Thursday, July 30

PENGALAMAN SHOPPING DI ZALORA

Habis random gila dah entry. Tetiba aku rasa nak share experience shopping dekat Zalora. Sebab aku dpt newsletter pasal sales kasut Rubi. Hehe. First experience last year masa aku pregnant. Aku berkenan dengan satu sandals dari Rubi ni. Masa tuh memang was-was nak beli sebab dengar banyak bad review jugak kan pasal Zalora ni. And then sebab yang nak beli tuh sandals pulak, sandals ni kalau tak merasa sendiri dengan kaki macam tak puas. Plus, masalah dengan size pulak. Sebab kaki aku ni ikot jenis kasut jugak size dia. Hehe. Entah macam mana la kan, aku rasa nak beli jugak jugak sebab berkenan. Konon macam mengidam sebab pregnant la, puiiii sangat. Alasan benor! Hahah. 


Masa tuh ada offer jugak tak silap aku. Harga asal berapa aku dah tak ingat tapi rasanya beli dalam RM 70 something. Aku beli size 37/7. Padahal mostly kasut aku size 5 atau 6 ja. Sebab masa beli tuh kan pregnant, kaki habis kembang. Haha. Aku ukur ikot sizing dia bagi. Alhamdulillah la received well. Tak ada masalah langsung. Even sebenarnya lambat jugak tapi aku ada email tanya, and they told me it takes 7-8 working days tak silap. Tapi takpa at least bila aku email, they replied. So memang tak ada masalah la. Bila dah received kasut tuh tak boleh fit elok. Hahahah kaki kembang semangkuk. Dah frust dah waktu tuh. Tapi kakak aku pon cakap sebab kaki kembang tuh, nanti boleh la pakai. Yes betul, lepas bersalin aku try pakai balik memang fit elok dah hehee. Happy! Kiranya kasut tuh tersimpan rapi la lepas aku beli. Hahaha! 



Source : google 
Cari balik dalam website Zalora tak ada. Maybe dah sold out this color.

Frankie Fisherman Sandal from Rubi. Selesa. Dan best. Tak sakit kaki even depan dia tertutup macam tuh. 


Dah fit elok dah kihkihkih. Kalau tak masa memula aku receive tuh aku tak boleh pakai sampai full depan tuh sebab tersekat dekat tengah kaki tuh dek kaki kembang hahaha! Sadis betoi! Tapi selamat la bab size pon okay, kiranya bila aku dah boleh pakai pon size dia tak besar dan tak kecik! Hehehe! 



Second experience aku beli dekat Zalora. Aku beli sunglass before raya hari tuh. Simple sunglass ja pon, tapi aku suka design sunglass macam tuh. Aku tunjuk dekat Apit nak beli, dia cakap okay. Kena tunjuk la kang dia tak berkenan pulak aku pakai sunglass design macam tuh. Hee. Aku aim dah lama, tapi dok fikir nak beli ke tak beli ja haha! Sebenarnya aku berkenan dengan RayBan Erika. Sebab dulu aku pernah ada sunglass design macam tuh beli dekat MNG, tapi sayang sebab dah patah. Sobs Sobs. Memang murah la beli dekat MNG. Tapi untuk membeli RayBan sunglass dengan harga sebegitu rupa memang tak la even hari tu aku tengok ada sales dekat Groupon dan Apit suruh beli ja guna card dia. Tapi aku rasa macam malas pulak sebab sunglass ja pon. Huahuahuahua! So, aku beli la sunglass dekat Zalora ni. 









Puas hati la beli. Dan puas hati dengan service  Zalora ni. Aku rasa yang kena bad service tuh nasib ja kot. Maybe ada certain time yang macam tuh heheh. 



Wokay itu sahaja. Seronok dah blogging sekarang. Update itu ini, rasa macam kembali pada zaman aku suka update blog dulu. Heheheh! 



Okay bye! 

No comments: