Wednesday, June 17

KISAH BRACES : BRACES ON, FINALLY

After almost a year I postponed to wear braces, finally yesterday 16 June, braces on! Hahaha! 


Nervous dan excited sama banyak. Suppose date yang kena pakai braces was on 8 July 2014. Almost a year okay! So, semalam aku ambik cuti terus even mula-mula nak ambik half day ja. Tapi rasa macam takpa la, lepas pasang braces boleh keluar dating dengan husband. Berdua. Haha. Hantar Adriana rumah Alang pon lambat sikit la semalam. Saja biar dia tidur dulu, minum puas-puas dulu. Baru hantar rumah Alang. Lepas tuh, di sebabkan aku tau lepas pasang braces akan susah makan. Aku pon ambik heavy breakfast terus hahaha! Makan nasik lemak sengsorang! Rileks jeee. Aku memang tak kisah jadi lone ranger. Kisahhh pulak aku orang nak pandang pelik. Janji aku kenyang! Kihkihkih. 


Lepas dah kenyang makan terus pergi klinik. Suppose appointment aku pukul 11 pagi, tapi masa aku pergi tu dah pukul 10 pagi macam tuh, duduk jela tunggu dalam tuh. Aku bawak berus gigi and ubat gigi sekali okay masa keluar, hahaha! Sebab dah tau kan nak breakfast dulu, so senang nanti nak gosok gigi dekat klinik. Wakakakakaka! 


There you go, my turn. Then assistant doctor suruh aku pilih nak elastic tie color apa. OMG, first time nak pakai pon confuse dah nak pilih color apa, macam mana next next appointment nanti. Hahahaha poyo! Kang orang comment cakap aku syoq sendiri lagi pulak. Kakakakakakak anon giler! Mula-mula aku nak pilih my favourite color - turqoise. Entah macam mana aku tunjuk hot pink color pulak. Krisis identiti betoi aku ni. Hahaha!




Then mula la aktiviti pemasangan braces. Mula-mula doctor bagi pakai yang mouth opener tuh dulu. Hoish yang tuh seksa okay. Hahah. Tak sakit la tapi masa doctor nak masukkan tu, kena bukak mulut luas-luas. Then dia mula la cuci and bersih apa entah la kan, aku boleh nampak jugak la apa doctor buat through lampu yang dia pasang dekat atas muka tuh. Macam ada cermin dekat lampu tu, tapi tak clear sangat la sebab lampu tu atas jauh jugak dari muka. Kalau ikot aku nak ja pasang cermin besar-besar nak tengok apa dia buat hahaha. Tak pon aku dok berangan nak suruh assistant dia ambik video! Kahkahkah banyak cekadak, ingat dia takdak kerja. Kerja dia suction air liur aku huahuahuahua! 


Ini laa mouth opener tuh. Source : google


Tapi masa pasang memang tak rasa sakit langsung la. Dr. Husli pon cakap masa awal-awal, "Jangan risau pasang tak sakit, lepas pasang baru sakit. Maybe nanti malam baru awak akan rasa bila gigi dah mula gerak-gerak" Hahahaha *emoji menangis sambil gelak*.  Dalam sejam lebih sikit jugak la proses dia. Dr. Husli tak habes macam regret sebab gigi aku berlubang banyak haritu, hahahah. Dah la tu lepas dah settle dok tunjuk dekat aku cost yang aku bear bila gigi berlubang tu, hesh *emoji duit terbang* Hahahaha! Dia asyik cakap, "Dah 20 tahun lebih awak jaga gigi awak, tak ada masalah apa. Tiba-tiba dalam tempoh tak sampai setahun ja gigi awak bermasalah" Huwaaaaa doctor. Saya pon kecewa dan tak tau macam mana boleh jadi doctor oiiii. Dah laa duit melayang tak pasal jaa. Hahaha! Tapi aku rasa kalau tak sebab nak pasang braces, confirm sahih punya la aku tak akan perasan dan ambik peduli pon dengan gigi berlubang tuh. Hahaha. Bagus jugak la, at least gigi terpelihara. Gittewww! 


Lepas dah settle pasang, rasa lega gila! Lega sebab tak payah nganga mulut dah kahkahkah! Memang rasa la tak selesa tuh, yela kan tetiba ada benda dekat gigi. Patut la selama ni aku tengok orang yang pakai braces asyik buat gerakan mulut cemana entah. Rupanya memang itu normal. Aku taktau nak explain mimik tu, yang pakai braces tau la. Bila kita nak avoid mulut dari tersangkut dekat bracket tuh hahahahahah! 




Maaf la kalau yang terbaca blog ni geli pulak kan kakakakakakaka! Aku just nak tunjuk condition gigi aku before pasang braces, in future reference haha! Dah ada gigi arnab, lepastuh perasan tak sebelah gigi arnab yang kiri tu, gigi dia masuk ke dalam. Dan kalau tengok dari arah tepi bila aku gelak, memang ada gap nampak di situ. The reason why aku nak pakai braces. And aku ada gigi siong dua batang. Sebelah gigi siong dua-dua tu la 2 batang gigi aku kena cabut untuk bahagian atas. 



Tadaaaa! Ini selepas pakai braces. Hot pink uolls! 
Bahagian bawah pulak, yang kena pakai elastic power chain tu yang aku cabut haritu. Macam aku cakap la, cabut gigi pon tak sakit okay. Jangan risau, sebab bius ubat kebas kan. Nak sakit apanya! Hehe. Dan di sebabkan gigi yang aku mention dekat atas tuh, kan dia ke dalam, so Dr. Husli letak macam 2 benjolan dekat hujung gigi geraham aku. Maksudnya bila ada benjolan tu, gigi aku bila ketap tak akan tutup rapat. Doctor cakap maybe kena ada benjolan tuh dalam 3-4 bulan bila gigi atas t dah gerak keluar elok. And dia cakap macam ni punya gaya you boleh la hilang 4-5 kg nanti wakakaka tak lawak doctor oiii! Dia cakap memang terpaksa buat macam tuh, kalau tak nanti gigi atas dan bawah akan tolak sesama depa and salah satu maybe akan ke depan la. So sekarang bila aku nak ketap gigi, memang di halang oleh benjolan tuh la, macam gambar atas ni, ada space tuh kan, dia jadi tak rapat. 




Selfie sikit! Hahahaha. Lepas balik dari klinik, keluar dating dengan husband tercinta. Movie date. Adriana still dekat rumah Alang, hihi. Habes tengok wayang baru ambik. Kihkihkih. Sometimes kena da jugak waktu berdua. Lagipon memang weekdays, memang hari Adriana duduk rumah Alang. Macam biasa macam waktu aku pergi kerja la. Lapaq tau dak sebab aku makan pon breakfast tu jela, habis tengok wayang aku ajak Apit pergi Mcd sebab nak beli chicken porridge hahahahah! 


Tapi tak berapa kenyang sangat. Kebetulan malam tu Mama masak gulai daging ubi kentang. Aku mula-mula takmau makan sebab dok pikir cemana la nak makan kan. Lepastu aku macam nak try jugak, yang Apit ni tak bagi aku makan sebab seriau la kot hahahah! Aku boh nasik, kuah gulai aku boh banyak bagi banjir sikit, and aku amik kentang. Gila nak makan daging? Haha. Makan dengan sudu, masuk mulut terus telan. Hahahahahahahahahaha! Boleh rupanya! Actually part yang rasa sakit tu memang dah rasa, cuma tak la terok sangat. Rasa la macam gusi dok berdenyut ni. Tapi still boleh tahan laaa. Apa la sangat sakit ni kalau nak bayang dengan sakit contraction, wahhhhh gittewww kau. Tak boleh move on dari sakit contraction haritu lagi ka? Huahuahuahua! 



OOTD. Hahaha sempat kau noks! Blouse made by super mom. Tuh kain cotton batik sisik naga. Entah dekat ig promote macam tuh. Hahaha. Aku beli kain jenis ni ada la kot dalam 4 pasang. Semua 2meter. Semua nak mak buatkan blouse untuk aku. Hahaha. Yang ni aku beli dekat instagram : @fabrics.kl ! Aku beli dua pasang dekat ig ni sebab kebetulan time tu dia buat offer beli 2 dapat berapa ringgit entah! Kihkihkih. Latest aku beli dekat instagram : @putri_batik! That shawlssss from Sugarscarf, masyaAllah. Aku berkenan nak beli collection madison classic ni lamaaaa gila kot tapi asyik tertangguh sebab dia mahal hoiiiii! Lagi satu sebab semua color best best so aku confuse nak beli color apa hahah!  Tapi entah benda dah aku teringin gila, aku beli jugak laa. Hahahahhaha. And best gila siot, raya ni nak beli madison lagi laaa hikhikhok! 



Itu sahaja! Hahaha. 



Ohhh btw, entry aku dalam blog ni memang aku create sekadar suka-suka, untuk future reading/reference. Aku blogging since umur 18 dulu lagi. Dah ada 2 blog yang terkubur, hanya aku jela boleh baca. Memang aku blog tak kejar pon untuk orang follow dan baca. Dan in case uolls search apa-apa dan masuk blog ni and tak dapat info yang korang cari. Sila mereput sana dan jangan nak cakap entry aku entry syoq sendiri okay! Kalau tak suka cara aku tulis, boleh p cari blog lain yang boleh bagi info yang confirm dan sahih. Hek eleh! Suka hati nak cakap aku tulis macam syoq sendiri. Nak benda confirm pergi la tanya yang pakar sana. Semua benda pon hang nak google, lepastu nak percaya dan nak orang bagi 100% info yang hang cari. Dasarrrr! Hahahahaha kbye! 




Nahhhh sesiapa nak info yang confirm, yang mana duduk area Sungai Petani dan nak pakai braces, boleh contact Klinik Pergigian Dr. Husli ni untuk tau lebih lanjut. Aku dulu pon call tanya dia dulu okay, tak dak la semua benda nak google memanjang. Cari jugak la info dalam ni tapi dah hang nak buat dekat klinik tu, tanya la klinik tuh. Derhhhh! Hahaha.







Selamat Berpuasa.





Bye! 


6 comments:

ayaa said...

kuruih itu penting ! hee bajuu cantikkkkk !

wanie said...

Hahaha harap harap memang boleh kurus laaa!
Makaseh makaseh! Tunggu nak order dekat orang tu dari indon terus ni, kehkehkehkeh!

Aerzee. said...

Huhu haritu ezy pi cabut gigi sebatang ja pun rasa macam nak pengsan dah dalam klinik tu. Terus balik rumah tidoq sampai petang sebab kepala rasa berpinar cemana entah. Memang harapan la nak tahan gigi pakai braces pulak :p tapi teringin! :p

wanie said...

Hihihi sampai centu? Tapi wanie oke jela cabut 4 btang haritu, tak terasa sakit sgt, alhamdulillah heheh.

Anonymous said...

Akak buat braces dekat klinik dr husli tu , okey kan ? Sebab saya mgkin nk pegi klinik tu utk buat braces

wanie said...

Yep. Alhamdulillah so far okay