Tuesday, March 3

BAMBOO WRAP & SWADDLELITE

Hello!


Today : 38 weeks 6 days.
8 days to go before my due date!
Maksudnya esok masuk week ke-39


HAHA, cuak bhaiiii ! 


Okay ni kira update pasal last things la yang aku beli before bersalin. Haha. 
Padahal semua benda dah cukup pon, insyaAllah. Bag pon dah siap pack, dah letak dalam kereta pon.
Tapi entah kenapaaaa, hari tu dapat duit bonus. Alhamdulillah rezeki, hehe.


Actually benda ni memangggg aku nak beli dari awal. Sebab akiu berkenan gila dengan design dia. Tapi di sebabkan price dia macam mahal jugak la. Even I know worth it. Or kalau tak worth it pon, janji aku dapat benda yang aku suka. Dah happy sangat dah weh! Hehehe. 


Di sebabkan rezeki lebih tu, Dan nafsu nak beli tetiba melonjak. Aku mengambil keputusan bijak untuk order hahaha! Bijak sokmo kalau bab shopping, kennn?


Macam biasa aku survey dulu harga dekat ig shop yang aku follow jual  benda ni. And I found one yang jual murah. Tapi murah dia untuk membership ja. Aku pon macam pelik la kan, macam mana nak join as membership. So, untuk keterangan lanjut aku whats app dia. Dah selalu beli online kannn, bukan macam certain people, dok laaa suruh orang PM PM PM. Palahotak betoi. Hahaha. Rupanya senang jaaaa, join group dia dekat FB ja pon. Settle!





Bubble Bamboo Wrap - PAISLEY! (3 pcs)

Ya Allah, berkenan lama dah kot. Since tau ada corak paisley. Of course la terkinja nak beli. Tapi masa tu tengok harga macam it's okay, hold dulu. Ada rezeki boleh beli. Memang alhamdulillah ada rezeki untuk baby girl mummy! Wiwiwiwiwi!





Ini dia instashop yang aku beli bamboo wrap ni! Dia jual dengan harga RM 159.00 sahaja. Ehhh kalau tak silap. Lupa! Huahuahua. Tapi murah la dari yang lain. Dekat ig lain aku tengok jual dalam RM 179 - RM 198. Boleh guna buat bedung baby, blanket and lain-lain. Nanti pandai-pandai la nak guna buat apa pon, hehehe!







SwaddleLite by Swaddle Designs - Turqoise (3pcs)

Kain bedung dari Swaddle Designs ni pon dah lama menarik perhatian dan nafsu aku. Tapi sama jugak la, mahal! Hahaha! Kalau benda macam ni lebih dari RM 100 memang aku rasa mahal laa. Tapi sebab hati dan berkenan, dan nak benda comel dan cantik untuk anak, mesti la aku nakkkkk beli jugak! Selain tu, sebab dia ada corak chevron okay. Sekarang aku gila corak chevron. Geram geram ja tengok kalau kena dengan color yang menarik! Ada macam-macam color and jenis kain kalau dari Swaddle Designs ni! Memang kalau tak mahal, aku rembat jenis ni ja dari awal dulu, hahaha! 





Aku beli dekat ig ni. Tergamam masa mula buka ig dia, tergamam sebab semua yang dia jual memang dari Swaddle Design. Hahahaha! Tapi semuuanya jenis pre-order. Dah aku baru jumpa ig ni dalam minggu CNY haritu kot, aku macam malas la pulak nak order sebab kena tunggu 2-3 weeks. Tapi memang nak di katakan rezeki kot kan, hahahaha. Rupanya ada yang ready stock. Dah tuh, ready stock pulak ada design yang aku beli tuh. Tunggu lagi? Terus whats app and order tanpa keraguan! Wakakakakaka. Yang ni harga dia, RM 179 

Nak cuci mata dan hati tengok collection dari Swaddle Designs, 
sila click website Swaddle Designs hihihihi

Actually untuk kain bedung aku dah beli pon haritu 2 sets yang Luvable Friends punya. Sama la jugak, each set tuh aku pilih yang ada design chevron. Haha. Aku rasa macam tak cukup ja, sebab tuh ingat nak cari kain bedung biasa, yang jenis macam napkin tu. Tapi entah cemana dok tangguh ja nak beli. Tetiba bila nampak yang 2 jenis ni terus beli. Hahahaha! Gilos.


It''s okay. Janji puas hati. Tak rasa rugi pon, sebab nanti boleh ja simpan kennnn? Hehe.




Nur Auji Wafie. Anak kakak aku. Rasanya tak pernah masuk blog lagi ni, hehehe.
Dia yang kalut masa bamboo wrap sampai. Kalut laaa nak tolong bukak parcel sama. Hehe. 
Auji sabar okay, nanti adik keluar ada kawan okay, Hihi! :) 





Okayyyy, bye bye! :) 

No comments: