Tuesday, July 1

KISAH BRACES

Assalamualaikum!


Hai hai hai!


Rajin gila kau noks update blog sekarang. Rasa seronok pulak nak kembali ber-blogging ni. Hehe.


Okay ni nak cerita pasal nak pasang braces.


Actually aku dah lama sangat-sangat teringin dan nak pakai braces. Even gigi aku tak ada la terok sangat, still bila senyum nampak manis (gittew kau haha) sebab bila senyum akan nampak dua gigi siong aku. Tapi ada satu gigi ni dia ke dalam, dan bila tengok dari sisi tepi dia ada jarak anatar gigi tuh dan gigi arnab aku tuh.


Awal tahun harituh, Apit ada main duit kutu. Dia letak 3 nama, dua nama dia, dan satu nama aku. Nama aku tuh hanya pada nama sahaja la. Haha sebab yang bayarnya Apit. Semoga makin murah rezeki laki aku. Pemurah sangat-sangat. Hehee. Plan awalnya, aku nak 'bazirkan' duit tuh untuk beli handbag. Wakakakaka. Sebab aku dah lama aim bag Michael Kors or Marc by Marc Jacob tuh, antara salah satu model yang aku minat la. Tak decide masa tu nak beli which brand.


Than bila aku fikir-fikir balik, macam malas pulak. Handbag dah banyak dah, letih dah nak main tukar-tukar. Gittewww statement kau noks. So, aku cakap dekat Apit boleh tak duit kutu tuh nak buat braces. Apit ni apa pon dia on sajaaa, ada certain things ja yang dia akan cerewet tak bagi. Or sometimes not directly tak bagi, tapi dia akan cakap something yang kau pepaham la sendiri nyah. Hahaha.


Timing nak dapat duit kutu ni pulak before puasa. Ada rasa curiga okayyy dalam hati, sama ada nak teruskan untuk pasang braces atau shopping raya. Haha. Jenis hati tak tetap laguni laa. But then, I made my final decision untuk pasang braces jugak. Mihihihihi.


Aku start survey jugak la dekat klinik-klinik pergigian dekat Sungai Petani ni. Dan aku tanya kakak ipar aku, sebab 4 tahun lepas dia pakai jugak dan buat dekat Hospital Metro. Tapi katanya xray dan cabut gigi bukan dekat situ kena p hospital kerajaan dan klinik gigi lain. So aku jadi malas nak buat dua tiga kali kerja. Aku pon call Klinik Pergigian Dr. Husli. Actually mula-mula aku message FB Klinik Pergigian Dr. Azreen, then dia yang suggest klinik Dr. Husli ni sebab klinik dia tak buat untuk braces.


So, Klinik Pergigian Dr. Husli ni ada dua, satu klinik lama dekat Jalan Ibrahim dan satu lagi klinik baru dekat Perdana Height Lot88. Aku call dulu nak tanya bayaran macam mana, prosedur macam mana. Bab bayaran tuh yang penting. Senang sikit aku nak budget kennn! Hihi.


Agak murah rezeki aku la, sebab selain duit kutu. Aku dapat duit claim + allowance p exhibition dekat Bangkok harituh. Tapi malang sikit, sebab elok ja aku dapat duit tuh air-cond kereta pulak tetiba buat hal. Dugaan dugaan. Its okay, ada balance lagi. Hiks.


Okay okay nanti sambung cerita lagi. Malas nak type dah. Hiks.


Byebye! :)

1 comment:

Anonymous said...

salam ...nak tanya skit ni. brapa kos and tempoh buat braces tu?