Thursday, June 4

HUSBAND'S BIRTHDAY

Hello June! 


June ni penuh dengan tarikh-tarikh penting dalam hidup aku. I like! 


On 1st June was my husband's birthday! Happy 26th Birthday, dear husband! Entry lambat up jeee. Tapi dah wish and have a little celebration dah! Susah kalau nak celebrate birthday husband ni follow the way yang aku berangan and plan. Sebab nanti kang last minutes dia takmau. Alasan jangan membazir. Part aku nak bawak keluar duit ja mesti susah benor dia nak setuju! Aku ni dah plan cantik punya ambik cuti on that day dan sengaja set appointment dengan dentist on the same date. Sebab aku boleh pergi appointment pagi sementara dia tengah kerja. Then dia habis kerja baru boleh dating berdua. Hehe yap aku choose untuk keluar berdua ja dengan husband on his birthday. Sebab weekend tu Apit dah cuti sehari. So hari tu dah bawak keluar Adriana jalan-jalan dah. Sorry Adriana, mommy daddy nak dating berdua jaa! Hikss! 


On Saturday, dah bawak budak bulat ni keluar jalan-jalan! Hihi :) 


Suppose aku ada plan baik laa nak treat dia. Nak ajak dia pergi Penang island tapi tetiba dia cakap kita pergi yang dekat-dekat jela. Tak payah la nak treat special-special sangat. Huwaaaaa ketok kepala mau? Selamat aku tak book lagi tempat yang aku plan nak pergi tu, coihhhh! Sebab aku rasa akan jadi macam ni laa. Sebab keadaan dia balik kerja unpredictable. Kadang-kadang okay, kadang-kadang bila dia letih sangat memang dia malas keluar jauh sikit. Tapi paham la, memang letih kerja kan. Tapi tetap laaa aku rasa macam tak best! Hahahaha. Mula-mula aku nak jaaa drive bawak dia pergi tempat tu, tapi dah dia insist cakap tak payah. Baiklah suami! 




Tengah sibuk melayan whats app peminat wish birthday lewteww. Menyampah iolls! 
See, haritu kami pergi Sunway Carnivall ja. Then bila tanya nak makan apa, dia cakap Nando's pon boleh. Okay lah sayang, ikut ajaa! Selalunya memang ini cara kami, kalau ada hari special, keluar berdua, makan dekat mana-mana tempat yang kami suka! Just simple like that. Tapi aku suka, senang! Hahahahah! 



And sebab aku memang plan nak keluar berdua. Sebab nak tengok wayang. Kiranya rekod la untuk kami, dah nak dekat 3 bulan tak tengok wayang bersama. Tapi biasala dah ada anak kan, kalau tak, tengok wayang memang activity wajib kami akan buat at least once in a week masa berdua dulu. That's why, bila tak ada anak, just enjoy hidup berdua. Jangan stress. Bila dah ada anak sekarang, enjoy cara ada anak pulak. Pon jangan stress. Sebab bila dah dengan orang yang kita sayang, enjoy jaa the time we spend together tuh! Kami pilih untuk tengok movie Spy. Hilarious! Aku gelak tak ada cover punya. Bila habis gelak besar kan, tetiba teringat anak. Hahaha. 
Adriana, awak menghantui hidup mommy di mana-mana pon okayyyyyy! 



Dear husband,
Happy 26th Birthday.
Adriana and I love you so much! 
Xoxo! 

No comments: