Friday, October 10

25th Birthday!

Assalamualaikum *smile*




8 October, 25 tahun lepas lahirlah anak ketiga pasangan Mohd Saad & Norain. Hehehe. Yep, actually aku anak ketiga, tapi yang kedua tuh meninggal. Aku pon tak sure masih baby or gugur masa dah cukup sifat. Ingat-ingat lupa dah, mak pernah cerita dulu.


Dah 25 tahun uolls, cepatnya rasa. Rasa macam baruuuuu lagi lepas PMR 10 tahun lepas. Tup tup sekarang dah habis belajar, dah kerja, dah kahwin, dah mengandung nak ada anak pon. MasyaAllah, hebat betul aturan Allah.


Bersyukur dengan yang teramat sangat dengan apa yang aku dah ada sekarang, dan aku harapkan yang lebih baik lagi untuk masa depan. Rasa macam banyak benda jugak yang aku belajar sepanjang 25 tahun hidup ni. Paling terima kasih dekat family sebab sentiasa ada untuk support aku selama ni, untuk suami jugak. Sebab sepanjang 25 tahun hidup, dah 10 tahun sebenarnya hidup aku ada dia. Alhamdulillah :)



Ucapan untuk diri sendiri. Boleh? Hikhikhok.


Selamat ulangtahun kelahiran Noor Azwanie! Semoga makin matang, makin bijak dan makin kuat untuk menghadapi hidup sekarang dan masa depan. Semoga terus dapat banggakan diri sendiri, suami dan keluarga. Hihi. Semoga terus di murahkan rezeki, di beri kesihatan yang baik dan bahagia selamanya dengan insan-insan yang aku sayang gilaaaaa! Banyak perancangan yang tak menjadi, dan banyak jugak benda yang tak dirancang menjadi dengan baik. Alhamdulillah, His blessing! Semoga aturan hidup seterusnya di permudahkan dan di rahmatiNya :) 




Dear hubby, thank you for the present. Hihi. Thank you cause you still here celebrating my birthday since 10 years ago. Since my 15th birthday. I remember, the first present from you on my 15th birthday is Power Puff girl soft toy, Blossom. Hikhikhik. Sho shuweet! And countless until now the present you gave to me through out this years. I love you so much, semoga kita dapat sambut hari kelahiran kita masing-masing sehingga ke akhirnya. Even we always celebrate it with a simple way, but still the memorable and sweet one! Hihi. We love you daddy! 

Happy 25th Birthday, Noor Azwanie! :)


Byebye!

No comments: