Friday, July 31

KISAH MADISON FROM SUGARSCARF

Title sangattt la puiii, Kisah lahhh sangat! Haha.


Aku sendiri pon tak tau macam mana aku boleh jatuh cinta dengan tudung dari Sugarscarf ni. Padahal Madison from Sugarscarf ni dah berkurun kot ada. Itu memang signature untuk Sugarscarf. Jatuh cinta siap kerap gila ni search IG and website Sugarscarf. Dok fikir nak beli tak beli? Nak beli ke tak beli? Yang fikir banyak kali tu sebab harga, kahkahkahkah! Last-last sebab asyik dok bukak sangat kan IG sugarscarf sebab nak tengok latest update/collection depa, aku turn on notification terus. Kan IG boleh turn on notification sekarang. Kiranya bila profile tu ada update ja ada naik notification dekat handphone. Hehek pulun! 




Di sebabkan tergila gila kan sangat. Geram tengok color yang menarik. Aku decide nak beli bila Sugarscarf keluarkan Madison Classic yang ada size M and size L. With new fresh color and different color for inner and shawl. Hihi. Dan aku decide nak beli Madison Classic Chic Black macam gambar atas ni. Aku pon tak tau kenapa aku pilih HITAM! Haha padahal aku jarang gila pakai warna HITAM. Aku suka kaler maler! Maybe sebab ni first time nak beli dan aku play safe beli color nih! Hahaha. This collection datang sekali dengan black box. Excited hoi masa received tuh! Ahahaha. Sebelum aku beli, pulun dah ni search tutorial macam mana nak pakai, kihkihkih! 



Lepastu sebab dah beli and jatuh cinta, aku berkenan pulak tengok collection limited edition SugarscarfxFashionValet untuk Raya2015. Fikir punya fikir aku decide nak beli color Light Rays untuk collection ni. Color basic lagi, play safe betul kan pilih color yang biasa dan senang match. Hahaha. Tapi bila dapat aku macam tak berkenan pulak dengan color dia. Macam berbeza sikit la dari dalam gambar. Color dia macam mana entah. Di sebabkan aku gila dengan Sugarscarf shawls ni, so aku pon join la group Sugarscarflovers dekat FB, gittuuuu! Hehe. And aku sesaja up nak letgo this shawl. Memang tag dia aku tak potong lagi. Aku sejenis nak pakai or basuh benda yang aku baru beli baru aku potong tag. If tak memang tergantung lagi la dekat situ. Haha. Tengok-tengok memang ada yang nak beli, hihihi. COD dekat sini jugak sebab kakak tuh duduk Gurun ja. So, this one aku dah let go. Hihi. Sayang jugak sebab yang ni limited and collection collaboration pulak kan. Tapi dari simpan aku tak berapa berkenan dengan color dia baik aku let go since ada jugak orang nak beli :) 









Color atas ni pulak aku beli sebab nak pakai match dengan baju raya. Aku sebenarnya confuse jugak masa tu dengan color baju raya aku tuh nak pilih tudung color apa. Hihik. Last-last aku p choose color ni, Madison Classic Pastel Pistachio! Bila dah received aku tengok color dia light gila. Dah macam tak sesuai pulak dengan baju. Hahahahah syabas padan muka! Padahal kalau ikot baju raya haritu, Madison Classic Indian Blue yang match sikit. Bila turn aku nak beli tengok-tengok dah sold out. Padan muka! Sebab tu aku beli Naelofar Miss Grace untuk pakai raya haritu, hihi!  Shawl ni dah pakai dah haritu, memang best dan senang la pakai madison ni. Serious. Aku tak tau la orang tengok aku pakai sesuai ke tak, tapi aku rasa macam okay. So, nak kena kisah keee? Hikhikhokkk! 






Ini lagi satu new collection yang semua cantik! Haha. Madison Luxe Prints! Aku beli sebab nak pakai raya jugak la ni, hahaha. Sebab aku beli jubah dari Imaan Boutique yang LaChanelia tuh, so kekonon nak match dengan madison scarf ni la. So, aku pilih color ni Madison Luxe Prints Pastel Beige Flower, sebab aku suka design prints dia tu. Simple dan cantik. Harga memang mahal derrr madison scarf ni. Tapi sebab aku dapat duit shopping dari Apit untuk shopping raya. So, aku pejam mata jela beli, hahaha. Kalau duit sendiri? Sejuta kali aku fikir okay! Tapi ni still dalam black box dia la, aku tak pakai lagi kihkihkih. 





Aku ni ada penyakit gila beli tudung, Tak kisah la term apa pon dipanggil pada tudung tuh, tudung bawal ke selendang ke instant ka. Memang tak tahan kalau tengok yang cantik-cantik. Sampai dah banyakkkkk gila kalau nak kira dari zaman aku suka beli shawls dulu. Itu pon yang lama-lama tak pakai dah aku dah suruh mak sedekah dekat mana-mana. Baru-baru ni aku simpan wide shawls yang aku gila beli dulu. Aku simpan and bawak balik rumah mak bagi dekat adik. Sebab dia suka pakai wide shawls. Kira berguna jugak la untuk orang lain, tak la membazir, gitttuuu! Kihkih. Recently ni laaa, gila dengan shawls madison ni. Lepastu aku dah ada 4/5 helai dah collection Naelofar. Baru ni pon aku beli Fair Lady, hikhik. Padahal kalau dari dua brand ni, mula-mula dulu aku rasa tak berbaloi kot beli sebab price dia hahah. Tapi bila sekali beli, senang pakai dan selesa nak repeat pulak. Macam Naelofar la, easy dan kain dia best! Dan jugak untuk bawal, aku gila bawal dari SincerelybyUs (SBU). Haritu masa sales kaw kaw raya tu, aku suruh personal shopper belikan untuk aku! Hahahah! Gilos! Tapi aku rasa untuk Madison ni tak dah kot, hahaha. Sebab mahal dan sudah-sudah laa dengan yang ada ni. Ehhh? *gelaktutupmulot* 





Salah satu tudung bawal from SBU yang aku beli during sales kaw kaw raya haritu, hehe. Kain best sebab jenis chiffon, so macam flowy gittuuu. Hehe.



Sekian sahaja! 



Bye! 

5 comments:

Nojie said...

Ada lagi tak lux print beige tu.. akak nak beli dgn awk dik.. wassap akak boleh?? 019.7356617

wanie said...

Dah jual dah akak :)

~suhana~ said...
This comment has been removed by the author.
~suhana~ said...
This comment has been removed by the author.
~suhana~ said...
This comment has been removed by the author.