Wednesday, August 6

RAYA BERDUA TAHUN KEDUA :)

Hi. Assalamualaikum.


 Selamat Hari Raya Aidilfitri. Lambat nau hang update, Wanie. Its okay. Raya sebulan kan? Hehe.

Alhamdulillah, tahun ni, tahun kedua beraya as a wife. Tahun kedua beraya sesama dengan husband. 

Cara beraya kami simple ja, takyah nak gaduh-gaduh pasal turn. Sebab rumah mak memasing dekat ja. Cuma bab nak balik kampung Tok jela kot discuss. Tuh pon jenis tak kisah sebab dekat jugak. Nak balik kampung sebelah Apit tak sampai sejam pon, nak balik kampung sebelah aku yang sebelah ayah pon tak sampai sejam. Chill chill ja okay!  Hehee. 


Macam tahun lepas jugak, pagi raya memang memula dekat rumah mertua dulu. Dah sebab kami stay situ kan, so memang ada dekat situ dulu. Sebabnya, hari last puasa selalunya Apit memang busy tahap super la. Tahun lepas meniaga sampai pukul 2-3 petang ja. Tapi tahun ni sampai pukul 7 malam baru sampai rumah. Alhamdulillah rezeki Allah Taala. So, di sebabkan tuh, lepas habis berbuka tuh memang dia akan zuppppp tidoq terus sampai pagi raya, haha. Kesian laki ceq tau! Tapi macam aku siang tuh aku dah balik rumah mak, tengok-tengok apa yang boleh tolong kan. Aku sendiri pon p market tolong Apit jugak, tapi aku tak stay pon la sampai pukul 7. Dalam pukul 2 centuh aku dah balik rumah mak dah. Alhamdulillah senang ja semua bila dekat-dekat ni. Heee! 




Gambar di pagi raya, dekat rumah mertua. Masa ni dah lepas salam-salam semua dah. Dah nak tengah hari pon. Haha. Sebab kami memasing pon sesiap pakai baju raya dah pukul 10 lebih dah, memula tuh lepak-lepak breakfast dulu bagai. Tapi aku siap dulu before Apit, aku suruh dia siap cecepat sebab nak beraya. Haha. Tak pakai baju raya takmau beraya, gitu kauu nyah! Tersebak, termenangis jugak la time dok bermaafan tuh. Hati tisu sungguh kau ni nyah! Dah la masa tuh dah siap bagai, dah mekap pon. Habis mekap iolss tau! Hehe.




Lepas ja keluar dari rumah mertua, terus sesama pergi kubur. Ziarah kubur arwah tok dan arwah tokwan sebelah Abah. Then lepas tuh baru gerak balik rumah Mak. Beraya semua, makan-makan. Then lepas zohor gerak balik kampung arwah tok sebelah Mama dekat Alor Setar. Ni kiranya kampung sebelah Apit la. Heee. Lain sikit raya tahun ni sebab arwah tok tak ada, arwah meninggal bulan April harituh. Tapi tetap memasing macam biasa, yang hidup teruskan hidup kan? Alhamdulillah.






Tema raya tahun ni Navy color. Memula kan, semangat ja ha nak color Turqoise as a theme, since tuh color favourite kami dua. Tapi malangnya untuk baju raya aku, aku tak jumpa color tuh. Dan-dan la tema lari. Kahkahkahkah suka hati ja noks. Aim aku tahun ni, raya memang nak beli kain saree buat baju. So, aku dah survey merata dalam internet. Kekonon nak beli online la senang. Sebab aku fikir, kalau p kedai yang jual kain saree terus dekat sini nak kena hadap dengan bau kedai pulak, pepaham la kan bau kedai depa macam mana haha! Tapi bila dah survey bagai, aku rasa macam tak puas hati la pulak kalau tak rasa dan tengok kain tuh sendiri. Heks.


So, aku dok berzikir dekat Apit banyak kali dah nanti nak p kedai kain saree tuh nak tengok kain buat baju raya. Tapi asyik tangguh ja sebab dia cakap awal lagi. Tapi ada satu hari tuh, kami p lunch dekat kedai makan sebelah kedai kain saree ni, haaa terus laa aku cakap nak masuk tengok. Tapi mesti la Apit tak ikot sekali, tau dah dia tak kuasa punya! Wakakakakaka. Masuk ja mesti la kena tahan hidung kan, tapi tengok ja kain-kain dia terus lupa bau semua tuh, dah jadi rambang mata pulak, huahuahuahua! 


Macam-macam jenis, macam-macam corakk. Tunggu pilih dan tengok harga berapa jaaa! So, yang aku pakai ni la pilihan kalbu walaupunnnn sebenanrnya banyak lagi yang lawa nokss. Sebab aku rasa color ni senang nanti nak cari baju melayu Apit untuk match, so amik la yang ni. Hehee. Yang ni jenis kain chiffon, agak mahal la. Tapi selamat ada discount, tunggu lagi tak rembat. Kain saree ni memang dah 6 meter. Yang biasa-biasa below RM100 pon banyak. Yang tuh jenis cotton macam kain biasa macam songket tuh. Aku tengok simple sangat la pulak. Tapi nanti nak p lagi, nak beli lagi buat baju kurung hikhiks! Dan selamat jugak tak beli online, sebab aku tengok corak lebih kurang macam jual online dekat kedai tuh, dekat kedai murah lagi okay. Murah banyak! Haha. 



Baju melayu Apit pulak beli this year cari dekat Parkson harituh, sebab mama tak larat menjahit dah. Selamat la senang nak cari color navy ni, nampak ja terus Apit amik try sebab bab-bab macam ni dia malas ambik kisah sangat, lain la kalau macam t-shirt atau kemeja macam tuh. Ituuu pon mana jenis beli dekat store-store ni, dia nak pakai semua brand skate punya, so order online dari oversea through kekakawan dia. Ada la a few yang memang beli time shopping macam dekat Vans centuh. Baju raya aku pon mak buat. Tuh pon selamat siap okay, sebab raya tahun ni mak busy dengan cucu. Kakak dah bersalin bulan puasa harituh, hehe. Ada anak saudara baruuuu! 




Okayyyy! Alhamdulillah, masih dapat duit raya okay. Murah rezeki. InsyaAllah, jodoh panjang tahun depan boleh beraya 3 orang pulak. Amin.


Okay, sambung buat kerja uolls! Itu la alkisah raya tahun ni. Sambung lagi nanti, heheks!


Salam Aidilfitri!


Bye, take care!

No comments: