Tuesday, May 19

MAJLIS KESYUKURAN DAN AKIKAH

Assalamualaikum. Hello.



Pada 28 March, hari ke-21. Dengan selamatnya buat Kenduri Akikah dan Kesyukuran untuk Nur Adriana Farisya. Dah lepas dah, lega rasanya. Kalau nak tau abah mertuaku jual lembu dan kambing, kerbau pon ada. So, senang la. Rezeki haha. Yang suami meniaga ayam, kihkihkih. Jadi, Tok Abahnya sponsor kambing untuk cucu ke-4 nya. Alhamdulillah. Memang untuk cucu-cucu sebelum ni pon abah sponsor, hihi. 



Jangan kata kambing akikah dan semua hal hidangan kenduri ja di sponsor, buaian/baby coat atas ni pon di sponsor. Di sponsor oleh Tok Mama Adriana. Aku tak prepare apa pon, sebab aku berpantang dekat rumah Mak. Buat kenduri akikah ni dekat rumah MIL. Lepas kenduri akikah ni baru aku berpantang dekat rumah MIL. Tapi minggu last nak habis pantang, sambung berpantang rumah Mak balik. Haha suka hati ja pi mai pi mai. Dekat ja, apa ada hal! 

 Yang deco ni pulak, kakak iparku yang buat. Tak kisah la macam mana. Janji benda yang penting atau pon tujuan asal majlis selesai. Kiranya kenduri ni sekali dengan berendoi. Ada marhaban sekali. 



Haaaa, outfit Adriana from top to toe pon di sponsor. Hahah alhamdulillah syukur. Tok Mama dia yang beli, hehe. Tengok la si bambam ni, tidur pon terkangkang. Tak mau nak bedung sangat kan? Hehehe. 



Outfit mummy daddy dia ja sendirian berhad. Hahaha! Tapi baju mummy Adriana tu daddy la sponsor. Huahaha. From dreemika, beli masa mood republik. Sempat lagi beli masa pregnant. Selamat la lepas bersalin memang muat pakai. Confident ja kan beli size, padahal taktau lepas bersalin nak jadi size macam mana hahaha! 


Jenis entry aku semua throwback ni. Masa dalam pantang kalau ikutkan ada ja masa nak update blog, lepas pantang sebelum masuk kerja pon sama. Tapi saja la kan, precious time with family lagi penting. Gittewww! Hahaha.



Bye. 



Bakal menyusul lagi entry-entry throwback! Wakakakaka! 


No comments: