Wednesday, December 10

FIRST EXPERIENCE - BABY EXPO

Hello :)


Last weekend ada Mom & Baby Expo dekat Spice Penang. Actually aku dah target nak pergi expo baby macam ni dari bulan 10 haritu lagi. Sebab masa November harituh pon ada jugak expo baby. Nama apa entah, Baby & Kids Expo kot tak silap. Tapi masa tuh memang ada hal yang tak boleh pergi sana. Plus, aku rasa macam tak best sangat yang tuh. Sebab macam tak expose sangat pon dekat social media. Haha. So, aku assume tak menarik untuk join laa. Then aku cakap dekat Apit, takpa la bulan 12 nanti ada lagi expo dekat situ jugak. Hehehe! 


Aku ni sejenis orang yang memang tak berapa gemar pon expo/exhibition ni. Tapi since aku kerja dekat company sekarang ni, kan aku banyak involve dengan exhibition/road show. So, dari situ aku nampak macam not bad jugak event macam ni. Memang murah. Tapi depends la jugak murah tuh murah sampai macam mana kan, hehe. Sebab aku tak gemar join tuh, sebab ramai, sebab nak kena bersesak, nak kena susah-susah cari parking. Arghh malas betoi! Hahaha. 


So, a week before expo ni aku dah inform Apit next weekend ada expo baby. Wajibbbbb p, sebab aku teringin nak tengok apa yang best sangat baby expo ni. Hahaha. Plus this expo, exposure dia macam not bad la. Selalu update, exhibitor apa join. A day before event pon depa update live dari venue. On the day event pon depa still update and secara tak langsung boleh tengok ada apa yang menarik dekat situ. Hehehe. 


Dah tuuu, depa update and tunjuk ada apa, of course la awal-awal aku dah aim nak pergi booth mana, nak beli apa kennn? Hehehe. So aim aku harituh, aku nak visit booth jual barang Luvable Friends sebab nak beli receiving blanket. Actually aku dah beli pon 1 set thru online. Tapi aku rasa mesti la dekat expo tuh boleh dapat lagi murah kan, so aku dah aim hehe. And then aku tengok depa update ada MamyPoko jugak. 



Kan masa aku ajak Apit p expo, dia ada tanya nak borong pampers ke? Hehe. So, aku dah target memang nak beli pampers. Even suppose barang macam pampers ni dia depends kan on baby. Maybe nanti baby tak sesuai ke kan. Tapi tak kisah laa, tetap nak beli jugak. And aku aim nak beli feeding bottle. Sebab aku macam dah expect mesti lagi murah, kan? Hehehe. Dalam update, organizer pon ada tunjuk yang Medela pon ada booth dekat situ. Tapi yang ni aku tak aim pon nak beli. Just aku cakap dekat Apit, boleh la nanti p visit booth tuh and tengok price yang depa offer, hehe :) 


Mom & Baby Expo ni from 5 Dec - 7 Dec, Friday - Sunday. 
Aku ada chance p hari Ahad, last day. Actually ajak Apit p hari Satu. Aku dah agak kalau p Ahad macam tak syoq sangat sebab nanti mesti banyak benda/barang best dah habis. Tapi sebab Sabtu ada kenduri kena attend, postpone la jawabnya




So, atas ni barang-barang yang aku beli. Macam tak percaya ja banyak ni ja yang aku beli. Dah tuh, memang beli barang-barang yang aku nak beli pulak tuh. Wahhhh syabasss! Hahaha. No! Actually dalam tuh tak berapa nak menarik sangat pon. Yang jual baju-baju pon macam biasa-biasa ja aku rasa. Macam baik beli kat mall ja, heheh. So, aku just jalan-jalan cari barang yang memang aku nak beli jela. Hehe. Yang best visit nak tengok baju pon, booth Pureen laa. Haha. Tuh pon biasa jugak, tapi murah dari baby shop la. Tapi sayangggg, pampers MamyPoko for newborn and size s dah habissss haritu. So, aku just ambik wet tissue jela. Tuh pon sesaja beli. Hahaha. 





Sebab dah ada Medela dekat situ, aku visit la booth dia sebab nak tengok apa yang menarik. Price macam mana yang depa offer kan. Tapi a day before aku memang ada p satu baby shop dekat Badar Laguna Merbok ni, baru tak baru la. Tapi dah bukak since shop lot situ bukak, so sesaja masuk nak tengok apa yang best. And dia ada jual Medela jugak, tapi yang aku tanya dekat situ jenis Freestyle. Harga RM 1888. Hahaha. Aku tak perasan pulak ada ke tak jenis Swing or Swing Maxi dekat situ. So, aku pon tak sure Medela Swing ni market price berapa. Yang aku dapat price dekat expo ni RM 699. 
Actually aku memang tak ada budget lagi untuk breastpump, sama jugak la macam stroller and car seat harituh. Wakakakakaka. Sebab aku nak dahulukan benda/barang lain yang lagi penting and memang guna terus lepas bersalin. 



Benda nak beli memang senang. Apit okay ja. Tapi aku still la nak share duit beli benda/barang dalam kategori quite expensive ni. Even memang sekali beli, InsyaAllah boleh pakai banyak kali. Seems like investment jugak la kan? Aku cakap dah benda-benda mahal, hold dulu pon takpa. Tapi bab duit, Apit selalu cakap aku ni suka pikiaq terok! Kahkahkahkah. Dia cakap, duit yang dia ada nak buat apa? Simpan masuk kubur? Cari duit banyak-banyak, kerja teruk-teruk untuk sapa? Huk aloh, baiklaaaaa! So, lepas dah dengar promoter Medela tuh sembang. Aku macam okay jela, still takda intention pon nak beli. Aku dah ajak Apit blah, then dia cakap kenapa tak beli. Aku cakap nanti la. Then promoter tuh pon pandaiiii la bodek jugak suruh ambik. Haha. Apit kata kalau tak beli sekarang, nanti kena beli jugak kan? Huwaaa. So, dia tanya promoter tuh accept card ke tak. Then okay, memang depa accept card. So, beli laaa Medela Swing ni. Aku rasa jenis Swing ni pon dah cukup sangat dah. Takyah nak yang Freestyle sangat, kihkihkih. 



First experience join expo baby. Hahaha. InsyaAllah lepas ni fikir banyak kali dulu kalau nak p. Kihkihkih. Aku cakap dah dekat Apit, sekarang ja sesaja nak visit. Nanti ada anak kalau boleh takmau la p expo macam ni, macam kesian jaa. Sesak-sesak macam tuh, hehehe! 



Okay, till next entry.
Byeee :) 

No comments: