Monday, February 16

SET BERSALIN HERBANIKA NR (NONA ROGUY)

Hello :)


Hari Isnin, hari paling lemau. Paling malas. Paling takdak mood. Tambah pulak hujung-hujung pregnancy ni, triple terus semua perasaaan tu. Kalau ikot hati, memang malas dah nak masuk kerja. Orang yang replace aku time confinement period nanti pon dah masuk kerja. Aku dah guide dia cara kerja aku macam mana. Tapi sementara aku ada ni, still untuk semua email aku buat lagi la. Aku just guide dia pasal fix task yang every month memang aku kena submit. 


Okay, so pasal Set Bersalin yang aku update haritu. Aku dah beli dah. Sebab Mak and Mama dok tanya aku beli ke dak lagi. Sebab kang tetiba dah terbersalin, sapa yang nak tolong belikan. Memang la Apit boleh, tapi kiranya tak puas laa sebab aku tak dengar sendiri explaination and suggestion dari orang jual tu kan, hehe. 


Haritu aku ada tanya kawan aku yang expert bab-bab hal kosmetik, jamu and yang berkaitan macam ni la. Aku tanya set bersalin mana bagus and selalu orang beli. So, dia bagitau Nona Roguy (NR) punya. Aku tanya price, dia cakap dalam RM 300. Tapi set bersalin NR tak ada bengkung sekali. Kalau ikotkan suggestion Mak aku, dia suruh beli D'Herbs ja. Sebab wayyy murah. Dia takut aku membazir nanti, beli yang mahal-mahal, tengok nanti malas nak makan and amalkan, hehehe! 


Then, haritu Mama suggest suruh pergi satu kedai stokis yang jual produk-produk kesihatan macam ni. Katany situ murah and banyakkkkk choice. Lagipon dia stokis, so boleh dapat harga murah. Makanya, semalam aku ajak la Apit p dekat kedai tuh. Bila aku tanya orang kedai tu, set bersalin mana paling okay. Dia jawab 'Kalau paling okay, yang paling mahal la'. Aku pon tanya produk apa, then dia bagitau 'Nona Roguy punya'. Hahaha. Pasti ke paling mahal paling okay? Cewahhh. Tapi aku pon terpengaruh jugak hahaha! Sebab based on kawan aku cakap, orang selalu cakap produk ni boleh jauhkan dari sembelit. Itu aku rasa penting kot kalau time lepas bersalin. Bayangkan pon dah rasa seriau kalau susah nak membuang. Hahaha. 



Set Bersalin NR 


Aku dapat set bersalin ni dengan harga RM 280. Kalau tak silap aku harga asal dia RM 300. Tapi dia ada cakap, kalau harga ahli RM 300. Kalau bukan ahli RM 280 tuh. Aku macam pelik, ahli pulak mahal. Haha. Tapi lantak laa dah dapat murah kan, hikhok. So, aku terus grab jela. Malas nak fikir dah. Lagipon, aku ada search review jugak sebelum ni pasal set bersalin ni. 

Dalam Set Bersalin Herbanika NR ni ada 6 produk :

1) Tablet Phyto Natal : Phyto Natal di dalam Set Bersalin NR berfungsi untuk menurunkan berat badan yang berlebihan. Ia juga bertindak menguatkan tubuh di samping melawaskan pembuangan air besar.

2) Akar Herbanika : Akar herbanika di dalam Set Bersalin NR  bertindak menambah khasiat pemakanan dan menyegarkan anggota badan ibu yang baru bersalin.

3) Herbanika Lulur : Set Bersalin NR lengkap dengan lulur yang bertindak menyental daki dan kulit yang kehitaman dan kasar semasa mengandung.

4) Herbanika Barut : Krim barut di dalam Set Bersalin NR  ini disapu disekeliling perut dan pinggang untuk meleper dan memperkemaskan perut yang menggeleber selepas bersalin. Ia juga menguatkan semula otot-otot perut dan pinggul yang kendur ketika menampung bayi di dalam kandungan.Gunakan herbanika barut Set Bersalin NR  ini 2 kali sehari sebelum memakai bengkung.

5) Minyak Herbanika : Minyak herbanika disediakan di dalam Set Bersalin NR  untuk membantu menguatkan otot perut dan buah dada, mengurangkan kesan regangan atau pecah-pecah di kulit semasa mengandung. Ia juga melancarkan peredaran darahdisamping memastikan badan ibu yang baru bersalin sentiasa hangat.

6) Uncang Cuci : Luka jahitan elok di cuci dengan Uncang Cuci NR .Ia bertindak seperti antiseptik untuk mengelakkan kuman yang boleh menyebabkan jangkitan. Ia juga di buat mandian yang berfungsi menyegar dan menghilangkan bau badan semasa berpantang.Pek 10 uncang ini tahan untuk penggunaan selama 1 bulan.





Di sebabkan set bersalin ni tak sekali dengan bengkung. So, bengkung kena beli asing la. Ada a few brand untuk bengkung ni, macam D'Herbs pon ada. But since kakak tu bagitau yang mana pon sama ja jenis, jenis macam dalam gambar dekat kotak tuh. Harga pon sama kalau yang aku beli ni dengan D'Herbs. So, aku tak kisah sangat. Aku ambik ja bengkung dari Jamu Jelita ni. Bengkung ni dapat dengan harga RM 25. Even mula-mula aku tanya, dengar macam dia cakap RM 35. Tapi masa nak bayar, dia cakap RM 25. So, aku pon layanka saja. Hahaha. 


Ada jugak dari review yang aku baca, ada certain produk dalam set bersalin ni tak best. Tapi tak kisah la. Maybe lain orang, lain pendapat. And lain cara selesanya, kan? So, aku try dulu nanti tengok macam mana pergi dia, haha! So, nanti nanti nanti aku update review pulak pasal Set Bersalin Nona Roguy (NR) ni, hehehe! 



Another 23 days to go before my exact due date. Hahahah. Mana ada takut dan excited pon! Huahuahua. Semoga segalanya di permudahkan, InsyaAllah, Amin :) 



Bye Bye : )

1 comment:

Najihah Sudi said...

saya ada beli juga produk nona roguy ni.. tapi xde la bnayk.. just beli bengkung dengan minyak urut herbanika.. minyak urut tuh memang best betul baunya.. kadang - kadang saje sapu suka - suka.. padahal kita ni belum berpantang pun lagi. hihihi.. taapi sapu kat leher kat bahu jelah macam tu..

Terjah blog saya, jom! DAPATKAN INFO , TIP , PETUA MENGENAI KEHAMILAN DAN KESUBURAN DI SINI