Wednesday, May 27

SLEEPING BEAUTY

Hello! :)



Awal-awal pagi masuk kerja pon dah rindu anak. Acaner? Hehe. 


Such a heartbreaking every time lepas hantar Adriana p rumah Alang! How I wish I can jaga and ada dengan dia 24/7 like during that confinement leave haritu. Sobs. For the time being, aku tak pernah terfikir untuk quit job and jaga anak. Seriously, I want so bad. Mak mana yang takmau kan jaga anak sendiri. But I can't. With these days punya keadaan kewangan, absolutely no. Even between aku dengan Apit, to be honest memang Apit yang banyak keluarkan duit even aku kerja. Sebab Apit jenis tu, contoh macam kereta aku sendiri ada hal pon dia yang nak bayarkan. Thanks husband! Seriously aku rasa bersyukur sangat sebab jodoh aku dengan Apit, Apit business sendiri. Kadang-kadang macam terbayang, macam mana la kalau dua-dua makan gaji. But I believe, pandai urus duit then it should be no problem. Even Apit banyak keluarkan duit, for certain things, still aku rasa puas bila aku dapat beli and dapat apa yang aku nak guna duit sendiri. Tambah pulak sekarang ada Adriana, lagi la. Apa yang aku rasa nak beli dekat dia, berkenan ja. Aku beli hehe. Especially baju. Sebab aku jenis gila beli baju. So dah berjangkit beli dekat anak pulak.  Tapi aku beli selalunya yang besar la, tak exactly ikut size dia. Sebab kang macam membazir pulak kan sebab baby kecik lagi hehe! Tambah lagi, in process nak beli rumah nanti. Lagi la big no for me to be a housewife. 
In future tak tahu lagi kan Allah tentukan macam mana :) 


Rindu anak ja, swipe phone, then open gallery. Tengok gambar-gambar and video Nur Adriana Farisya. Crazy mommy! I can't stand, rindu! Hehe.






My forever sleeping beauty! 
Bambam mommy daddy :p 










Dalam kereta every time hantar and ambik dia dari rumah Alang mesti aku sembang dengan dia. If waktu tu dia tak tidur laa. Selalunya kalau hantar pagi memang dia tak tidur, sama ada memang dah terjaga dari awal atau dia terjaga masa aku angkat dia nak masuk kereta. Time balik kadang-kadang dia tidur, aku angkat masuk kereta dari rumah Alang pon dia tidur lagi, haha. Kalau sembang tu, sekarang dah pandai dah nak ajak sembang. Bunyi itu ini dah, senyum dah pandai. Marah kadang-kadang bila kiss dia non stop pon dah pandai. Daddy dia la selalu acah kacau kiss dia. 


Dah pandai tengok muka kita, tengok ke mata kita terus nak ajak sembang. Paling cair time menyusu dia, dia tenung muka aku, tengok mata macam sayu goda macam tuh. Then nanti dia stop menyusu lepastu dia senyum. MasyaAllah, nikmat Allah ja tahu. Happy gila masa tu! Geram! Hehe. 


Bila tengok time dia tidur jadi geram. Rasa macam nak kacau sampai bangun. Tapi kadang-kadang bila bangun buat perangai, nak suruh dia cepat-cepat tidur. Hahaha, mommy's problem!  
Tapi, sangat tenang tengok muka anak waktu tidur :) 


Allah bagi ujian dulu, rupanya Allah nak bagi lagi yang lebih bermakna dan nak lebih menghargai. 
Syukur Alhamdulillah! 



Okay random. Till next time.



Bye! 

No comments: