Thursday, October 2

Second Pregnancy!

Assalamualaikum *smile*


Lebih kurang 7 atau 8 bulan selepas aku keguguran, Alhamdulillah Allah murahkan rezeki kami. Allah bagi peluang untuk aku mengandung lagi. Happy sangat-sangat. Dari awal kahwin kami memang tak pernah planning apa-apa. Contoh macam nak enjoy dulu, takmau anak lagi ka, tak pernah macam tuh. Dan aku pon macam takut untuk planning macam tuh, haha. Sebab takut nanti time nak pregnant, tiba-tiba lambat lagi nak kena tunggu pulak. Tapi apa pon tuh semua rezeki Allah, lambat ke cepat kan. Macam lepas keguguran ni pon, orang cakap kena pantang pregnant dalam 6 bulan ke 1 tahun. Aku tak ahh, bekerja keras macam tuh jugak, wakakakakakakaka! Cuma masalah dia, lepas keguguran period cycle tak teratur, so agak susah aku nak bajet time tuh. Sampai aku sah pregnant pon aku macam tak sangka. Yelaa, sebab before tuh pon dah banyak kali kecewa sebab period lambat tetiba jaa dia muncul hihi. Period cycle macam tak betul, so aku nak kira waktu subur pon macam was-was la. Selamat laaa memang 'selamat' menjadi, hahahahahaha! 


Tapi impak dia besar juga la bila pregnant kali kedua ni, rasa macam takut-takut. Macam fobia. Takut jadi lagi. Tapi alhamdulillah anak kami kuat dan selamat dalam rahim aku hingga hari ni, syukur! First pregnancy dulu, aku gugur masa 13 weeks. Lebih kurang dah 3 bulan macam tuh. Orang cakap 1st trimister memang fragile lagi. Dan yang tuh yang buat aku takut-takut, macam nak cepat-cepat habis 1st trimister harituh. Tapi Kun Faya Kun kan? Kalau Allah cakap ada sesuatu nak jadi, pregnant berapa bulan pon akan jadi. Nauzubillah, semoga aku dapat kandung anak sampai betul-betul waktnya untuk aku deliver anak ni dengan sempurna, hee! 




Atas ni scan masa aku 15 weeks harituh, dah nampak dah tangan gerak gerak, kaki dok tendang. Amboi amboi! Hahaha doctor cakap baby tengah dancing. Apa apa jela sayang! 


Sama macam 1st pregnancy, aku check up dekat Klinik Kesihatan kerajaan and dekat Dr. Zainol (Wisma Pakar Perbidanan Dan Sakit Puan Dr. Zainol dan Dr. Ram). Memang nak check up dekat dua-dua tempat. Sebab incase apa-apa yang kena refer GH, at least aku dah ada buku pink. Sama macam experience dulu jugak, private tak accept condition aku macam tuh so kena refer GH so selamat ada buku pink untuk GH refer. Tak rugi pon p dua-dua, kalau nak p KK ja pon boleh. Tapi sebab aku memang plan nak deliver dekat Dr. Zainol, that's why aku p check up dekat dia jugak. Dan KK tuh kes letih nak menunggu la macam berat nak p tuh, haha. Sebab ramai, aku pulak memang nak appointment Ahad ja sebab malas nak half day on weekdays. 



Thank you hubby cause trying hard with me till can give me a chance to feel this moment again, kahkahkahkah. Trying hard tatahan tuh! Dengan Izin Yang Kuasa!


Dah October! And harini dah 19 weeks. Next check up dah 20 weeks, means 5 bulan dah. InsyaAllah doctor cakap 5 bulan ke atas maybe dah boleh tau gender. Excited! Hihi. InsyaAllah semoga anak terus kuat dan sihat dalam ni :) 


Okay, till next time.
Byebye! 

No comments: