Sunday, July 26

SKIP HOP FORMA DIAPER BACKPACK




Dalam entry INI aku ada tulis pasal aku berkenan gila dengan diaper bag dari Skip Hop. Diaper bag jeeee pon, dok buat excited terok dan teringin terok amenda entah! Kahkahkahkah. Entah perangai dah memang macam tuh, sebab berkenan so selalunya aku akan usaha sampai aku boleh dapat. Setakat yang mampu laaaa. Kes berkenan handbag Marc Jacob tak dapettt lagi acaner nih? Nak usaha pon aku rasa jauhhhhh sangat nih, hahaha. Ke ada orang nak hadiah bulan 10 nanti? Kofkofkof. In case you read this entry, dear husband! Hahahahah! :p 


So, before raya haritu aku ada 'jalan-jalan' dekat IG yang jual barang baby, well biasa la kan memang kerjanyaaaa tengok IG jual barang untuk Adriana ja sekarang. Sindrom mak mak sangat okay! Lepastu dengdeng aku terjumpa IG yang offer diaper bag Skip Hop dengan harga yang wayyy murah dari IG lain. Siap offer sempena hari raya lagi. Kira sales raya lagi. Dah tergugat gila dah okay iman aku nih! Tapi aku waras sikit la, sebab nak raya kan so aku utamakan yang penting dulu. Aku send gambar diaper bag tuh dekat Apit, tanya okay tak and kalau backpack macam tu dia nak galas tak. Dia cakap takmau laa. Whatttttt? Sebab Apit memang suruh cari diaper bag jenis backpack, so nanti dia jela boleh galas. Haritu ada berkenan satu backpack dekat Wakai. Tapi harga dia gila babis tak padan rasanya nak beli. Tapi memang smart la. Sebab tu harga smart sama kot hahah! Dah Apit cakap takmau aku pon macam potonggg sikit laa. Rasa macam takpa la tak payah beli. Sobss sobss. Then sekarang kan orang gila beli Kanken buat diaper bag jugak kan. Kanken ni, mesti Apit okay. Sebab haritu tengok sama-sama jugak, dia cakap okay jugak laa. Tapi masa tu tengok harga macam krikk krikk jugak. Yang preorder from US. 


Then baru-baru ni aku sesaja left comment dekat IG yang jual Skip Hop diaper bag ni, sesaja tanya sama ada sales tuh still berjalan lagi atau dah end masa raya kan. Aku tak expect pon dia akan reply, sebab aku saja left comment takmau whats app dia lagi. Yela kan ada certain owner IG depa tak reply comment customer hahah! Then she replied, selagi dalam bulan raya, sales raya tuh memang ada. OMG! OMG! Once again, tergugat iman mak noks! Aku sebenarnya nak beli handbag baru, nak beli simple macam Longchamp. Tapi entah kenapaaa, aku fikir sejuta kali nak beli handbag kali ni, padahal niat nak beli before raya haritu. Hahahah! Sebab aku rasa macam handbag dah banyak kot. Tak laaaa banyak, cumanya hang nak tukar handbag tet tiap hari ehhhh Wanie? Krikk krikkk. So, kiranya duit untuk tuh dah ada. Sebab tuh bila owner IG tu bagitau still ada sales raya, bergetar iman dan jugak duit dalam bank tu, gittewww metaforanya! Huahuahuahua!


Esok tuh aku whats app dia tanya pasal berapa lama kena tunggu for preorder and postage fee berapa. Then she replied, ETA dalam 1-2 weeks sahaja. Postage fee RM15. So total up actually price dia sama macam MamaPanda offer. Tapi harga dekat MamaPanda tak include postage. So, maksudnya dekat IG ni still murah lagi laa! Aku terus tanya boleh bayar depo tak? Ke kena full payment kan if confirm nak beli, dia cakap boleh ja bayar depo dulu. Terus aku rasa macam, arghhhhhhh nakkkkkk! Dan aku reply "okay I nak confirm nak, in peacock color" HAHAHA! Choihhhh!






Aku tengok dekat youtube, sebab nak agak space backpack ni macam mana. Okay la sesuai even untuk overnight sebab space besar. I like it bebeh! Benda hang dah berkenan, memang hang suka ja kannnnn? Hikhok.




Lepastu kan, aku macam dah confuse nak Peacock color atau Black color. Tapi being me, aku jenis tak suka common color. Depends laa on apa benda tuh, hehe. Sebab tuh handbag aku sendiri pon aku tak suka beli in black color, rasa macam common. Match tak match tuh belakang kira. Haha. Rasa macam Black smart jugak, nampak simple. Tapi aku suka color Peacock tuh. Dah pulakkkk kan? Hahaha. So, confirm aku order Peacock color. Apit takmau galas takpeeeeee, kalau keluar aku galas backpack ni tak bawak handbag pon aku sanggup. Kahkahkahkah hoverrrr! Mula-mula haritu kalau Apit okay, memang niat nak pau dia laa. Hahahahahahaha tapi di sebabkan dia cakap tak okay. Dan aku nak jugak, kena guna duit sendiri lerrr. Sebab tuh ada certain things yang aku nak tapi Apit macam okay tak okay, aku guna jaa duit sendiri. Jangan cakap banyak, aku guna duit sendiri okay HAHA! Tapi kalau benda yang aku nak tapi dia tak bagi beli memang aku tak beli la. Tapi seingat aku takdak la lagi. Hahaha. Cuma yang ni dia takmau jaa bukan tak bagi beli. Gitttewwww.




Aku beli dekat IG nih! Hehe. Memang murah. Tapi sebab on sale la kan, kalau usual price dia aku tak sure pulak berapa. Sebab mana-mana IG yang aku jumpa, semua jual RM310 above. Tak include postage lagi tuh, hihihi. 


Okayy, tenang dah sekarang. Dah boleh saving untuk beli food processor pulak. Haha. Bulan 9 nanti Adriana dah 6 bulan, dah boleh makan solid food. Ke boleh pau daddy diaaa untuk benda nih? Kihkihkofff! Aku rasa mesti boleh jaaaaa, untuk anak manja kesayangan dia kennnn? Haha bijokkk! 



Bye! 

No comments: