Monday, May 18

CUKUR RAMBUT

Assalamualaikum. Hello.


Sayang gila bila tengok rambut Adriana yang lebat dan lembut tu bakal di gondol. Haha. Tapi tak pa la, positif ja yang nanti naik rambut baru lagi elok. Orang cakap tak elok kan biar rambut yang dari dalam perut tuh. Kalau ikut sunnah, elok cukur hari ke 7 kan. Tapi mak bidan yang mengurut aku tu, dia boleh cukur rambut sekali. Jenis dia kalau nak cukur, dia nak tunggu pusat luruh dulu. Ke memang kena macam tuh? Haha tak sure.  Alhamdulillah Adriana hari ke-9, 16 March dah luruh pusat dah. 



Cukur jambul buat hari ke-13, 20 March Jumaat. 










Cinta hati mummy daddy. Tengok la rambut tu, lebat ja. Adriana suka buat muka macam ni. Bila dia tidur, then ada orang kacau, nanti dia bukak tengok sebelah mata dulu. Hahah. Bambam mummy! Hihi. 




On the day Adriana nak kena cukur rambut. Sedih hati mummy tau tengok rambut anak nak kena cukur. Haha. Adriana chill ja, tidur macam biasa. Hahaha! 



Haa siap kena bedung dengan kain batik lagi. Ayu ja nampak, hahah! Yang bagusnya dia tak heran pon, slumber ja tidur macam tak ada apa jadi. Padahal kalau waktu biasa, nak bedung pon tak mau. Boleh bedung dari dada ke bawah ja. Tapi masa cukur ni, wahh kemain lagi asyik lena. Ke mak bidan ni ada baca apa-apa dulu? Hihihihihi :) 




Sedapnya tidoqqqq! Macam orang tak buat apa-apa dekat dia tuh! Hahaha. Dah la mak bidan tuh pakai pisau cukur macam tu, seriau betoi aku tengok. Dah tu pulak, sambil buat sambil rancak dok menyembang. Tapi tau la kan dia memang dah expert. Tapi still la wehhh seriau. Dah la sedih tengok hahaha! 



Lepas dah siap cukur rambut. Mak bidan ni bagi mandi sekali. Mandi air limau purut tuh. Sedap ja ha dia mandi! Sikit pon tak kisah. Good girl anak mummy! Lepas siap mandi, mak bidan tu yang siapkan Adriana sampai lengkap semua. Rasanya memang macam tu kot ehh, dia akan selesaikan semuanya. Lepas dah siap pakaikan baju semua, dah letak bedak sejuk dekat kepala dia. Mak bidan tolong potong kuku Adriana. Huish, dia potong pakai gunting kecik yang besi tuh ja weh. Ish seriau jugak aku tengok haha! Tapi tajam la, senang ja dia potong. Kuku baby pulak lembut kan, sebab tu senang ja potong pakai gunting tuh. Hehe. 




Si botak! Hihihi.




Okay bye! 

No comments: