Monday, May 11

PART 1 : KISAH BERSALIN

Assalamualaikum. Hello.


MasyaAllah, lamanya nak ambil masa nak update blog. Nak share the very important entry. Haha. Aku dah start kerja harini, as usual aku curi masa update blog. Sebab baru masuk kan, aku kena refresh balik benda apa kena follow up. So, chill lagi. Haha! Half of this entry aku dah type masa dekat rumah, entah la dekat rumah nak update blog tapi jadi malas. Haha. 


Jom ceritaaaa!!


Actually aku dah rasa lain macam masa hari Jumaat, 6 March tu. Siangnya dengan happy dah pergi Pulau Sayak dengan husband and friends, makan mee udang. Haha dengan penuh konfiden sebab aku tak rasa apa-apa tanda pon. Tapi balik malam tu, aku rasa baby dalam perut kemain aktif. Serious aktif sangat sampai obvious boleh nampak perut aku bergolak. Aku cakap dekat Apit, baby nak golek puas-puas dalam perut kot. Tapi chill lagi sebab just rasa dia golek yang extreme ja. Tak rasa apa-apa tanda yang menunjukkan nak bersalin pon like contraction.





Tapi keesokan hari, Sabtu 7 March. Lepas ja bangun dari tidoq aku rasa macam sakit perut semacam dah. Aku bukan jenis yang setiap kali period akan alami period pain, tapi pernah la jugak rasa period pain tu. Dan aku ada baca yang contraction tu macam period pain tapi lagi sakit. So, sakit perut yang aku rasa masa tu memang macam period pain pon. And ada satu masa tu aku notice ada keluar "tanda" dekat pantyliner yang aku pakai. Tapi sikit ja. Tapi chill lagi masa tu, dah la Apit pon tak balik kerja lagi. Aku tak bagitau dia yang aku dah start rasa sakit dan ada keluar tanda. Sajaaaa, haha. Sebab kalau aku bagitau masa dia tengah kerja nanti dia kalut. Husband iolss tu boleh tahan jugak kalut dia. Kang baru bagitau macam tu dia ingat aku memang nak bersalin dah la pulak kan! Hikhok. Tapi memang dia ada call tanya, ada rasa sakit dak. Aku bagitau ja ada tapi bukan nak bersalin lagi hahaha.


Lepas Apit dah balik dari kerja, aku rasa contraction tu boleh gagah la makin sakit. Tapi sakit yang boleh chill chill lagi waktu tu. Tapi MIL advise suruh p hospital dah check. So, lepas zuhur kami keluar pergi hospital. Bila pergi hospital, terus pergi dekat emergency. Dan pak guard dekat situ amik wheel chair nak suruh aku duduk. Padahal aku boleh ja jalan lagi, haha. Buat teruk pulak kan? Hehe. Then terus naik level 1 masuk dalam labour room. Aku taktau pulak tu labour room hahaha. Sebab aku ingatkan labour room ni macam operation theatre kan banyak segala segi equipment bagai tu hahaha. Rupanya simple ja pon. Jakun sat. Dah masuk labour room, nurse pasangkan alat yang untuk mesin CTG tu, and dia check bukaan. Rupanya baru 1 cm hokay. Maksudnya bukaan tu tak terbukak mana pon la, sebab a week before ada check up and doctor check memang bukaan baru 1cm ja. Haha.


Then lepas tu, kena tunggu dulu sampai habis CTG tu. 7hb tu hari Sabtu, and Sabtu dekat ASC off day. So, nurse advise aku suruh balik dulu since bukaan baru 1 cm. Lambattttt lagi. Plus, doctor gynae yang aku consult tuh pon suruh balik dulu. Nurse just call dia ja since dah off day kan, plus baiknya dia sebab tak bagi aku admit since off day. If aku admit jugak payment ada extra charges la. Then dia pesan kat nurse tuh " Suruh Azwanie balik dulu. Cakap kat dia kalau dia sakit guling guling atas katil, maksudnya baru 3cm la tu. Kalau dia sakit macam nak tendang orang masa tu da 6cm. Haa masa tu suruh dia mai hospital" Hahahaha mana ada lawak pon nurse bagitau aku macam tu masa aku tengah nervous. Then aku tanya nurse, "Agak agak kalau macam ni kena tunggu berapa lama pulak baru saya tau saya nak bersalin dah? " Bagus dak soalan aku? Hikhok.  Nurse tu cakap depends. Tapi suruh aku kira sakit contraction tu makin kerap macam mana. 


Then lepas dah settle CTG. Terus balik singgah lunch dulu then balik lepak dekat rumah jaa. Balik dari hospital tu terus rasa makin sakit makin sakit. Tapi still aku boleh tahan la, cuma niat nak tidoq petang tu tapi tak boleh. Lepas ja maghrib, keluar dengan Apit pergi bank and suppose memang nak makan sekali. Tapi aku rasa makin nak tendang segala benda dah masa tu. Sat oke, sat lagi dia mai menyerang. Then aku suruh Apit tapau beli nasik lemak ja balik makan dekat rumah. Haha. Sebab aku tak selesa kalau nak makan dekat kedai. Lagipon bukan  berselera dah pon nak makan masa tu, sakit woihhh! Memang taktau nak cakap macam mana sakit dia, tapi macam aku cakap laa lebih kurang rasa sakit macam period pain, tapi lagi DASYAT! Dasyat tu yang taktau nak describe! Hahaha. 


Lepas makan malam tuh, terus naik bilik. Masa makan pon aku dah rasa macam malas nak telan dah sebab sakit woih! Masuk bilik tu memang makin sakit makin sakit. Masa tu ada la kot dalam pukul 10 lebih dah. Aku bagitau Apit yang memang aku tak tahan sangat dah! Dia masuk bilik PIL bagitau, then Mama memang suruh p hospital and terus admit ja. Nervous nokss! 


Sampai ja hospital, pak guard terus tolak aku naik labour room sementara Apit nak parking. Then bila nurse check dah bukak 3cm. Baru 3cm? Sakit macam tuh baru 3cm, aku dok bayang dah macam mana lagi sakit dia bila nak dekat bersalin. Huwaaaa! Then nurse cakap nak masukkan ubat berak. Lepas a few minutes dia suruh masuk toilet. And dia jugak cucuk ubat untuk tahan sakit ke apa entah. Nurse cakap Dr. Halimah suruh inject ubat tu dulu sebab memang lambat lagi gayanya tu. Huahuahua. Masa masuk ni nurse buat CTG jugak, lepas dah settle CTG nurse suruh masuk wad. Apit dah settle kan admission masa aku dalam labour room. 


Then masuk wad, bertarung dan berperang dengan contraction lagiiiii! Arghhhhh! 



Ni la muka masa baru masuk wad dan berperang dengan contraction! 
Hahahahaha sempat jaa okay snap picture, sebab tengah tunggu Apit! 




Okay nanti aku sambung lagi! 


Bye!

2 comments:

safiyyah osman said...

Hahahha oi awat sambung..aku puny tggu lama kot hg cerita..kakakaka..

safiyyah osman said...

Hahahha oi awat sambung..aku puny tggu lama kot hg cerita..kakakaka..