Tuesday, May 12

PART 2 : KISAH BERSALIN

Assalamualaikum. Hello.


Okay, jom sambung! 
Memang long entry, aku malas buat part dah.
Banyak pulak masa aku, hikhikhok! 



Last entry stop dekat masuk wad kan? So, lepas ja masuk wad. Bertarung lagi dengan sakit contraction. Makin lama makin sakittttttttttt gila! Aku ajak Apit tidur sekali atas katil tu sebab kesian nak biar dia tidur atas sofa kecik dekat situ. Mana selesa pon. Dah tidur satu katil tu memang dia rasa la kan action aku yang dok asyik tendang tendang hujung katil tu, hahahaha. Dia suruh aku sabar, suruh aku zikir. Baca doa. Memang berzikir la. Tapi sakit tak tahan wehhh! Memang aku main hentak hentak kaki jela weh! Haha. Tak silap aku, aku keluar dari labour room and masuk wad tuh dalam pukul 1 pagi lebih laa on 8 March tu. 


Then lepas dah aku tak tahan sangat dah tanggung sakit tu, dan tak larat dah dok main tendang tendang hahahaha. Aku bagitau Apit yang memang tak tahan sangat dah. Apit masa tu aku rasa baru nak terlelap kot hahaha kesian. Then Apit bunyi bell and nurse masuk bilik. Aku cakap yang memang dah tak tahan gilaaa dah sakit tuh. Then bila nurse check dekat situ, dia bagitau dah bukak dalam 6-7cm. Huwaaaaaaa! Ada nurse lagi seorang masuk bawak wheel chair then depa tolak aku masuk labour room. 


Tak silap aku masa tuh dalam pukul 3 pagi lebih rasanya. Then masuk labour room, nurse tuh keluar tinggal aku seorang dalam tuh. Nak p mana wehhh? Aku sakit nih! Sobss. Then nurse masuk bagitau yang dia dah call Dr. Halimah. Doctor pesan suruh bersabar and banyakkan zikir. Yaa, doctor! Nurse pesan dekat aku, tahan sakit tu tapi jangan teran. Memang aku ada menjerit jerit sakit la jugak hahaha. Then nurse bagi Apit masuk. Pegang tangan aku and pesan suruh zikir and doa bila sakit. Aku nampak nurse macam dok prepare barang dah. Tapi aku macam tak peduli sangat dah dengan sekeliling, sebab aku sibuk dok tahan sakit. Dasyatt wehhh! Hahaha. 


Lepas tu, ada a kot a few minutes, ke tak few sangat, Dr. Halimah masuk. Dia dengan cool dia la, haha. Aku suka Dr. Halimah ni. Recommended! Serious! Masuk senyum, aku memang dah tak mampu senyum dah. Suppose memang next check up aku 8 March tu, sebab tu masa aku pergi hospital on 7 March dia suruh balik dulu and datang esok tu ikut appointment ja sebab bukaan baru 1cm. Lepas tu dia seluk masuk dalam. And dia suruh aku push bila sakit. Aku taktau la masa tu dah bukak berapa. Aku tak tanya. Dah takda perasaan nak ambik tau apa masa tu sebab sakit gilaaaaaa! Mula-mula nurse yang ada dalam tu seorang ja okay. Then makin lama sampai aku habis bersalin ada 3 nurse okay. Hahaha.


Doctor bagitau yang dah nampak rambut baby.
"Haa push lagi Azwanie bila sakit. Pushhh. Dah nampak rambut tuh, lebat haa rambut baby" 
Nurse pon semua memang support la.
"Push Wanie push, teran macam nak berak sembelit tuh"
Masa sakit macam tuh mana aku nak ada perasaan ingat dah aih nak berak sembelit macam mana. Hahahah. Doctor memang dok push aku suruh push laaa kan. Tapi aku ni bila first push tu memang betul push, tapi bila dah curi nafas nak push balik dah tak jadi push. Tu yang Doctor cakap,
"Kamu boleh push, tapi bila kamu stop nak push balik dah tak jadi dah. Try push bagi sama".

Stress aku wehhh stresss! Hahaha! 


Nurse pesan suruh tengok pusat masa nak push tu. Sebenarnya ada la jugak part2 yang nurse cakap and suruh tu macam lawak. Tapi hang mampu ke nak gelak masa sakit weh? Tidak laaa! Simpan jela rasa nak tergelak tu! Apit pon dok bagi support suruh push. Apit ada sebelah aku masa aku nak bersalin tu. Salah satu sebab aku pilih nak bersalin dekat private, sebab aku nak Apit ada sama-sama dengan aku waktu waktu macam tu. Penting sangat dia ada. Lepas aku tak rasa sakit dah, bila time rest, aku pandang muka dia. Dia pesan suruh push bebetoi, kesian dekat anak lama-lama dalam tuh, sobs sobs. 


Then, lepas dah banyak kali aku push tapi tak berjaya. Doctor  suggest guna vacuum sebab takut lagi lama nanti baby lemas. Aku pandang Apit, Apit cakap proceed ja. But still la bila guna vacuum kena push jugak. Sebelum tu, sebelum doctor advise guna vacuum, doctor bagitau yang dia kena gunting sikit. Serious tak rasa sakit. Haha. Cuma rasa la macam dia gunting, tapi tak sakit sangat pon la. Sebab dalam kepala hang nak keluarkan baby tu ja kan? Masa doctor masukkan vacuum pon terasa laa macam dia 'buka' untuk masukkan benda tu but still tak ada perasaan sakit. Lepas dah masukkan vacuum lagi laaaa banyak drama terjadi. Nurse yang mulanya seorang tu, dah jadi 3 orang. Semua dok bagi support sampai aku rasa macam bising. Macam nak menjerit "Hampa diam boleh dak?" Hahahahahahha serious wehhh rimas aku! 


"Push Wanie, kesian dekat anak lama dah tak keluar lagi".....
"Wanie push lagi wanie. Push wanie, push tengok pusat tuh." .....
"Cepat Wanie push, anak nak keluar dah tuh"


Tapi dalam rimas tu, sebenarnya depa jalankan tanggungjawab depa dan nak tolong aku jaa. Memang lepas tu kerja aku pushhhh ja sampai aku tak sedar bila baby dah keluar. Tau tau ja doctor dah letakkan anak perempuan pertama aku atas badan aku. Letih. Sumpah letih. Letih push dan letih dengar suara-suara nurse tuh kahkahkahkah. Ada sampai satu masa, masa hujung hujung dah tuh depa dok tepi tepi aku dok tekan perut aku ka buat amenda entah. Ahhhh. Masa doctor letak baby atas badan, rasa puas. Lega yang Allah ja tau!
Bersyukurrrr. Aku pandang sebelah tengok Apit, dia senyum dekat aku, dia usap dahi aku.
Wanita paling bahagia! 



Alhamdulillah tepat 5.53 pagi, 8 March aku berjaya lahirkan puteri sulung kami. Amanah Allah. 



Masa baby lahir, masa doctor letak atas badan aku. Dia tak menangis. Then Apit yang bagitau aku lepas tuh, nurse masukkan macam tiub dalam mulut dia. Then baru aku dengar baby menangis. Apit bagitau jugak, yang masa baby di letakkan atas badan aku tu memang nak biru dah. Means maybe dia dah almost nak lemas. Sebab tu sama dia tak menangis. Alhamdulillah syukur Allah permudahkan. Aku sedih bila Apit bagitau macam tu, what if aku tak try hard push lagi? Nauzubillah. Tuh la yang aku cakap, even aku stress dengar nurse semua tu dok bising bising suruh push, still rasa berterima kasih dekat depa. 


Pergh letih jangan cakap laaa weh. Then sampai masa part nak menjahit. Nurse dah suruh Apit keluar masa tuh. Apit pon cakap nak keluar, nak iqamatkan baby then nak terus solat Subuh. Doctor inject ubat kebas. Then dia cakap takpa, tak banyak nak kena jahit. Kalau sakit bagitau. Masa dia tengah menjahit tuh, ada seorang nurse dok bersembang dengan dia. Nurse tuh jugak la yang aku rasa annoying sikit. Apit pon kata dia tak suka cara nurse tu masa paksa aku push hahaha! Then aku rasa macam Doctor tu pon rimas or tak bolek fokus kot masa menjahit aku, dia suruh tu buat something yang nurse tu kena keluar dari labour room. Haha lega aku! Tapi seriously jahit tak sakit langsung. Ada laa rasa macam seriau sikit bila setiap kali terasa jarum tuh. Tapi tak sakit pon. 


"Oke la awak, badan kecik ja tapi baby sampai 3.6kg. Sebab tu awal tadi saya tanya tinggi awak berapa, berat awak berapa. " 


Hahaha. Alhamdulillah aku berjaya lahirkan secara normal even gunakan kaedah vacuum.
Tak payah nak c-sect. Syukur. 



Ini gambar fresh from oven, daddy dia yang snap.
Pipi tuh, haish geram nak gigit gigit jaaaa! Hehe.



So, kalau tanya aku sakit tak bersalin? Sakit tak kena jahit? Jawapan aku tak! Bukan tak sakit langsung. Cuma nak bersalin tu masa push jela. And masa jahit sebab dah di biuskan dan alhamdulillah doctor tu buat kerja cermat, tak terasa la.


Bila doctor datang visit pon dia cakap
"Awak ni jenis tahan sakit ya, cuma tu la awak tak pandai push"
Hahahahahahaha!
According to aku relaks jela kot masa dia gunting or masa dia jahit.
Sebab dia bagitau ada patient yang macam nak tendang dia pon ada kalau part nak kena jahit tuh. 


Tapi kalau tanya sakit tak contraction?
 Yang tu memang jawapan aku, dasyatnya sakit tu! Hahahah.
Tak boleh nak explain macam mana, tapi memang sakit yang Allah ja tau. 


Hari ke-4.
Bambam mummy nih! Geram aku. Masa ni tak kecut lagi. Kan orang cakap masa baru keluar memang nampak besar tembam, then lama dia kecut la haha.



Hari ke-11! Memang rambut baby lebat. Dan lembut. Lebat tu ikut rambut aku, hehe. 
Nampak muka macam mummy ke macam daddy? Hihi. 




Seperti yang didaftarkan, itu la nama puteri kami. Aku dah berkenan dengan nama Adriana dah lama gila dah. Masa sebelum pregnant pon aku cakap, kalau anak perempuan nak nama Adriana. Haha. And aku cakap, anak kami mesti pangkal huruf kena ada A dan F or F dan A, tak kisah mana dulu. Apit pon okay since dah anak perempuan, dia cakap okay takpa aku pilih nama. Hehe. 


Sampai la hari dah bersalin pon aku still taktau untuk huruf F tuh nak letak nama apa. Even actually dah list out pon nama tapi rasa macam tak kena pulak. Then mak aku suggest letak Farisya. Apit pulak cakap dia pon rasa nak nama tuh, sedap. So, aku cari maksud Farisya.
 Dan tadaaaa baby ada nama dah hehe.



Nur - Cahaya
Adriana - Nisbah
Farisya - Kesejahteraan 



Bye!

No comments: