Thursday, May 21

BOOSTER

Assalamualaikum. Hello.

Bab penyusuan dekat Adriana, masa mula-mula tu ada masalah la. Lepas ja bersalin tu memang susu keluar bila picit tapi bila nak bagi Adriana hisap. Tak boleh. Mungkin setengah ibu faham kot kenapa tak boleh hisap. But then, nurse paksa jugak suruh bagi. Dia ajar cara urut-urut bagi baby senang hisap. Hey tanggapan salah okay bagi yang fikir nurse hospital kerajaan ja akan paksa dan ajar kita sungguh-sungguh bab breastfeeding ni. Sekarang ni, nurse hospital swasta pon okay dah tekankan bab ni. No, aku taktau keadaan macam ni. Tapi ada laa mulut-mulut yang cakap bila aku cakap awal-awal lagi Adriana dah menyusu botol. Bila bagitau bersalin dekat hospital swasta, depa cakap "Oh patut la. Kalau kerajaan memang dia paksa" Hmm. Nurse yang serve aku masa dekat ASC semua baik-baik belaka. Bab breastfeeding ni pon depa "paksa" dan ajar. Cumanya Adriana tak boleh hisap, memang menangis la kawan tu kan bila paksa dia hisap tapi tak boleh. Haha. Apa lagi, menangis sakan la. Dah macam tuh, mana tahan nak tengok. Aku bagi la nurse susukan dia dengan susu botol. Tapi memang nurse kerap suruh aku p nursery atau depa mai bagi Adriana dekat untuk cuba dan cuba lagi bagi. 



Dari awal kan, aku dah beli breastpump. Tapi memang tak bawak masa dekat hospital, bila balik ja ke rumah. Memang terus nak cuba pam. MasyaAllah sakit hoi masa mula-mula tuh. Haha. Menjerit aku masa pump tu suck. Apit dok suruh rileks ja, dia cakap kesian dekat Adriana. Gagah jugak tahan sebab nak bagi Adriana minum susu badan. Betul la bila orang cakap peranan suami tu penting bab breastfeeding. Alhamdulillah my husband salah seorangnya! Memang support. Bila Apit cakap macam tu terus semangat. Terus nak gagah dan buat taktau ja dekat sakit tuh. Hihihi.



Then aku start mengurut hari ke 3 atau 4 macam tuh la. Mak bidan yang aku panggil Maksu tu pon bagitau la yang dia nak mengurut dekat breast untuk bagi keluar susu. MasyaAllah sakit gila babeng der! Aku ni sebenarnya spesies tak suka mengurut. Haha memang tak tahan bab kena urut ni. Masa p Krabi dulu pon, hari-hari Apit p massage. Syoq la dia Thai massage, haha. Dia suruh aku massage sama. Yang aku boleh pon foot massage ja wakakakakaka. Okay back to the story, aku menjerit la bila Maksu tu urut dekat situ, Mak aku ni sampai marah sebab aku menjerit macam sakit sangat ja. Hahaha padahal memang sakit woih! Tapi sakit tuh nikmat la lepas tengok hasil lepas dia mengurut tuh. Legaaa sebab rezeki Adriana. Hehehe. 




Tapi still, Adriana tak pandai hisap direct. Aku memang kena pam selalu, sebab dia minum susu badan tapi through botol. Memang every 2-3  hours aku kena pam la. Sebab nurse advise if baby tidur pon memang setiap 2 jam kena bangunkan dia untuk minum susu. Ada time yang sempat buat stok, ada time yang memang tak sempat. Maksudnya sekali pam then dia minum habis, kena pam lagi untuk next round dia minum pulak. Kadang-kadang memang mai la hasutan syaiton malas nak pam. Tapi sebab semangat nak Adriana minum susu badan, memang aku gagah la. Tapi still jugak sulam dengan susu formula. Hihi. Susu formula aku bagi susu Dutch Baby, alhamdulillah sampai harini sesuai dengan dia. 



Mak aku memang suruh bagi direct laa. Asyik suruh cuba cuba  biar dia hisap pelan-pelan bagi Adriana biasa. Tapi dia nak pon sat sangat ja. Bila aku sambung berpantang dekat rumah Mama pon, Mama dengan kakak ipar aku support jugak suruh direct breastfeed. Katanya senang. Tak payah nak pam selalu, and senang jugak waktu tidur malam and pagi buta. Tak payah bancuh susu, tak payah pam untuk next stock. Memang betul. Memang kerap la aku bagi dia main-main and biasa. Tak silap aku Adriana dah sebulan lebih baru dia nak direct breastfeed! Alhamdulillah syukur gila-gila! Hihi. Apa yang mak, mak mertua and kakak ipar aku cakap tu memang betul. Bila kita breastfeed, senang untuk kita jugak bila waktu malam/pagi buta tu. Lepas ja Adriana nak breastfeed, time dia meragam menangis ja, memang bagi dia ngap terus. Senang sebab sampai tertidur dia. Hehe. 



Tapi salah satu yang tak eloknya untuk aku, haha. Bila Adriana dah boleh direct breastfeed aku dah jadi malas nak pam susu. Padahal aku boleh ja pam untuk buat stock start kerja. Tapi tu la jadi malas. Hahah. Nak dekat-dekat masuk kerja baru aku buat stok susu untuk Adriana. Aku hantar Adriana dekat mak saudara sebelah Apit, Alang yang mengasuh. Lega bila family sendiri yang mengasuh. Bila aku hantar rumah  Alang aku still bagi susu formula. Sebab aku kan tak buat stock susu. Haha. So, kalau untuk esok harini baru aku pam. Tapi weekend haritu alhamdulillah aku "rajin" buat! Hikhikhik.




Bab milkbooster. Aku memang gigih la nak try milkbooster yang memang ada effect untuk rezeki Adriana. Masa dalam pantang aku suruh Apit beli Ephyra, sebab aku baca banyak sangat testimoni/review yang produk ni sesuai dan bagus untuk perempuan lepas bersalin tambah pulak untuk banyakkan susu badan. Memang kalut ja nak try. Tapi mahal! Haha. Aku dapat harga RM 170 untuk 30 sachet. Semput mak noks. Dah la kalau nak effect lagi bagus minum 2 kali sehari means 2 sachets sehari. Dah kalau macam tu, 1 kotak akan tahan 15 hari jela. Pengsan mak noks kalau nak kena repeat lagi. Tapi sampai harini tak habis lagi haha. Sebab ada hari aku ter-skip. Hikhok. Aku memang minum sehari sekali jela. 






Kalau nak explain keberkesanan Ephyra ni dekat aku, kalau bab susu tu aku memang nampak ada improve. Dapat banyak la dari sebelum aku consume. Tapi tak la bebetul bagi effect macam sesetengah testimoni. Mungkin sebab attitude suka skip dan sekotak pon tak habis lagi kan, hahahahaha! Tapi yang boleh aku cakap, Ephyra ni sedapppppp! Senang untuk di minum dan tak ada bau! Tak macam ESP Shaklee tu, perghhh memang tak tahan der. Mahai jugak tu, dah la tak sedap hahahah! Aku memang tak boleh telan even campur dengan twister or strawberry milk. No, cannot! 




Ini pon salah satu milkbooster yang famous gila dekat ig. Bersepah aku tengok review pasal product ni. Dengan kelemahan imanku dan mahukan yang terbaik untuk Adriana, aku pon beli la! Haha. Sekarang ada promotion, dua botol ni RM70 sahaja. Dah beberapa hari aku consume tapi aku perasan dah effect dia memang bagus. Kira memang betul la review yang dia dok up tu. Tapi aku percaya, apa pon still back to basic concept of breastfeeding- demand and supply. Kalau tak paham konsep macam ni, aku rasa memang susah nak nampak effect or akan rasa tak ada perubahan apa, kan? 





Yang ni sesiapa yang follow Lunatots mesti tau yang this product memang famous dekat situ. Aku dapat this box for free ja. Haaaa nak tau tak breastpump Medela Swing aku tetiba problem. Damn you Medela. Aku tak sure problem apa, maybe motor dia. Because there is no suction when power on. Damn. Memang gelabah la aku. Macam mana kan dah tak boleh guna. Dah la tak boleh guna during weekdays. Aku dok fikir kesian Adriana nak kena minum banyak susu formula dah takda stock susu badan untuk dia dekat rumah Alang. Medela ni still ada warranty dan nak servis kena p service centre dekat Penang, kalau macam tu kena p on weekend la. So, aku bagitau Apit aku nak beli breastpump murah murah ja buat sementara waktu. Entah la, nak kata membazir dan pulun beli baru tuh taktau la. Tapi dalam kepala aku memang fikir untuk Adriana ja. Plus, aku tak boleh bayang tak ada breastpump during working hour. Arghhhhh! Then Apit okay, on. Dan rezeki mungkin, dan nak ringankan beban. Lunatots sekarang ada Breastfeeding Day Sales. Memang sales kaw kaw dan dapat free gift la. So, masa lunch cepat-cepat aku keluar p Lunatots dekat Bandar Laguna Merbok beli breastpump baru. So, The Milk Story Chocolate Drink ni one of the free gift. Aku baru consume harini, so no review yet. Hehe. 



So, breastpump baru aku beli jenis Eve Love Sassy, single breastpump. Even sebenarnya aku nak beli Lacte Solo. Entah macam mana decide nak beli yang ni. Haha. Tapi kakak Lunatots cakap dua-dua lebih kurang sama ja. Cuma yang ni ada screen monitor, so senang untuk kita. Dah la best dapat semua free gift macam dalam gambar tuh hehe. Okay then, aku beli yang ni sahaja. Nanti rajin aku review pasal breastpump Medela and Eve Love ni. Nak kena bawak Medela ke Penang pulak! Erghhh!



Sekian, hihihi
Bye




Just sharing for future reference :) 

3 comments:

Anonymous said...

hi kak. suka baca blog akak.. bila nak update pasal milkbooster habbasyi oil tu??nK tau sejauh mana keberkesanannya.. sebab masa 1st prenancy sy xbyk sgt collect ilmu psl EBM ni..so dpt susukan anak sampai 7bln je..sedey gila rasa...dah niat dari now kalau ada rezeki pregnant lg mmgnk berusaha sungguh2 full BF! thats y skunk byk baca psl BF ni... hope akk sudi share psl Booster ni.. tq =)

wanie said...

Hi, thanks sudi baca. InsyaAllah nanti I update review. Asyik tertangguh ja. Hee.

Anonymous said...

tq.. can'n wait for it!! heheh