Wednesday, July 22

AF FAMILY : CERITA RAYA

Harini dah masuk kerja! Ahhhhhh, still not in a mood. Bilanya ada mood entah laa. Hahaha.

Alhamdulillah raya tahun ni paling bermakna. Lebih gembira. Untungnya bila pilih pasangan dekat dekat ni, tak payah nak gaduh tak payah nak serabut fikir bab turn raya balik mana weh! Haha. Rumah parents dengan PIL dekat nak mati. Tak sampai 20 minit pon. Yang jauhnya sikit pon kampung tok tokwan kami ja, itu pon kampung aku dekat Jeniang, kampung Apit dekat Alor Star. Itupon dua-dua tak sampai sejam dah boleh sampai! Hihi


Awal pagi raya lepas beraya dengan PIL and family SIL, terus pergi kedai gambar. Hahah sebab this year aku dengan kakak nak ambik gambar family, gambar studio. Jumpa dekat sana. Then lepas tu terus pergi beraya dekat rumah mak ngah since dekat sangat dengan kedai gambar tuh. And actually kedai gambar tuh dekat dengan rumah arwah tok dan tokwan. Ya Allah rindunya. Rindu dekat kedua dua arwah. Masuk tahun ni, tahun ke-5 raya tanpa arwah tok dan tokwan. Bila tengok rumah tu terus rasa rindu yang teramat sangat! Banyak betul memori dekat situ. 



First gambar raya. First gambar raya bertiga. Gambar yang proper sedondon bertiga. Haha, sebab lepas tuh bila nak gerak balik kampung aku dah tukar baju Adriana. Kesian sangat aih tengok pakai dress cenggini, dah la nanti balik kampung panas. Boleh laaa tuh, sempat jugak pakai baju raya sedondon color dengan mommy daddy sepagi tuh. Hehe. Lepas ja solat Jumaat terus gerak balik kampung dekat Jeniang. Tahun ni aku ajak Apit balik kampung sana sebab kalau balik Alor Star pon ada sedara mara ja, sebab arwah tok meninggal tahun lepas. Balik kampung sini still ada tok dan tokwan sebelah ayah, alhamdulillah. Lagipon tok tokwan pon baru berapa kali ja tengok cicit dia ni, hehe. Apit on ja, memang part macam ni tak ada masalah. Kalau Apit ajak balik Alor Star pon aku still tak ada masalah. Alaaa weh, dekat ja kot. Kalau tak sempat balik on first day raya, second day raya ada lagi kan? Hehe. Lagipon dua-dua family kan? Kenapa nak berkira sangat. Mak ayah pon lepas jumaat baru balik sana, sama-sama balik. 



Adriana dah bertukar outfit dah. Bagi pakai skirt dengan tshirt. Aku dah boleh bayang pon raya-raya ni nak berjalan sana sini memang panas, memang aku cari baju senang pakai dan kurang panas dekat Adriana. Cuma nak cari singlet ja aku tak jumpa yang berkenan di hati. Haha. Dapat jugak this year pakai baju raya color favourite kami. Aku suka! Hahaha. Tengok la Adriana tu, tekun sungguh hisap jari dia. Kalau boleh, satu tangan dia nak bawak masuk mulut. Nanti kang habes air liur dekat tangan. Apa-apa jela anak oiii! 



Budak galak! Pantang kekadang tu orang acah, cepat jaa mengekek gelak dengan senyum. Tapi kalau time nak buat muka garang takmau senyum. Acah laa cemana pon, berkerut ja muka! Hehehe. 




Cerita raya pertama! Hehe. Alhamdulillah went well. Semoga di panjangkan umur dan dipanjangkan jodoh untuk merasa kegembiraan raya macam ni lagi tahun hadapan. InsyaAllah! Nanti sambung lagi! Kerja banyak hoiiii cuti banyak hari. Ciskek betoi! 







Bye! 
Selamat Hari Raya Aidilfitri :) 

No comments: