Thursday, August 28

HEY THERE!

Hey there!

Suddenly I want to hear this song, so I just open Youtube and search. It's such a memory to me. A nice one!



Actually aku teringat masa Apit bagi lagu ni dekat aku dulu masa nak ajak couple balik lepas break up for so long. If I'm not mistaken, 3 to 4 months jugak kot. Kami break up before SPM, bayangkannnn! Selamat la result okay, tak teruk mana, hahahahah! Ehhh, ke lagi lama dari tuh ehh, sebab kami baik balik pon masa Apit tengah study dekat KDU College dah masa tuh. Dia bagi lagu ni masa dia ada dekat rumah sewa dekat Penang laa. Pepagi buta ni call aku, mengayat! Kahkahkahkah!


Aku ni memang sayang yang teramat sayang la dekat insan bernama Muhammad Firdaus ni. Hahaha. Even dah break up pon sebenarnya aku sayang gila dan teringat lagi kat dia. Tapi hati mau kental la, kononnya. Tapi kuat jugak la masa tuh sebab boleh sampai berbulan break. Itu adalah break up kami paling lama. Sebab selalunya seminggu atau dua minggu macam tuh, itu pon sebelum kejadian break up ni la. Haha. Tapi lepas berbaik dah jarang gila gaduh sampai sebut-sebut nak putus ni, paling paling pon sehari jela mampu. Malam ni break, esok cari balik. Wakakakakaka! 


Apit ni jenis kuat merajuk, kuat bebai, kuat cari pasal. Hahahah. Tapi dah dia api, mestila aku airnya. Gituuu. Dalam relationship kan selalunya kena macam tuh, kalau dua-dua api nak kemana ye dak? Kalau dua dua jenis air pon boring jugak, asyik semua okay. Takdak bergaduh apa pon. Haha.


Aku ingat lagi dulu-dulu kalau kami break kan, kalau cara Apit nak contact aku balik mesti dia pura-pura salah send message. Hahaha lawak laaa bila ingat balik. Pastuh kononnya aku akan reply la bagitau dia salah send message. Alaa, handphone kan ada report delivery. Mustahil la dia tak sedar yang dia salah send kan? Sajaa ja tau nak pancing iolls reply message uolls! Huahuahuahua. Tapi ada jugak sekali, dia buat trick macam ni tapi aku buat taktau. Tak reply. Tau dak tuh message menyakitkan hati, sebab kononnya nak send dekat girlfriend dia masa tuh, coih. Mampus ahh aku nak reply. Padahal masa tuh dia mana ada girlfriend pon. Dah aku tak reply, dia terus call. Yess, aku menang okay! Ya Allah, kalau nak ingat kenangan dulu rasa lawak sangat. Benda benda tuh jadi masa belasan tahun lagi, tak umur 20 tahun pon lagi. Haha.


Macam aku cakap la, lepas ja berbaik lepas yang break up lama tuh alhamdulillah memang hubungan dah bertambah baik dan matang gituuu! Matang sikit la kot. Hahahahahahah. Rindu kadang-kadang. Rindu masa zaman sekolah sesama dulu. Rindu gila. Macam-macam kenangan kot, hahah.


Tapi alhamdulillah dengan apa yang kami dah ada sekarang. Alhamdulillah dah jadi suami isteri yang sah. Happy seadanya, ada masa gaduh, ada masa bahagia gila-gila, ada masa suam suam kuku sengaja nak cari pasal bagi gaduh. Hahaha, macam-macam. Tapi aku sayang sangat dekat suami aku ni! Hihihi. 


Dan syukur sangat sekarang Allah makbulkan doa kami, ada cinta dan kasih sayang kami yang aku kandungkan sekarang. Hehehe. Semoga Allah panjangkan jodoh kami berdua hingga ke akhir hayat! Semoga Apit terus cinta, sayang dan dapat terima aku seadanya sampai akhir hayat aku, hehe. Tacingggg ah pulak!


Okay laaa kalau ikotkan banyaakkkkk sangat kenangan kot kalau nak cerita, tapi ni antaranya sebab aku teringat nak dengar lagu ni pastuh terus terasa nak update, hahahaha! 


Sambung buat kerja heyyyy!


Byebye :) 


No comments: