Tuesday, January 27

REVIEW : TANAMERA PRENATAL SET (SET MENGANDUNG TANAMERA)

Hello :) 


Seronok pulak rasanya update blog sekarang ni. Haha. Mood berblogging datang kembali kah? InsyaAllah. Hehe. Taktau la pulak kan nanti-nanti macam mana, hehe. 


Entry ni aku nak cerita pasal produk Tanamera. Tapi ni bukan untuk Set Bersalin or Postnatal tapi untuk Set Mengandung or Prenatal. But still boleh guna untuk lepas bersalin nanti. Aku beli 3 produk Tanamera ni dari Intan dekat oomori.my! Satu set ada 3 produk ni RM 82 sahaja :) 




1) Tanamera Cold Press Virgin Coconut Oil (VCO) 

Aku guna ni untuk sapu dekat bahagian stretch marks. Berbahagia lah sesiapa yang pregnant tak ada stretch mark okay. Aku pon masa awal pregnant tak nampak, tapi bila perut dah membesar masuk dalam 6-7 bulan. Dah obvious. Nightmare okay. Sobs sobs. So, before aku guna VCO ni, untuk sapu dekat bahagian ada stretch mark aku guna produk dari Palmer's Cocoa Butter tuh. Nak cakap tak ada effect tak jugak. Sebab as far as I know, stretch marks ni memang take time untuk heal. Tengok-tengok sampai lepas bersalin baru nak okay. It's okay janji consistent guna, kan? VCO ni pon boleh jugak di minum. Tapi bila bau dia menyengat sangat, aku fikir 1000 kali nak masuk mulut. Sampai la harini pon still tak amalkan lagi untuk minum, haha. InsyaAllah semoga aku bertabah untuk minum dalam masa terdekat! Hihi. 






2) Tanamera Herbal Massage Oil.

Best jugak Herbal Massage Oil ni. Tapi first aku tak apply dekat aku, haha. Aku apply dekat badan Apit untuk mengurut belakang badan dia. Dia cakap sedap, best ja. Yela kan, mengurut guna minyak lagi sedap dari pakai tangan biasa jaa. Aku tak bagi Apit mengurut aku sebab risau kot-kot salah urat ke apa nanti bahaya jugak. So, just sapu-sapu macam tuh je la dekat bahagian kaki and bahagian yang lenguh lenguh. Bau best jugak, bau macam minyak dekat spa. So, dia bukan jenis berangin or panas macam tu. 



Kandungan dalam Tanamera Herbal Massage Oil.

Benefits of TANAMERA Herbal Massage Oil

  • An all-natural oil infused with lemongrass and other tropical herbs.
  • Stimulates blood circulation, promotes release of water retention and flatulence.
  • Stimulates metabolism
  • Assists the lymphatic system for the elimination of wastes throughout the body.
  • Nourishes and revitalizes for smooth and supple skin.
  • Aromatherapy effects to calm and relax.
  • Relief to back pain, stiff shoulder and neck, swollen and puffy ankles.
  • Ideal for Prenatal and Postnatal massage. Do not apply on the breasts for breastfeeding moms.





3) Tanamera Brown Formulation Soap.

Masya Allah, produk yang memang thumbs up wa cakap lu. Suka gilaaaaaa aku guna. Dah tak guna shower gel biasa dah sekarang. Memang aku pakai sabun ni ja masa mandi, hehe. Masa mula-mula buka packaging dia, memang nampak sabun ni smooth ja macam sabun mandi biasa. Tapi bila dah guna kena air, actually dia jenis yang ada bijik-bijik tuh. Macam scrub. Seronok la aku guna, sampai merah kulit punya sental. Kihkihkih. Rasa fresh sangat lepas guna, dan aku perasan baru-baru ni yang bau dia dekat badan tahan lama jugak. Kiranya bila aku cium lengan aku still bau la sabun ni hehe. Memang recommended ahhh sabun ni! I likee bebeh! :) 



Kandungan dalam Tanamera Brown Formulation Soap 


Benefits of TANAMERA Brown Formulation Soap

A combination of herbs and grains with grainy surface. Contains traditional herbs such as tumeric, wild ginger and cinnamon known to improve one’s overall skin condition. The exotic, earthy scent of the patchouli oil is added for an aromatherapy effect.
  • Gently removes dead skin cells and stimulates blood circulation.
  • Improves overall skin condition.
  • Effective in removing brown spots on neck, underarm, inner thighs, abdomen and relieving skin rashes.

source image and info : Tanamera 




Sekian sahaja review pasal Tanamera Prenatal Set, hihi. 
Pasal Set Bersalin still dalam pertimbangan nak beli yang mana, kahkahkahkah.
Apa la lembab sangat nak buat decision, haha! 





Bye bye! :) 

No comments: