Monday, January 12

SET BERSALIN YANG SESUAI, BERPATUTAN & LENGKAP

Hello!


Dah masuk frasa pening memikirkan set bersalin apa yang sesuai, yang harganya berpatutan dan lengkap semuanya untuk diriku ini! Waduh. Actually aku hampir terlupa dah pasal kena beli set bersalin ni, hahah. Mak yang ingatkan aku. Nak beli set bersalin mana satu? Terus jem otak. Errr! Mak suggest beli set bersalin D Herbs Terlajak Laris uolls! Huahuahuahua! Tapi aku dok survey jugak ni yang mana best. Tapi nak tau best ke tak pon tak reti jugak weh! Mana aku nak tau sangat sesuatu produk dalam tuh bagus mana, hikhok! 












Dalam semua set bersalin dekat atas ni, aku rasa Tanamera paling mahal kot. Tapi tak kisah la harga, kalau effectnya bagus. Tapi gua enggak tahu dong! Haha. Tapi Tanamera ni aku memang dah guna Cold Pressed Virgin Coconut Oil, Herbal Massage Oil and Brown Formulation Soap. Yang ni aku beli dalam set, beli online. Hehe. Sebabnya aku rasa dah boleh kot minum VCO tuh sekarang untuk memudahkan proses bersalin nanti, InsyaAllah. Tapi tak start minum lagi laaaa. Huwaaaaaa, baunya. Aduhhh! 


So far, alhamdulillah. Kelengkapan untuk baby dah 90% settle. Yang tak settle lagi - beli pampers, tilam baby. Tilam baby, mak pesan sapa entah suruh buatkan. Dari kekabu. Untuk bedsheet (gitteww) sarung bantal semua tuh, mak yang jahitkan. Tapi kan bila aku tengok baju-baju yang aku beli tuh macam tak cukup lagi jaaaaa! Haha. Tapi baju untuk newborn memang tak banyak pon aku beli. Sebab katanya baby kan cepat membesar, so nanti rugi. Banyaknya aku beli 3 and 6 months above. Yang 9 months above pon ada. Haha. Yelaaa bila aku tengok yang 3 months above pon alahaiii comel sangat ja kan, macam lebih kurang newborn ja, hehe. And last weekend aku dah settle 2 trip laundry semua baju, blanket and lain-lain yang kena basuh! Settle awal-awal tak kalut kan? Hahaha! 


Ohh semalam ada check up. Alahai dah besar dah yee awak dalam tu? Dah nampak kepala besar dah haa, tengah scan pon kemain aktif tendang ehh? Sekarang dia aktif pusing-pusing golek golek. Kekadang terkejut mak nokss. Dah la jenis kekadang tekan ni pundi kencing aku, sampai seriau rasa nak kencing terus. Selamat la so far tak la terkencing lagi dalam seluar, kahkahkahkah. Tapi kalau malam, ada la jugak rasa nak bermalam dalam toilet, huwaaa! Tapi aku selalu ja cakap dengan baby, "Do whatever you wanna do, freestyle ka, break dance ka, silakan. As long as you're happy and healthy. I'm enjoying this moment" Gittewww! Hahaha. Kekadang time aku nak tidur dia aktif lagi, nanti Apit pegang perut, pujuk suruh tidoq. Katanya kesian Mummy nak tidoq. Hahaha. 


Ehh ehhh dah melalut pulak. Tuh la, kalau dah start type ni. Malas nak stop pulekkk! Alright, nanti aku update beli set bersalin mana satu yehhh! 


Bye bye bebeh! :) 

No comments: