Tuesday, December 23

DADDY'S GIRL

Assalammualaikum, hello! :)




Atas ni gambar masa vacation dekat Langkawi last weekend. Hehe. Boyot-boyot pon aku nak jugak ikot Apit pergi Langkawi untuk FISE World Malaysia. Extreme Sports Event, ada skateboard, BMX and roller blade. The first time in Malaysia event ni. Memandangkan dekat sangat, dekat Langkawi ja. So, Apit ambik cuti and nak join event ni. Mesti la kena bawak aku kan, tak kan nak tinggal. Hahaha. Even sebenarnya dia risau gila nak bawak aku! Kihkihkih! So stay sana 5 hari 4 malam, dari 17 - 21 December! Best boleh jejalan. Hahaha. Even Langkawi tuh berapa kali dah kan pergi sana, hehe. Okay, bukan nak cerita pasal ni pon. Nanti la rajin buat entry pasal ni! Kalau la kan? Hikhok. 


Suppose aku ada appointment dengan doctor untuk scan 4d on 15 December. Tapi memandangkan minggu tuh aku nak ambik cuti 3 hari nak pergi Langkawi. So, aku ajak Apit jumpa doctor minggu sebelum tuh, on 12 December. Excited nak mampos k nak buat scan 4d ni, haha. Selalu appointment ak dengan Dr. Zainol, tapi untuk scan 4d Dr. Zainol cakap boleh jumpa dengan Dr. Ayu ni sebab dekat dia ja ada scan 4d. Mula-mula aku ingatkan dekat situ tak ada scan untuk 4d, punya survey before tuh dekat mana nak buat. Dah ada dekat situ, senang sangat la kan. Hehe. Dapat jumpa plak dengan Dr. Rohayu ni, memang best la. Soft spoken and senang nak bercerita or bertanya. 





Awal-awal Dr. Ayu dah bagitau dah, scan 4d ni depends on baby. Kadang-kadang nak tunjuk muka, kadang-kadang takmau. Hehe. So, dia cakap kalau harini baby takmau show to us dia punya muka, kita boleh set appointment lain. Aku okay ja, macam mana pon takpa. Hehe. 


Masa tengah cari-cari muka baby tuh, pandai ja Dr. Ayu pujuk suruh tunjuk muka. Hehe. Mula-mula muka baby terlindung dengan tali pusat dia, so memang tak nampak la. Then, Dr. Ayu gosok-gosok lagi benda alah scan tuh dekat perut. Sambil pujuk-pujuk, aku pon pujuk sekali. Baru la dia gerak sikit bagi tak terlindung dengan tali pusat. So cute la baby. Happy gilaaa! Alhamdulillah. 


Tapi masa tuh aku tak dapat nak recognize sangat, sebab iya la kan gambar scan tuh pon bukan clear mana. Tapi Dr. Ayu tuh cakap la, anak daddy ni sebab mulut dan hidung katanya sama macam Apit. Tapi aku still tak perasan okay masa tuh. Hahaha blurr betoi. Tapi seronok sangat tengok muka baby masa tuh. Dan paling bahagia bila tengok muka Apit dok senyum-senyum masa tengok anak dia. Hehe. Bahagia and happy gila masa tuh. Rasa macam syoq gila boleh kandungkan anak dia, heheh. Syukurrrrr! 


So, masa scan tuh aku mintak Dr. Ayu scan gender lagi sekali. Even before this Dr. Zainol dah bagitau pon gender apa, hehe. Tengok-tengok masa scan tuh memang nampak sangat okay. Haha. You're so funny babyboo! Alhamdulillah syukur. Tak kisah la kan jantina mana pon, janji dapat keluarkan dengan mudah, sihat dan sempurna segalanya, InsyaAllah. Hee :) 






Tengok tuh bibir dia, memang macam bibir Apit! Haha. So cute la baby. Tapi aku rasa macam hidung dia ikot aku. Haha. Nak tau betul ke tak, kena tunggu baby keluar nanti la kan? Haha. Tapi still, sekarang ni kalau tengok Apit tidur, sambil mulut tertutup macam tuh, rasa geram gila. Kahkahkahkah. Even memang aku selalu ja pon geram dekat bibir dia tuh, kihkihkohkoh. Kadang-kadang aku ambik phone, bukak gambar ni aku letak sebelah muka Apit. Aku cakap, "Iya laaa bibir baby macam bibir daddy dia sungguh laa" Hehehe. Tak sabar sangat-sangat nak tunggu baby keluar. Dalam masa yang sama nervous jugak nak beranak dan jaga anak sendiri nanti. Nervous nak jadi mummy pon ya jugak! Hehehe. 



Aku selalu cakap dekat Apit, 
"Dah 10 tahun kita bercinta kan, tak lama lagi nak dapat anak pulak tu, macam tak sangka kan?" Hehe. 

InsyaAllah, semoga Allah panjangkan jodoh kami, berkati dan rahmati pernikahan kami ni :) 


Currently, aku dah 30 weeks dah. Lebih kurang la kot, aku ni kadang-kadang pon confuse dengan weeks pregnancy aku. Haha. Kalau tak 30 weeks, maybe 29 weeks. Haha. Less than 3 months. MasyaAllah! InsyaAllah, may Allah ease eveythingggggg for me and husband!


Byebye.
Much Love!

No comments: