Monday, January 27

NEW JOB. NEW ENVIRONMENT. NEW KNOWLEDGE.

Assalamualaikum. Hello.


Lamanyaaa tak log in blog. Masa dekat office lama dulu hari-hari log in sebab nak tengok update blog favourite, mihmih. Sebab dekat office tuh memang boleh banyak melagha dari buat kerja, hahaa. Dah stop dekat office tuh, baca dari smartphone jela. Yang mana dah bookmarks saja. Suami beli laptop semata-mata untuk donwload lagu-lagu untuk letak dalam mp3 walkman dia, so aku boleh ah tumpang sekaki nih. Boleh jugak nak update blog, weee!


Okay, 13 January. New start for me, new job. New environment. Pheww. Nervous jangan cakap okayy, sangat! Actually aku attend interview ni dah lama, tak ingat la masa tuh dah kawen belom. Tapi tak silap macam dah kot, kiranya mid last year la centuh. At first place, memang aku tak dapat job ni. Sebab selalunya lepas interview, after a week aku akan follow up dengan orang yang interview aku tuh by email kalau aku ada email dia, or aku akan call company tuh nak tanya status aku. Haha. Sebab aku rasa dengan cara macam tuh maybe la kot boleh change impression depa dekat kita. Boleh tunjuk yang kita bersungguh nak kerja tuh, haha. 


So, jawapan kepada email aku tuh. not success. Phewww. Masa tuh tak sedih sangat kot. Sebab kebanyakan interview yang aku p jarang aku letak harapan sangat. Macam yang ni, aku main belasah apply ja dekat jobstreet tuh. Yang mana rasa sesuai, location pulak dekat SP ni, aku apply ja. Plus, lepas attend interview tuh aku rasa susah ja, ngeh ngeh. 


Bekerjalah aku dekat office lama tuh macam biasa. Office lama tuh okay la, rileks. Chill ja. Ada time busy, busy la kot. Tapi rasa macam banyak rileks dari busy, wakakakakaka! Bosan pon ya jugak. Hari-hari aku doa, dok dalam office tuh pon aku doa okay. Doa bagi la cepat aku dapat rezeki kerja baru. Hehehe. Environment best, kerja pon best la kan sebab banyak rileks. Tapi aku pikiaq sampai bila nak kerja macam tuh, input tak banyak pon yang dapat. Ada la jugak kan, pasal real estate bagai ni, tapi entah laa. 


Macam mana pon aku tetap syukur, sebab ni laa rezeki pertama yang Allah bagi dekat aku. Kalau aku tak dapat kerja ni, entah berapa lama la aku menggangur lepas belajar harituh. 


Okay, masa aku dalam pantang lepas gugur harituh company yang sekarang ni call, HR call. Dia tanya aku berminat lagi tak dengan position yang aku apply dulu. Cepat sangat aku cakap berminat. Mai la call apa pon pasal panggil interview, semua aku cakap minat, wakakakakaka. So, HR tuh arrang second interview, kira yang lama tuh first punya la.


Then a few days before date yang suppose aku attend interview tuh, HR call bagitau cancel sebab boss yang nak interview tuh kena outstation. Mula-mula aku ingatkan memang saja la kan, alasan kononnya tak jadi nak panggil aku interview. Ciss.


Lama okay aku tunggu, kiranya macam awal November sampai la nak dekat hujung December tuh pulak HR call. Tapi ni dia tanya direct, kalau dia offer aku position tuh, bila aku boleh start. So aku bagitau yang aku kena bagi 1 month notice. Yang gilanya, bila aku balik baca contract kerja, rupanya after confirm, kena 2 bulan notice, kena kat hang laaa.  Tapi sebabkan aku excited dan memang sunguh-sungguh nak blah, haha. So, 1 month service, and 1 month lagi aku kena bayar dekat company. Tapi tak bayar cash la, gaji bulan December aku tak dapat! Ciskek. Yang ex-officemate aku semua pakat marah aku sebab bagitau HR ex-company tuh nak quit. Depa kata blah jela lepas dapat gaji, wakakakak. Setan sungguh, hahaha!


Takpa la kan, masuk cara baik. Biarlah keluar cara baik jugak, wahhh gittew. Tapi sebenarnya last date notice aku 17 January. Tapi dekat company sekarang aku start 13 January, huahuahua. So, takda la bagus mana pon, huahuahuahua :)




In position International Sales Coordinator under International Business Development Department. More into export. And banyak deal dengan customer oversea. Sebab nak penetrate pasaran luar untuk promote product company nih. So far 2 weeks dah masuk kerja ni, aku suka la. InsyaAllah. Sebab rasa beza sangat, at least aku belajar new knowledge. I do something. Even stress tuh ada jugak, sebab benda baru kan. Rasa macam betul ke apa aku buat. Tapi boss aku cakap, do whatever you wanna do. Don't think right or wrong. Just do it, then you will know whether you action or method right or not, gittewww! Actually department ni baru lagi, manager aku ni pon first manager yang build up department ni. Aku ni kononnya macam first staff untuk department ni lah, huahuahua! 




Rasa happy gila ada work station sendiri. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat sebab Allah makbulkan doa aku, hehee! Aku harap aku akan sentiasa boleh adapt la dengan kerja ni. In one year, manager nak tengok prestasi aku, sebab dia memang nak promote aku to next level and dia boleh ambik other staff pulak untuk tempat aku sekarang. Aim. Target. Aku kena prove yang dia tak silap amik aku, even aku ni second choice dia ja. Wakakaka. Sebabnya yang aku tak dapat dulu, dia dah pilih candidate lain. Tapi orang tuh tak report duty bila dah di offer. Cehh! 


Pasal environement, memang totally change. Totally different okay. Hahaha. Tapi standard la kan, sebab ni company manufacturing frozen food. Kilang. So, kerja dia memang quit tough la. Cuti pon memang tak sama macam company lain la. Tak semua public holiday cuti okay. Macam harituh, Maulidur Rasul and Thaipusam tak cuti okay! Hahaha. Dan aku kerja 5 hari setengah. Sabtu half day. But Thank God, effective 1st March nanti, dah 5 working days, Yippieeeee! Dah la wifi protected, certain staff ja yang boleh tau. Dah tu kalau nak online dekat PC, banyak yang di block. Include blog dashboard okayy. Facebook dengan twitter apatah lagi! Hahaha. Dah tuh, nak online guna smartphone, line boleh pulak naik G ja. So, apa lagi hang buat selain memang mengadap kerja! Kahkahkahkah!


Actually kerja ni, banyak yang memang dalam office. Dan akan ada certain time yang aku kena attend exhibition or travel oversea to meet client. InsyaAllah, tuh maybe lepas aku dah confirm after 6 months ni la. Sebab so far dah banyak country yang company ni export. awal-awal masuk, iyo iyo ja manager aku nak aku follow dia attend exhibition dekat Dubai next month. Gila jugak la, sebab baru lagi kot. Hikhik.


Rezeki Allah untuk tahun baru ni. Permulaan 2014 yang baik. Semoga banyak lagi rezeki bakal melimpah ruah tahun ni, InsyaAllah. Semoga Allah sentiasa permudahkan kerja aku sekarang. Heee!


Okay, memang dah tak reti type pendek hahaha.


Chill, bye! :)

No comments: