Wednesday, June 10

NAF : 3 MONTHS ACHIEVEMENT


I am a proud mommy! Rupanya macam tuh ya feeling bila tengok milestone anak. 
Happy! Hahaha.

8 June haritu kira cukup la Adriana 3 bulan. Cepatnya rasa. Hehe. Still in learning process. A lot to explore. Alhamdulillah Adriana anak yang senang jaga. Tak stress sangat. Cuma Adriana ni ada satu perangai, kalau dia mengantuk lebih baik terus bagi tidur. Kalau dia dok merengek sikit-sikit tuh then continue main acah dia, dia memang akan stop merengek dan layan. Tapi nanti dia start balik, memang mengamok terus la. Hahaha. Masa tu jenuh jugak nak bagi tidur. Nak nursing pon kadang-kadang dia tolak sebab dia rasa lambat kot. Tapi sekarang okay dah, dia masuk ja dalam mulut terus lali then tidur terus. Aku rasa tu antara salah satu kebaikan breastfeeding kot kan? Senang nak bagi tidur, dengan aku sekali boleh terlelap sama hahahah! 


Dah banyak hari aku tengok dia cuba nak meniarap, asyik nak tolak badan dia mengiring ja. Kalau waktu tengah tidur pon kekadang tu tiba-tiba jaa nak mengiring badan. Padahal mata dok pejam. Hahaha. On 8hb haritu la, malam tu 3 beranak kami dok lepak atas katil. Dok main acah-acah dengan Adriana. Aku nampak dia dok mengiring badan dia lagi. Aku saja amik handphone sebab nak record percubaan dia dok mengiring nak meniarap tuh. Rupa-rupanya memang dia boleh meniarap terus. Hahahaha happy gilaaaa aku waktu tu sebab boleh record first time dia meniarap!! 




Bangga hati mak nak, cukup 3 bulan dah boleh meniarap ! More to come bebeh. Aku harap apa pon yang dia "boleh" lepas ni, aku boleh jadi first saksi yang tengok hehee. 




"Michelin" mommy! Hehehe. 




Bye! 

No comments: