Thursday, January 15

SKIP HOP

Hello :)


Aku ni ada satu perangai, suka tengok benda-benda cantik. Benda/barang yang aku rasa macam style. Benda/barang yang macam trendy. Tapi semua ni dekat mata aku jela, kalau dekat mata orang lain macam biasa. Ada aku kisah pulak? Aku bukan into branded items, sedar diri tak mampu mana. Kerja pon makan gaji. Haha. Tapi sometimes kalau aku dah berkenan benda tuh dan lepas di fikirkan berbaloi, why not? Maksud berbaloi tuh, berbaloi dengan quality yang aku dapat, berbaloi dengan design sesuatu barang dan berbaloi dengan amount yang aku perlu invest! Haha. Sebab tu, macam kes stroller+car seat tu, aku tak terfikir langsung pon dari awal nak invest sebanyak tu untuk dua barang ni. But since dapat harga yang affordable, dan lepas discuss kami rasa kami mampu. Go on jela. Hehee. 


Sekarang nak cerita pasal diapers bag. Haha. Maaf la kan, dah sindrom mak mak ni. Asyik nak cerita pasal kelengkapan baby je noks. Diapers bag ni takda la sepenting mana sangat pon kan? Still boleh hold ja. Takpon guna ja mana-mana tote bags yang banyak dok ada tu untuk jadikan diapers bag kannn? Hahaha. But since haritu aku dah terfollow satu ig ni yang jual diapers bag yang style gittew. Diapers bag ala-ala tak diapers bag sangat. Terus macam berkenan noks. Tapi before this dah pernah baca dah pasal diapers bag Storksak yang Dr. Halina update dalam blog dia dulu. Storksak ni memang tak la aku nak beli. Macam aku cakap la tadi, aku kira berbaloi ke tak. Haha. Sebab price dia tak silap aku above RM 600 tuh. Tapi Storksak ada banyak jenis la, maybe ada la kot yang murah dari tu, entah laaa! So, nak invest banyak tu untuk diapers bag? Mimpi k! Kalau mimpi pon takmau la aku! Hahahahahaha! 


Selain Storksak, ig tu jual diapers bag Skip Hop. Yang brand ni pon cun, cantik cantik jugak design dia. Nak kata simple sangat pon tak. Okay laa. Price pon not bad. Still rasa macam quite mahal, tapi aku rasa okay la kot if nak compare dengan price Storksak. Kahkahkahkah! 



Diapers Bag : Skip Hop Duo Signature Diaper Bag - Chevron 


Recently memang aku gila dengan corak chevron ni. Kalau dulu gila paisley, sekarang dah kurang dah, haha. Kalau boleh semua benda/barang baby aku nak ada corak ni. Kesian anak aku, suppose ada design flowers/cartoon, ni tak. Mummynya minat chevron pulak. So simple. Hahaha. 






Macam cool ja galas diapers bag ni. Haha. Boleh replace kan dengan handbag aku nanti. Dah tak payah bawak bag banyak banyak. Gittew. Iya la sangat kan? Tapi biasalaaa, color dia based putih. Aku ni risau sikit bab guna warna-warna cerah. Kang nanti kena jaga bebaik, kalau tak cepat kotor. Hahaha! 



Diapers bag : Skip Hop Forma Pack & Go - Peacock Tote 

Design ni pon aku berkenan jugak. Selain berkenan dengan color dia. Hehe. Nampak lebih simple sebab plain dan nampak macam tote biasa. 





Masih memikirkan nak beli ke tak. Skip Hop ni pon ada macam-macam jenis dan design. Semua pon not bad. Macam dua atas ni pon jenis lain-lain. Ohhh price range Skip Hop yang aku tengok jual online dalam RM 250 - RM 300 kot. Nanti fikir cemana, hahah. Silap-silap nanti aku beli diapers bag dekat Naraya ja. Naraya pon not bad okay. Design lawa-lawa jugak. Hahahaha! Takpa yang ni boleh hold dulu. time dalam pantang pon aku boleh shopping lagi. Online ja kan! Hahaha.



Bye bye!

No comments: