Wednesday, August 5

NAF HOLIDAY : CAMERON HIGHLANDS DAY 1


Supergirl mahu terbang! Hihihi. Alhamdulillah sepanjang perjalanan dari SP-CH  Adriana tak buat perangai langsung. Lepas ja masuk tol dr SP, terus dia tidur. Sampai Sg. Perak jugak kot. Then dia berjaga dari situ sampai half way naik Cameron. Hehe. Sampai ja dekat hotel baru dia bangun, itu pon sebab angkat dia dari car seat nak letak dalam stroller. Bersyukur gila. Sebab aku risau jugak dia mengamuk dalam kereta. Rupanya senang jugak bawak berjalan. Hahaha. Lepas dah check-in dia dah mula bunyi, tapi tuh maksudnya nak tidur lagi. Amboi seronok ehh sesejuk nak tidur. Lepas nursing ja terus zzz! Pantas gila! Dan lama pulak tuh! Hahaha. 



Ini budak suka bikin mommy daddy geram! Kalau dengan daddy cukup ngam, sekali agah ja dah senyum. Anak manja daddy la kannnn? Tapi menangis nak mommy jugokkk! Hahaha. Dah pandai dah sekarang, kalau orang lain tengah main dengan dia, then tiba-tiba aku lalu ja, mesti start bunyi macam nak nangis. Drama sangattt uolls! 



Lepas Adriana bangun tidur, terus ajak Apit keluar makan. Sebab aku kelaparan. Belum lunch. Padahal sebelum bertolak tuh dah singgah rumah Mak bantai makan bihun sup dengan roti jala. Hari yang kami nak p tuh Mak memang plan nak buat bihun sup, tapi sebab aku dah nak p CH, mak buat awai pagi sebab nak bagi kami makan dulu, hihihi. Aku lewtewww pujuk mak suruh buat awai, so sempat aku makan. Hoish bihun sup Mak buat, mana boleh tak makan. Terbaiikkkk! 


Mula-mula ingat nak cari la kedai makan dekat area Tanah Rata ke kan. Then aku cakap makan jela dekat bawah hotel ni, dah ada Old Town and Teh Tarik Place. Sebab Old town dah pernah makan. So, pilih makan dekat Teh Tarik Place aje laa. Nampak muka mek Adriana tuh masam? Hahaha masam sebab mengantuk lagiiii! Buat perangai tak mau duduk dalam stroller. So, aku dengan Apit kena take turn makan, hihi. Normal ahhh dah ada anak kecik. Haha. Adriana ni ada time dia boleh stay dalam stroller. ada time nak menyendeng dekat orang. 



Lepas dah habis makan, jalan-jalan dalam tuh even tak ada apa yang menarik pon. Sebab  shop lot pon banyak kosong lagi. Then lalu depan kaunter untuk tempat 3D ni, Apit ajak masuk. Entrance fee per adult RM20. Tempat macam ni dah famous ehh, merata dah aku tengok buat macam ni. Dekat Penang pon ada, dekat Langkawi pon ada. Bila masuk ja, aku cakap dekat Apit, cehhhh macam ni ja pon! Huahuahua! Ada la staff dalam tuh yang akan snap gambar kita dekat setiap tempat dalam tuh guna camera dia. And then nanti bila dah habis semua, kita akan choose gambar tu dan of course kena bayar la. Ala, macam dekat tempat-tempat lain pon ada kan style ni. Tapi Apit bijak, dia bagi iphone dia dekat bangla tuh suruh snap. Hihi. Lepas dah habis semua tempat, kena la p dekat computer tuh untuk choose gambar yang nak. Sekeping RM25 kot, tapi kalau 3 keping RM50. Kami beli sekeping ja. Sebab semua gambar tuh sama macam dalam iphone. Hehe. Tapi sayang jugak, ada lagi seorang staff tanya ada bawak pendrive tak, kalau ada boleh ambil, mana la nak bawak kan? Hek.







Antaranya laa yang ada dalam studio tuh. Bolehhh la kalau setakat suka-suka dan nak 'berlakon' hihihihik! Lepas dah keluar dari sini terus naik bilik sebab Adriana dah start cranky mengantok. Hoish, mek ni nak jalan-jalan tapi nak tidur ja kerjaa. Haha sebab sejuk la tu, best tidur! 


Mula-mula ingat petang sikit nak keluar pergi strawberry farm. Tengok-tengok hujan pulakkkk! Terbantut laaa. Kalau kami berdua ja memang on, tapi dah ada Adriana memang tak la nak gagah jugak. Lagipon dia seronokkkk tidur lagi. Biar jela, lepak dalam bilik. Hahaha. Selamat bilik best kennn? Coihhh. 




Dah lepas maghrib baru keluar. Sebab aku ajak Apit makan steamboat. Aku ada survey tempat makan steamboat yang famous dekat CH. Actually pergi before ni pon dah nampak dah cuma tak pernah singgah makan pon. Adriana kesejukan. Aku tak bagi dia mandi pon. Kesian sejuk, dah la hujan. Aku just lap dengan towel basah suam, itupon dia dah nampak kesejukan gila. Kesian. Hihi. Memang duduk sana dia tak mandi la, kami ni pon kesejukan even mandi guna heater. Tambah pulak Adriana. Hihi.



So, itu sahaja cerita day 1. Haha duduk dalam bilik ja. Tapi okay laaa memang holiday kali ni nak rest, chill dengan Adriana. 



Till next entry.
Bye! 

No comments: