Friday, August 15

KISAH AYAM MASAK KICAP

Hi Assalamualaikum!


Kan aku pernah update entry yang aku masak before this. So, harini nak cakap pasal masak-masak jugak. Haha. Poyo sangat kau noks. 


Okay, semalam aku cuti. Sesuka hati ambik cuti. Sebenarnya nak MC. Tapi aku malas p klinik. Tapi bukan sengaja pon takmau p kerja. Bangun pagi tuh rasa sakit kepala sangat-sangat, dengan muntah lagi. Jarang, jarang sangat nak sakit kepala teruk dan muntah. Tapi kalau hari yang kena hadap tuh, memang terus rasa lemah gila. Tapi selalunya lepas muntah tuh dah low sikit sakit kepala. Tapi di sebabkan aku nak avoid dari memudaratkan time kerja. Aku off ja terus. Hehe.


So, lepas dah bangun tidur tuh dah rasa okay sikit. Aku bukak fridge, nak tengok ada apa-apa tak yang aku boleh masak. Since pagi tuh, awal-awal pagi Apit balik. Terkejut jugak aku, dalam pukul 6 pagi centuh kot, dia balik sebab nak tukar baju. Berpeluh teruk katanya masak ayam, sebab takda orang kerja. Kesian dia. 


Di sebabkan aku fikir pasal tuh la, aku rasa macam nak masak jugak. Kesian pulak kang balik kerja, letih pastuh lapar, tak kan nak ajak makan dekat luar lagi kan. Aku tengok ada ayam, terus ja aku rasa nak buat Ayam Masak Kicap. Ini feveret Apit. Dulu sebelum kahwin, punya la suruh aku belajar buat ni. Tapi aku buat tak kisah ja, hehehe. Dah kahwin baru tergedik belajar dengan mak mentua. Haha. 


Makanya aku terus masak nasik. Bawak keluar ayam, basuh then lumur dengan garam kunyit. Aku prepare bahan untuk blend pulak. Aku nampak ada ubi kentang, pon boleh la kan letak sekali. Ambik sebiji ja, potong agak tak nipis tak tebal, aku lumur garam kunyit jugak. Pastuh goreng ayam dengan ubi kentang tuh. Sambil tuh blend bahan-bahan lain. Simple, easy peasy! Ada daging tulang jugak, aku rebus. 


Elok ja dah siap buat ayam masak kicap tuh Apit sampai. Ngam ngam ja. Aku cakap ada lauk tuh ja, hahah. Daging tuh memang tak empuk lagi pon. So, Apit suruh goreng telur mata. Okay siap bosss! Hehe. Alhamdulillah, kenyang perut laki aku. Tambah nasik okay. Seronok tengok, syukurrrr! Hehehe. Betul la kan, bila tengok suami makan makanan kita masak, siap tambah lagi, terus rasa kembang, rasa bahagia okay! Rasa di hargai sebab masak, hahahaha! Sebab Apit tau la aku tak larat, dengan keadaan aku macam ni sekarang. Tak sihat pulak pagi tuh, asyik cakap I love you ja. Bahagianya rasa, alhamdulillah! Tapi fikir diri sendiri ja tak sihat, fikir perut suami lapaq lagi penting. Penat balik kerja pulak kan, tuh jela mampu masak pon, hehe! 


Aku rasa macam sedap ja ayam masak kicap aku tuh. Haha. Sebab kalau masak macam ni, aku tak risau bab kurang or terlebih garam sangat. Sebab dah letak kicap dengan sos tiram. Then ayam tuh sendiri dah gaul dengan garam. Tapi kalau masak lain-lain tuh, memang kureng konfiden ahh. Sebab aku jenis tak pandai rasa, rasa dah cukup ke tak. Selalu dah aih sambal aku buat kurang garam. Tapi Apit cakap okay, okay saja la labuuu! Hahaa. Boleh la sekarang rajin jugak masak, improve k!


Tak sempat la pulak nak tangkap gambar, wakakakakaka! Okay laa, sambung buat kerjeee!

Alaaaa, malas nak rotate.
Anyway, I love you husband. We love you. Hiks! K! Haha. 



Bye bye! :)

No comments: