dah besar, dah temui bahagia dan jodoh masing-masing, dah boleh di katakan berjaya. Ya Allah, sumpah rindu! Hati aku sekarang fragile sangat rasanya lepas kehilangan harituh. Airmata makin murah, cepat sangat sensitif. Semoga arwah berdua baik-baik di sana. Tak pernah lupa dalam ingatan dan doa aku. Akan sentiasa ingat. Orang yang membesarkan aku, yang mengajar aku kenal Alif Ba Ta, sampai mampu khatam beberapa kali. Tapi sekarang, merangkak jugak. Kalau lah arwah tokwan masih hidup, dah aku p depan dia bawak al-quran dan suruh ajar aku lagi. Walaupon masa mengaji, jantung berdegup kencang, darah macam tak berjalan, sebab takut-garang sangat! Rindu masakan arwah tok! Kalau la rumah pusaka tuh tak di tolak kesana kemari oleh orang tak bertanggungjawab tuh, dapat jugak pergi lepaskan rindu kalau sesekali pergi. Dapat jugak imbau lagi kenangan dalam rumah tuh. Dapat jugak berkumpul semua adik beradik walaupun arwah dah takdak. Kenapa laa kalau dalam sesetengah adik beradik, mesti ada ja yang perangai pelik, hati hitam. Harap, dalam kami adik beradik tak akan ada seorang perangai macam tuh. Nauzubillah., mintak dijauhkan sangat-sangat! 


Tapi tuh la, itu semua KALAU! Dah tertulis semuanya. Qada dan Qadar Allah. Hidup mati dah tertulis. 
Kakngah rindu sangat dekat tok dan tokwan. Sungguh. Al-Fatihah. 


No comments: