Friday, August 7

NAF HOLIDAY : CAMERON HIGHLANDS DAY 2



Nur Adriana Farisya suka senyum macam ni sekarang, haha. Senyum kemam mulot. Macam daddy dia kadang-kadang gedik suka buat. Haa elok la dah kena tang anak pon suka senyum macam tuh. Haha, bikin geram ajo! 


Day 2 dekat Cameron Highlands plan nak pergi Big Red Strawberry Farm, BOH Tea Plantation  & Lavendar Garden. Plan sajo lah. Tapi Big Red tuh memang nak p sangat. Before this pergi CH even time dengan family dulu pon memang ada p strawberry farm. Tapi tetap tak sama macam Big Red Strawberry ni. Jumpa Big Red ni masa last visit dengan Apit masa pregnant dekat Adriana dulu tuh. Memang puas hati betul p sini. Sebab tu kali ni repeat. Hihi. 



Adriana kena kejut baru dia bangun. Punya la sedap dia tidoq! Lega hati mak nak. Malam tu aku risau jugak takut dia buat perangai. Sebab kalau dekat rumah if dia susah tidur dengan aku sambil menyusu, aku bagi dia tidur buai. Sebelum p sana pon aku risau pasal ni jela. Huahuahua. Tapi bersyukur gila sebab dia senang ja tidoq malam tuh. Ada la bunyi-bunyi jugak sebelum tu, tapi pujuk-pujuk then okay. Selalu yang dia buat perangai sebab dia mengantok tapi nak tahan mata dari tidoq. Kalau nak kata sebab sejuk, dekat rumah pon kami jenis pasang air-cond dulu. Bila bilik dah sejuk baru pasang kipas. Maybe Adriana dengar cakap daddy dia kot, Apit acah kalau buat perangai kali ni ja holiday. Hahaha coih sangat acah anak macam tuh! Hihihi. 



Hahaha tengok tu, senyum lagi macam tuh. Dia suka buat mulut macam tuh sambil mulut dok bunyi macam-macam. Sweater Adriana ni aku beli dekat website BBLuvsMe - Polka Bow Hooded ! Kasut tu aku order before raya haritu dekat Instagram - @lana_shoe. Order dua pasang untuk pakai raya. Setakat ni Adriana dah ada 5 pasang kasut jenis handmade kain macam tuh hahaha. Yang lagi 3 pasang aku order dari Instagram - @penitilicious! Beanie tuh pon baru beli sebab nak ke CH ni. Aku beli dekat website OneBabyWorld ! Hikhik! 



Lepas dah siap and check out hotel, terus naik ke Big Red Strawberry. Ramai orang jugak dekat sini, sebab Ahad kan. Kalau dulu kami tak tau dekat atas boleh parking, so kami parking bawah and jalan naik atas. So, dah tau ada parking atas. Aku suruh Apit naik sampai atas ja, parking dekat atas senang sikit nak jalan, dekat dengan cafe. Tapi jalan nak turun dia boleh tahan scary sebab kiri kanan hutan. Tapi okay laa. 



Ishhh budak ni, buat muka tergegeh pulak dia. Haha. Aku order Strawberry Milkshake, Strawberry hot chocolate, Strawberry Yogurt, Strawberry Dip Chocolate, Mixed Salad and Sardine Puff. Yogurt dia memang best. Sebab tuh aku repeat order beli yang tu, sebab dulu dah try hee! 




Budak bamm ni geram ja tengok makanan ada depan mata. Memang macam tuh selalu pon. Nanti mulut tuh terkumat kamit la macam tengah makan jugak. Sabar ehh baby, next month 6 bulan dah boleh makan solid food. Hehe. 


Masa dekat sini Apit tanya nak p mana lagi, nak ke p Lavendar Garden tuh. Masa dok lepak dekat sini dah tengah hari, dah pukul 12 lebih rasanya. Memang time panas terik la. Aku kesian ke Adriana, lagipon dia macam mengantuk. So, aku cakap nak turun balik terus pon boleh. Mula-mula pon memang ingat nak visit Ladang Teh Boh Sg. Palas yang dalam cerita Ombak Rindu tu. Punya la dah banyak kali p sana, tapi asyik tak jumpa ja. Dok p pon yang ladang lagi satu tuh, haha. Tapi kalini dah tau dekat mana, tapi aku ada baca yang nak naik ke cafe dia kena berjalan. So, aku jadi macam malas la. Sebab tengah panas and then kena dukung Adriana naik atas lagi. Next time pon boleh. So, lepas lepak and makan dekat sini, terus gerak turun bawah. Kami singgah Ipoh sebab nak makan nasi vanggey! Haha memang dah plan nak singgah Ipoh bila turun dari CH. 


So, trip kalini bawak Adriana berjalan dekat strawberry farm sajo. Next time tunggu mu boleh berjalan dah, mommy daddy bawak lagi. InsyaAllah, hihii! 


Okay bye! 

No comments: