Monday, June 22

KAIN RAYA

Pasal raya kau noks? 


Baru hari ke-5 puasa dah nak cerita bab raya? Biar betul ni? Tak ada cerita puasa? Hahahaha! Kalau di izin Allah umur panjang, raya bertiga la tahun ni. InsyaAllah. Excited gilaaaaa! First raya as suami isteri dulu memang berdua, second raya as suami isteri, boleh di katakan bertiga la jugak. Tapi yang ketiga tu still dalam perut. Masa tu aku tak ingat la baru berapa weeks ja kot pregnant. Raya tahun ni, raya ketiga as suami isteri, alhamdulillah ada anak. Raya ketiga ada orang ketiga, hehe! Aku dah nampak dah yang shopping bagai semua nak ke sapa dulu raya ni! Hihi.



Dan raya tahun ni boleh di katakan lambat jugak la aku beli kain untuk baju raya. Dulu memang awal gila, sebelum puasa dah beli dah weh. Kadang-kadang awal a few months before puasa. Tapi tahun ni memang lambat. Dan sebenarnya harini baru aku pergi beli kain untuk buat baju raya! Haha. Sebab busy dengan Adriana sama kot. Lagipon kepala otak aku dok fikir nak beli kain apa la kan tahun ni. Mula-mula aku ingat nak buat baju raya dari kain-kain cotton Indon yang aku beli tu ja. Tapi aku nampak macam biasa ja pon, maybe sebab kain-kain tu aku nak buat blouse macam aku pakai before this ja, so tak jadi. Dah la pikir nak beli kain macam mana, dok fikir jugak nak pilih color apa la pulak raya ni. Masalah betoi jadi perempuan nih! Hahaha! Apit dia tak kisah punya, ikot suka laa, dia ikot ja. Janji jangan color pelik pelik tak sesuai dengan dia sudah! 



So, tadi waktu rehat aku keluar sebab nak pergi Manjaku belikan baju baru dekat Adriana. Kesian dia baju dah banyak tak muat. Paling yang nampak tak muat baju tidur. Haha so tadi pergi la beli lagi. Alang-alang dah keluar, aku terus ja pergi Gayathiri. Gayathiri tuh kedai jual kain saree India. Haha. Nauzubillah la masuk situ, hang memang kena tahan hidung hoi. Tapi sebab aku rasa bosan nak cari kain-kain dekat kedai tekstil biasa macam Jakel, Nagoya bagai tu. Sebab tu aku decide this year nak cari kain saree jugak buat baju raya. Sama macam last year. Yep last year pon aku beli kain saree jugak buat baju raya hihihi. 



Rambang mata la jugak! Tapi banyak yang aku nampak this year, beading dia heavy sangat. Color ada ja yang menarik, tapi dekat beads tu serabut sangat. Terus aku jadi blur nak pilih. Last-last aku jumpa color yang aku berkenan tapi tengok simple sangat pulak. Tapi di sebabkan aku malas dah serabut pikir nak pilih, aku ambik ja. Janji color tuh aku berkenan, hikhikhik! 



Raya 2014!

Aku pilih kain saree jenis chiffon. Jarang, so kena lining. This year pon aku pilih jenis chiffon jugak! 
Sebab lambat sangat beli kain raya tahun ni, mak aku sampai tanya la. Tak ada baju raya ka tahun ni? Hahahahaha. Padahal dekat rumah tuh, ada ja pon 3/4 pasang kain lagi tak buat. Mak nak buat yang tu ja, tapi aku cakap takmau. Nak yang lain, wakakakakaka! Yang ada tuh buat la jugak, tapi nak pakai raya yang ke 2 3 4 5, gittewww! Dah aku cakap macam tuh terus mak kata, tak pa la, tak payah. Simpan jela dulu. Hahahahaha padan muka! Tahun ni memang mak dah zero tempahan untuk raya, mak memang tak ambik tempahan dah. Elok la jugak, kalau tak kesian tengok banyak-banyak sangat nak kena buat. Itu pon still ada jugak yang dok pujuk nak hantar. Selamat kali ni mak bebetoi firm tolak semuanya! Hehehe. Cuma haritu ada tempahan pon sikit-sikit yang mana untuk pakai kenduri saja. Hihi.




Okay, nak balik dah!
Bye! 

No comments: