Thursday, June 25

TIPS/CARA PEMAKANAN MENGELAKKAN BABY JAUNDICE.

Assalammualaikum.


Ini mungkin entry berguna untuk ibu mengandung atau sekadar pengetahuan untuk sesapa jela. Hihi. Even tips dah ikhtiar ni dah bersepah dekat google search. Tapi aku kongsi dari pengalaman sendiri based on apa yang aku baca dan aku amalkan la.


Tips untuk elak baby kena jaundice atau kuning. Tapi based on apa yang nurse cakap, kuning ni zaman sekarang memang tak boleh di elakkan. Baby akan ada jugak kuning, cuma sama ada bacaan dia tinggi atau rendah sahaja. Sama ada kena tahan wad atau kena ulang alik check dekat klinik kesihatan sahaja. Sebab semuanya based on cara pemakanan ibu waktu mengandung tu. Dah tu, waktu mengandung memang seronok bedal macam-macam kan? Hahaha. Berat aku naik 10 kilo waktu pregnant okayyyy! Tapi alhamdulillah turun banyak dari naik hehe. Weight tu la turun, tapi kalau aku tengok badan aku rasa macam tak pon. Still tak puas hati! Haha.



Based on petua dan tips dari mak, mak suruh amalkan buah delima, kurma, kismis dengan susu kambing. Memang common rasanya, semua orang pon tau. Makanan-makanan sunnah ni InsyaAllah berkesan. Aku rasa ibu mana pon takmau kan anak dia kena kuning. Nak kena duduk bawah lampu tu, then ada yang kena ulang alik banyak kali pergi check up. Aku pon bila fikir macam tu waktu pregnant memang berdoa sangat-sangat la jangan bagi baby nanti ada kuning. Memang sungguh-sungguh la aku amalkan makanan sunnah ni.


BUAH DELIMA/PATI DELIMA 



Pati delima gulsan ni aku memang dah start amal ambik dari lepas keguguran awal dulu. Then bila tau pregnant lagi la aku teruskan. Cuma masa sebelum tau pregnant aku selalu skip. Ikot dan aku ja bila nak minum, aku minum. Haha. Tapi masa pregnant alhamdulillah memang amik setiap pagi before pergi kerja. Cuma yang lambatnya bila habis, nak beli lagi tu yang lambat. Asyik lupa la, dok nanti nanti. Hahaha! Aku ambik satu sudu yang plastik tu ja. Hee. Buah delima pon ada jugak aku makan, cumanya tak kerap pon beli, ada la kot berapa kali ja. Hehehe. 



SUSU KAMBING 


Susu kambing. Aku memang tak ada masalah minum susu, susu lembu aku boleh telan. Susu kambing pon aku okay ja telan. Alhamdulillah senang! Hehe. Susu jenama ni aku dah start minum lama dah, masa dok belajar dulu lagi mak beli suruh minum. Cuma biasa la kan, kadang-kadang minum kadang-kadang tak. Haha. Susu kambing ni mak yang beli dari kawan dia. Aku rasa memang susah jumpa dekat kedai or pasaraya. Apatah lagi online. Sebab ni jenis macam tahfiz tu kot, entah tak sure. Hekhek! 

Lepastu aku pon ada beli susu kambing Irfan ni. Kesnya sebab aku nampak post Fynn Jamal bagi Juna minum susu ni. Then aku pon search dekat Facebook. Then aku tanya itu ini, aku beli. Hahaha. Saja nak try rasa macam mana since ada kurma, kismis and madu sekali. Kiranya susu kambing yang jenis tadi pon aku minum, jenis ni pon ada dalam stok aku. Hehe! Aku beli dekat FB Susu Kambing Irfan.


Lepastu aku tengok ada ads dekat Facebook pasal Ibu Susu Kambing ni. Ponnnnn aku rasa nak try. Hahaha. Sebab macam menarik ja kan ada anggur dan delima dalam dia. Rasa dia sedap weh, sebab rasa masam manis delima and anggur tu. Aku rasa kalau jenis tak tahan minum susu atau minum susu kambing, yang jenis ni memang recommended la. Hehe. Boleh beli dekat FB Ibu Susu Kambing .
Cuma dia jenis serbuk terus bukan sachet. So, yang ni memang aku simpan dekat rumah. Minum dekat rumah ja. Yang dua atas tadi jenis sachet, senang sikit nak simpan dalam drawer dekat office. Hehe. Amalan minum susu kambing ni memang aku amalkan setiap hari. Kalau tak pagi, malam. Takpon kalau weekdays, aku minum dekat office ja. And masa dah hujung pregnant tuh, kerap juga la aku minum. Hahah sebab risau! 


KURMA/KISMIS

Selain tu kurma dengan kismis pon aku makan. Tapi kismis tu ada la kot beli sekali ja, then habis aku tak beli dah. Hahaha. Kurma tuh ada la jugak makan banyak kali.


Dan bila Nur Adriana Farisya lahir memang nurse dengan mak pon cakap nampak ada kuning dekat dia. Depa pandai la kan tengok, aku ni tengok macam sama ja pon kulit dia. Tapi aku tengok mak tekan kulit muka tu, baru nampak la apa yang di katakan ada kuning tuh. Cuak jugak, dah la masa awal-awal dia takmau direct breastfeed. Sebab tu jugak aku memang pulun pump susu nak bagi dia minum. Sebab susu ibu penawar untuk demam kuning ni.


Masa 1st check up, hari ke-4 bacaan kuning dia 161. And kena pergi lagi masa Adriana hari-6, bacaan dah turun ke 136. Alhamdulillah syukur gila. Even lepas kena pergi check up dekat klinik tuh pon, lepas a few days, nurse ada datang check dekat rumah lagi. Nurse cakap dah nampak okay, tak payah dah pergi klinik. Lega rasanya masa tuh.


InsyaAllah, apa-apa pon kita ikhtiar kan, selebihnya berserah jela. Tapi di sebabkan dah tau amalan atau cara pemakanan yang boleh elakkan jaundice ni, baik la kita ikot ye dak? Hihihi.



Okay! BYE.

No comments: