Thursday, May 28

BE LIGHT

Hello! :)


Sejak-sejak masuk office lepas pantang ni rasa macam senduuuu ja. Macam tak ada semangat sangat pon ada. Cuti 2 bulan tu tak cukup lagi kot, hahah! Kerja pon tak banyak lagi, sebab bab report bagai aku dah settlekan. Bab quotation, follow up semua pon sambil sambil ja. Maka, boleh la aku blogging sokmo! Hihihi! Random jaa sebab tetiba mood sampai nak blog! Hehe.


Nak cerita pasal diaper bag yang aku beli haritu. Berbaloi baloi jugak la beli. Sesuai untuk bawak keluar jejalan shopping jela diaper bag ni. If yang overnight memang tak sesuai, sebab space dia. Untuk diaper bag overnight, aku beli yang Pureen and Naraya. So, weekend haritu keluar. So aku prepare la diaper bag ni nak tengok okay ke tak, fix ke barang-barang yang aku selalu bawak before ada diaper bag ni. 



Atas ni barang-barang yang aku bawak kalau keluar bawak Adriana untuk jejalan pergi mall or balik rumah maktok tokwan dia.

Diapers : 
Mesti bawak paling sikit 5 pcs. Saja spare bawak banyak. Sampai Apit pon tanya kenapa banyak. Iya ka banyak? Rasa macam sikit la tuh, hahaha. Spare banyak takpa, tak rugi. Kalau bawak sikit tak cukup yang gelabah nanti hahaha! 


Clothes :
Wajib jugak bawak baju seluar spare untuk dia. Mittens booties pon aku bawak jugak. Setakat sekarang barut dia still pakai lagi, tuh pon aku bawak spare jugak. Hehehe. Aku bawak selalunya 2 set. Sesaja spare kan, in case. 


Thermo flask : 
Haa yang ni wajib la bawak. Kalau tak nanti bila dia nak susu botol, mana nak cari air panas. Flask ni aku beli masa Tupperware February edition haritu kot, berkenan gila-gila padahal masa tu tak fikir kegunaan dia pon. Tapi bila dah beli, baru macam "ehhh boleh guna untuk anak nanti" Hehee. Flask ni boleh masukkan dekat poket depan diaper bag ni. Okay ngam masuk and yang best tak nampak kembung pon. I likeee! 


Botol susu & susu :
Bekas simpan susu tu, orang yang hadiahkan. Padahal sehari sebelum orang hadiahkan set yang ada milk dispenser ni, aku memang nak beli dah kot. Tapi tak jadi, rupanya ada rezeki orang nak bagi hehehe! Awal-awal haritu aku bagi Adriana guna botol NUK, tapi aku rasa puting NUK tu macam laju kot, sebab setiap kali dia minum mesti meleleh ja keluar dari mulut susu tu hahah. Lepastu kan awal-awal dia minum susu badan thru botol, so direct dari botol susu Medela la. Aku tengok dia lebih suka botol susu Medela tu. Cuma baru-baru ni aku beli botol susu Avent anti colic ni bagi dia try. Tapi Alang cakap dia tak berapa suka, maybe kena bagi banyak kali baru okay kot. 


Baby care :
Dalam bag biru Naraya tuh, aku letak minyak angin, diaper rash cream, lotion, baby oil. Haaa fix okay dalam bag tuh. Sebab tu aku suka beli bag dekat Naraya. Entah, suka ketahanan dia. Hehe. And bawak jugak wet tissue. Even aku jarang guna wet tissue kalau dekat rumah sebab aku ada baca yang tak sesuai. Tapi keluar aku bawak jugak spare. 



So, semua barang ni fix elok dalam diaper bag ni. Siap ada space lagi boleh masukkan lagi. Yang bestnya dia tak nampak kembung even kita masukkan semua ni. Lupa pulak nak snap picture bila ada barang dalam dia. Tapi yang pasti aku puas hati dan rasa berbaloi beli. Hahaha! Organize pulak guna diaper straps yang aku order dari ig tu, so jadi kemas la bila letak dalam bag :)
So, Jujube Be light diaper bag best! Hihihi. Terubat sikit hati tak dapat beli Skip Hop lagi hahahahah! 




Bye! 
Happy lunch! 

No comments: