Tuesday, June 2

KISAH BRACES : ALMOST THERE

Lamanya baru nak continue kisah braces ni! Hahaha. Serious memang nak dekat setahun ni weh! Sebab suppose aku pakai braces last year before puasa. Tapi tengok la sekarang dah nak masuk puasa lagi pon tak settle lagi, kihkihkihkih! 





Hahahahaha marila kita sambung weh! Okay macam ni. Last year before aku found out aku pregnant, aku sempat cabut 2 batang gigi. Then untuk next appointment cabut lagi 2 batang gigi, aku dapat tau yang aku pregnant waktu tu. Tapi aku pergi jugak klinik on the date of appointment tu. Aku bagitau doctor yang aku pregnant, then dia advice hold dulu cabut gigi tu sampai la dah masuk second trimister. Macam yang doctor cakap awal-awal masa nak pasang dulu, braces memang tak akan bagi apa-apa kesan dekat baby. Maksudnya kalau pasang braces time pregnant memang tak akan ada apa kaitan dekat baby. But then kalau time pregnant baru nak start semuanya memang tak boleh, maksudnya macam x-ray gigi kan. Memang tak boleh, macam semua tau la x-ray tu memang tak elok pon. Bahaya. So, dalam kes aku. Aku x-ray before pregnant lagi. Macam cabut gigi pon tak di galakkan cabut masa 1st trimister. Senang cakap 1st trimister memang hang jangan buat apa-apa yang memudaratkan. Kalau boleh manjakan jela diri hang tu, dan layan morning sickness tu hehe. Tapi untuk aku, alhamdulillah tak morning sickness melampau. Light light ja dia bagi, boleh handle. Hihihihi! 



Bila dah masuk 4 ke 5 bulan entah, kira dah boleh la set appointment lain untuk cabut gigi. Aku tanya doctor dekat klinik KK, kebetulan ada check untuk gigi masa pregnant. Dia cakap okay, tak ada masalah, boleh ja proceed. Lepastu pulak ada appointment dengan Dr. Zainol, tanya lagi pasal ni. Aku tanya pasal nak cabut gigi and nak pasang braces. Dr. Zainol advice suruh hold kalau boleh hold. Sebab dia cakap, cabut gigi and pasang memang tak ada masalah. Cuma bila nanti dah pakai braces, takut aku jadi tak lalu makan, susah makan. Haaa yang tu yang takut effect baby. Hehe. So, dah dia cakap macam tu Apit pon tak bagi la. Dia pon suruh call Dr. Husli tanya if nak postpone lagi boleh tak. Alhamdulillah Dr. Husli boleh consider tapi dia bagi tempoh dalam masa 3 bulan lepas delivered sahaja. 



So, bila aku dah bersalin haritu, ada la kot lepas seminggu aku bersalin. Aku call klinik nak inform pasal aku dah bersalin and nak set appointment baru untuk cabut gigi. Okayyy set! Hahaha nervous hoi dah lama tak cabut. Punya lamaaaaa gila postponed. 



Appointment tu set on 29 April lepas. Aku bawak sekali Adriana. Hahaha. Ingatkan dia okay ja sebab selalunya petang dia tidoq. Rupanya dia tau yang bawak dia keluar, tak tidoq. Siap berak lagi waktu tunggu giliran aku tu. Hahaha. Masuk kereta terus tukar diapers dia. Adriana oh Adriana. Lepas tu masuk klinik balik, dia dah mula buat perangai. Apa lagiii, sebab mengantuk dah laa. Mulut tak boleh gonggong apa, nak bebai laa. Even dah bagi susu botol hahah! Then tetiba dok main-main pujuk dia, sampai turn aku. Haaa dari dalam bilik tu dengar suara dia saja. Mula-mula slow slow, lama-lama makin kuat menjerit. Doctor Husli tu kan aku cakap baik, dia dok sembang pasal anak la. Then bila dia dengar Adriana menangis macam tu, dia suruh aku keluar dulu. Bagi susu apa dulu then nanti masuk balik heheh. Bila dah keluar tu tengok-tengok dah diam pon, daddy dia berjaya pujuk and bagi tidoq. Tapi aku nursing dia jugak. Nak bagi dia lagi nyenyak. Then baru masuk bilik balik. Hehe kesian daddy! :p 



Before aku keluar nursing tu, memang doctor dah cucuk ubat kebas pon. And dia check balik condition gigi aku. And guess what? Dia bagitau ada 7 gigi yang berlubang and kena tampal. 7 batang okayyyy, bukan sikit okay. Duit okay! Hahaha. Lepastu dia tanya la aku kenapa boleh jadi macam tu, ada alah gosok gigi ka masa pregnant dulu. Atau kurang gosok gigi ka sebab berlubang banyak sangat. Aku rasa tak kurang apa pon, lagi banyak gosok gigi ada la. Sebab kan kekonon orang cakap masa pregnant gigi lagi sensitif. Kekonon baby boleh ambik kalsium ibu. There is no such thing okay! Dr. Husli cakap tu semua khurafat! Hahahahaha. Tak ada istilah baby ambik kalsium ibu semasa mengandung! Ingat tu! Hahaha. So, haritu dia just continue cabut 2 batang gigi and dia set lagi 2 appointment untuk tampal 7 batang gigi tu dan scaling. Bagi aku sakit gigi mana ada sakit pon weh. Dah cucuk ubat kebas kan? Nak rasa apa? Hehe. Masa dia cabut 2 batang gigi tu pon aku tak terasa apa, tetiba dah tau kata dah siap. And alhamdulillah lepas ubat kebas dah habis pon tak sakit. 


Cover mulut ada kapas, huahuahua! 



So, untuk tampal gigi doctor set on 6th May untuk tampal 5 batang gigi. Hoish, tampal sakit okay. Ngilu hahahah! Tapi selamat tak terasa sangat lama tu. Sebab ada 1 gigi tu ja kot lama sikit nak tampal sebab dalam. Then settle. Second appointment pulak on 1st June. Woih jauh gila gap dia, aku ingatkan boleh settle on May. Sebab Dr. Husli on leave dari mid May sampai end May, sebab tu kena hold sampai June lagi. Hahahahaha! So, 1st June appointment tampal 2 batang gigi and scalling! Memang tak tahan la part ni, sebab ngilu. Tapi chill jela weh. Apa la sangat, sakit contraction lagi dasyat. Ehhh tetiba? Ada kaitan? Kahkahkahkah! 


So, new cost aku kena bear sebab gigi berlubang itu (T____T)

1st appointment : 

5 batang gigi x RM 65 = RM 325

2nd appointment :

1 batang x RM 65 = RM 65
1 batang x RM 70 = RM 70
Scaling = RM 75 

Total : RM 210


Makanya, cost yang aku kena bayar di sebabkan kelalaian dan kecuaian aku jaga gigi during pregnant telah menyebabkan aku kena bayar RM 535 okayyyy! Sebab doctor pon cakap masa aku check dulu memang gigi okay, sebab langsung tak ada plan untuk tampal gigi. Just cabut 4 batang gigi then scaling and then boleh pasang braces dah. Hahahahaha padan muka hang Wanie! Dah t tak habis habis doctor advise kena jaga betul-betul if pregnant lagi nanti. And dia sendiri pon macam ralat sebab aku kena bayar banyak macam tu hehehe! 


So recap balik kos pemasangan braces dekat Klinik Pergigian Dr. Husli tu ;

Kos pasang braces untuk condition gigi macam aku : RM 4900

After confirm nak pasang : RM 400 
(Kos ni rupanya dari kos braces tu la, hahah. 
So, lepas bayar RM 400 ni maksudnya balance cost tinggal RM 4500)


On the day pasang braces : RM 1000

Balance cost : RM 3500

On every check up : RM 200

Kos cabut gigi aku dah cerita dalam entry ni. 


Appointment untuk aku pasang braces on 16 June. Two days before puasa okayyyy! Terpaksa pilih date tu sebab date lain dah full. Sebab Dr. Husli hanya buat appointment untuk pasang braces on weekdays sahaja! 



Panjangnya entry kahkahkahkahkah.




Bye! 
Sambung lagi nanti.

2 comments:

Anonymous said...

maksudnya kalau gigi tak teruk tak kena tampal2 lg murah la costnya?

wanie said...

Tampal tu memang tak include dalam cost braces. Cost braces depends on condition gigi :)